Media melaporkan lapan individu termasuk seorang ketua pegawai eksekutif GLC bersama dua pengurusan tertinggi syarikat konsesi lebuh raya ditahan kerana dipercayai meminta dan menerima rasuah pembinaan dua projek lebuh raya di Lembah Klang bernilai lebih RM1.6 bilion.
Siapa CEO itu?
The Corporate Secret (TCS) pada mac 2023 sudah mendedahkan perangai Group Ceo Prolintas anak Syarikat PNB, Dato’ Mohd Azlan Abdullah melakukan penyelewengan dan salah gunakuasa membatalkan kontrak antara Prolitas dan syarikat bumiputera berhubung projek konsesi lebuhraya DASH dan SUKE bagi memberi peluang kepada syarikat kroni dan sahabat baiknya mengambil alih projek walaupun baki kerja konsesi itu hanya tinggal 10% dengan nilai lebih RM180 juta!
ARTIKEL BERKAITAN
Dato’ Mohammad Azlan Abdullah selaku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prolintas bertanggungjawab mengetuai pembinaan Konsesi Lebuhraya DASH dan SUKE. Beliau dikatakan sering menindas kontraktor bumiputera. Satu daripada kontraktor yang menjadi mangsa sebelum ini ialah Panzana Enterprise Sdn Bhd. Kontraktor telah menyiapkan projek 90 peratus. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kegagalan CEO Dato’ Mohamad Azlan tidak meluluskan bayaran kerja-kerja 3 bulan ke atas dan kerja-kerja tambahan (VO) bernilai RM100 juta yang menyebabkan kontraktor dan subkontraktor mengalami masalah kewangan teruk.
CEO Dato’ Mohamad Azlan berjaya menyingkirkan kontraktor bagi projek penswastaan Lebuhraya bertingkat Damansara- Shah Alam Package Dash- CA4- Contruction and Completion of Mainlane and other associated works form CH.4983 to CH 9307. Tiada siapa berani mengusik CEO Group Prolintas. Dato’ Mohamad Azlan mempunyai ‘kabel’ besar ketika itu apabila pada april 2022 PM9 Dato’ Sri Ismail Sabri melantik beliau Pengerusi Sapura Energy Bhd walaupun syarikat itu hampir melingkup. Tugasnya di Sapura ialah menjual aset-aset syarikat supaya keluar dari status PN17.
Dato’ Mohammad Azlan tidak pernah takut kepada syarikat yang menggugutnya. Sekalipun Prolintas anak syarikat PNB itu kalah kes CIPAA lebih RM30 juta namun Dato’ Mohammad Azlan masih enggan bayar kontraktor. Dia memang langsi.
AZLAN CEO PROLINTAS BERTEMU BUKU DENGAN RUAS
Dato’ Mohamad Azlan bertemu buku dengan ruas dengan SYARIKAT MUHIBAH PERNIAGAAN DAN PEMBINAAN SDN BHD (SMPP) milik Dato’ Ku Haris Bin Ku Mahmud yang mendapat konsesi Projek Penswastaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi – Ulu Kelang Package SUKE CA3 – Construction and Completion of Mainline And Other Associated Works From CH. 4200 to CH.7800 (RM 1.053 billion) dan SUKE Tol Plaza (RM 79,850.00 million).
Dari mana kos RM1.6 bilion ini? RM670 juta dikatakan hasil dari ‘mark up’ kontraktor faktor kenaikan kos harga barang dan membayar rasuah kepada Dato’ Mohamad Azlan dan pegawai-pegawainya.
Tidak tahan diugut dan ditamatkan kontrak serta permintaan rasuah berterusan, Dato’ Ku Haris Bin Ku Mahmud SMPP itu melaporkan kepada SPRM.
Maka bermulalah episod kerjasama Bahagian Siasatan diketuai KPKPj Yuhafiz Mohd Salleh (timbalan pengarah bahagian siasatan- Sektor Awam) bersama Ketua Cawangan C PPj Mohd Shukri Mohd Said menangkap Dato’ Mohamad Azlan, Malik Parvez Ahmad Nasir Ahmad (bekas COO -Comersial /Finance kini CEO Prolintas Infra BT ), Sr Azury Kamaruddin GM (CM) dan beberapa pengarah syarikat konsesi
Dato’ Mohamad Azlan Group CEO Prolintas bersama pegawai pengurusan tertinggi Prolintas direman empat hari hingga 28 Jun. Manakala, lima lagi individu iaitu pemilik syarikat pula direman tiga hari hingga 27 Jun. 5 lagi individu daripada syarikat SMPP yang membuat aduan. SMPP pasti selepas kerana sebagai saksi kes.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malasyia (SPRM) di Mahkamah Majistret Putrajaya semalam.
Sumber mendedahkan Dato’ Mohamad Azlan, Malik Parvez Ahmad Nasir Ahmad dan Ir Rostam Shahrir Tami meminta dan menerima rasuah daripada pemilik Syarikat Muhibah Perniagaan Dan Pembinaan Sdn Bhd Dato’ Ku Haris Bin Ku Mahmud sebagai balasan bagi mendapat kontrak mengambil alih kerja pembinaan yang sebelum ini dijalankan satu syarikat lain bernilai lebih RM1 bilion.
The Corporate Secret amat yakin Dato’ Mohamad Azlan, Malik Parvez Ahmad Nasir Ahmad dan Ir Rostam Shahrir Tami akan dituduh di mahkamah kerana meminta rasuah ini berdasarkan laporan syarikat kontraktor konsesi yang membina DASH dan SUKE.
Penahanan reman Dato’ Mohamad Azlan dan beberapa pegawainya pasti akan memberi tekanan kepada pemilik Prolintas iaitu Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang kini CEO baharunya Muzaffar Othman.
PMX Dato’ Seri Anwar Ibrahim merupakan Lembaga Pemegang Amanah Permodalan Nasional Berhad melalui Yayasan Pelaburan Bumiputra bersama Datuk Seri Amir Hamzah Azizah Menteri Kewangan II. Nampaknya Anwar PMX tidak memilih bulu. CEO Azlan yang kebal akhirnya robek SPRM.
Umum mengetahui Prolintas Infra Business Trust (Prolintas Infra BT) mula disenarai di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd pada 25 Mac lalu. Berdasarkan jumlah unit terbitan Prolintas Infra BT sebanyak 1.1 bilion dan harga tawaran awam awal (IPO) yang bernilai 95 sen seunit, saham itu disenaraikan dengan modal pasaran bernilai kira-kira RM1.05 bilion. Dagangan saham Prolintas Infra BT meningkat sebanyak 4.2 peratus dan mencapai dagangan pertengahan intra-hari tertinggi pada 99 sen, dengan lebih 34.8 juta unit didagang pada separuh pertama sesi dagangan 25 Mac lalu.
Semakan menunjukkan Dato’ Mohamad Azlan dan Malik Parvez Ahmad Nasir Ahmad merupakan Lembaga Pengarah dalam syarikat senarai awam Prolintas Infra BT milik Kumpulan Prolintas dan PNB
Sesi dagangan awal 26 Jun saham jatuh 0.82 sen jatuh 4.40 peratus. Mungkinkah pendedahan tangkapan reman Group CEO Prolintas Dato’ Mohamad Azlan dan CEO Prolintas Infra Business Trust Malik Parvez Ahmad Nasir Ahmad akan menyumbang kejatuhan sahamnya pada dagangan sesi penutup petang nanti. Semuanya boleh berlaku berdasarkan peranan media.
Apapun apakah Dato’ Mohammad Azlan Abdullah Group CEO Prolintas ini akan bertahan? Sama -sama melihat kekebalannya.