Desas -desus Menteri Kemajuan Desa Wilayah atau sebelum ini Menteri KPLB untuk menukar Ketua Setiausaha Kementeriannya sudah lama kedengaran.
Jika dahulu Dr Latiff bekas Menteri KPLB tidak senang dengan KSUnya Datuk Dr Ahmad Jailani Muhamed Yunus kerana pelbagai isu kini situasi sama berlaku terhadap Dato’ Sri Ramlan Bin Dato’ Harun KSU KKDW yang dilihat gagal membendung masalah rasuah dikalangan pegawainya.
Tiada tindakan jitu diambil malah terlalu akur dengan pegawai-pegawai kanan pengurusannya. Dato’ Sri Ramlan Bin Dato’ Harun bernasib baik kerana dasar Datuk Seri Zahid Hamidi Menteri KKDW dan TPM yang tidak mahu menukar pegawai Kerajaan dan agensi di bawahnya sekalipun boleh berbuat demikian.
Sebenarnya ketika Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid sebagai Menteri KPLB beliau berusaha untuk menukar Dato’ Sri Ramlan dan para pegawai berkaitan kerana isu lemah pentadbiran dan engkar arahan. Namun tidak sempat berbuat sepenuhnya demikian.
Desas-desas itu kembali kini namun tertangguh selepas Datuk Haji Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin dilantik Setiausaha Politik Menteri KKDW. Megat mengambil pendekatan berbaik-baik dengan KSU maka Ramlan sedikit dapat bertahan di KKDW.
PRN 6 Negeri telah berlalu Datuk Megat Zulkarnain yang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia tewas tipis hanya 58 undi. Kekalahan BN dalam PRN ada kaitannya juga dengan peranan dan masalah peruntukan KKDW yang gagal dilaksana di semua negeri. Megat kini sudah tentu tahu apa kekurangan Dato’ Sri Ramlan dalam kementerian.
Nampaknya Datuk Seri Zahid Hamidi Menteri dan para pegawainya tidak menggunakan kuasa mereka sepenuhnya di Kementerian Kemajuan Desa Wilayah. Mesej itu jelas ditunjukkan di Negeri-negeri yang dikuasai PN seperti Kelantan, Kedah dan Terengganu.
Jika kuasa ada namun tidak boleh diterjemahkan kepada membantu rakyat tentunya amat sukar lagi pada PRU, PRN atau siri PRK akan datang. Negeri mana tidak boleh dicapai dengan kuasa KKDW? Apa Zahid dan Megat perlu buat di KKDW selepas ini?
Pegawai KKDW menjadi duri dalam daging menewaskan Kerajaan Perpaduan. Mereka sabotaj semua usaha Menteri dan Kerajaan Perpaduan. Mereka bukan sahaja tidak mengundi Kerajaan sedia ada tetapi menjadi alat dan jentera mengalahkan Kerajaan Perpaduan.
Ketua Setiausaha Kementeria, TKSU, Setiausaha Bahagian, Ketua Pengarah dan Pengarah buat hal masing-masing. Tidak kurang juga ramai rakus mencari projek bersama kroni kontraktor mereka.
Mereka mencatur jawatan kuasa teknikal tender dan apa saja berkaitan projek untuk memberi kepada kontraktor kroni mereka. Tidak mengapa kerana mereka beranggapan kekal sebagai pegawai Kerajaan siapapun Menteri atau Kerajaan dipilih.
Yang pegawai kementerian takut ialah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sahaja atau laporan terhadap mereka.
Selagi mereka tidak disiasat, tangkap, reman dan didakwa di mahkamah oleh SPRM mereka tak pernah takut. Paling penting duit persaraan mereka adah ada tersimpan diluar sana.Sebab itu kita tak hairan mengapa pegawai atasan kementerian lebih kaya daripada Menteri.
Apa Dato’ Sri Ramlan KSU buat?
Dato’ Sri Ramlan adalah pegawai yang dikatakan laju naik pangkat. Melihat dari profilnya beliau PTD yang mendaki laju sejak tahun 2014 di KPKT, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi, Setiausaha Bahagian Kanan KKM, hanya setahun TKSU (Pengurusan) KDN dan sejak 2021 sebagai KSU KKDW Gred JUSA A.
Masalah Ramlan ialah kepimpinan. Beliau tiada ciri-ciri leadership yang boleh mengawal pegawai kementerian. Sebagai contoh jika berhadapan dengan pegawai dan ketua agensinya yang gred lebih besar daripadanya. Dato’ Sri Azhar bin Abdul Manaf Ketua Pengarah MARA Gred TURUS III lebih tinggi darinya lantaran itu Ramlan tidak boleh mengawal MARA. Ada banyak isu KP MARA melangkau KSU. Ini belum masuk agensi dan GLC di bawah KKDW yag diberi peruntukan ratusan juta seperti Mara Corporation.
Terdapat sumber yang mengenali Dato’ Sri Ramlan berkata beliau adalah pegawai yang hanya berurusan dengan kartelnya sahaja ketika sebagai pegawai projek Pembangunan perumahan tempat yang paling lama beliau bertugas. Kartel-kartel ini kemudian berpindah mengikutnya ke pelbagai Kementerian yang beliau sertai dari KKM, KDN dan kini KKDW.
KSU Gagal kawal pegawai
Bagaimana Menteri KKDW, Timbalan dan KSU boleh menyelesaikan masalah rakyat jika isu pegawainya seperti isu baru-baru ini yang didedahkan oleh The Corporate Secret gagal diselesaikan.
Satu dari isu KKDW yang sedang panas sekarang ialah isu Setiausaha Bahagian Teknikal KKDW Ir Roslan Mat Sapri yang paling ‘langsi’ dan gemar bertindak melulu menamatkan kontraktor, tidak meluluskan tuntutan bayaran, menekan dan menganiaya kontaktor jika bukan kroninya.
BACA – [VIDEO] Salahguna kuasa, palsukan dokumen, pembuli kontraktor: SPRM digesa siasat Ir Roslan SUB Teknikal KKDW
Sepatutnya Dato’ Sri Ramlan sebagai KSU yang mengetahui projek sudah menyelesaikan isu ini diperingkat kementerian. Tetapi sebaliknya Dato’ Ramlan teragak-agak membiarkan Setiausaha Bahagian Teknikal KKDW Ir Roslan Mat Sapri membuat keputusan sendiri yang menyusahkan semua pihak terutamanya kontraktor. Kontraktor telah menyiapkan semua kerja-kerjanya jika ada perkara berbangkit ia sepatutnya diselesaikan secara ‘win-win’
Aduan kepada polis juga telah dibuat mengenai pemalsuan dokumen oleh SUB atau mungkin para pegawainya di Bahagian Teknikal KKDW.
Terdapat juga usaha maklum balas dari Bahagian Integriti (SPRM) KKLW bagi penyelesaian aduan namun TCS yakin pihak berkaitan telah bertindak memeriksa aduan itu. Nasrun Pegawai Integriti A (SPRM) KKDW mungkin tahu isu-isu melibatkan KKDW atau sekadar menunggu Ketua Unit Integriti KKDW (SPRM) yang masih kosong hingga kini.
Aduan rasuah di Bahagian Integriri KKDW mungkin hanya sebagai rujukan memandangkan unit itu sendiri belum ada ketua sesuai. Jika lebih banyak isu rasuah dan salahguna kuasa pegawai di KKDW tentu amat sukar kerana ketua unitnya pun belum dilantik lagi.
Datuk Seri Zahid Hamidi Menteri KKDW mesti melihat isu ini. Jika KSU Dato’ Sri Ramlan gagal mengawal dan mengarahkan pegawai bawahannya bagaimana beliau boleh membantu YBM Menteri Zahid mempercepatkan projek pembangunan infrastruktur di semua negeri? PRN 6 negeri dah mencungap bayangkan PRK terdekat dan PRU akan datang.
BACA – [VIDEO] Tidak kompromi pegawai KKDW salahguna kuasa, pecah amanah & rasuah