Projek legasi zaman Najib Razak, Battersea Power Station dianugerahkan Pemenang Emas Dunia dalam kategori Warisan di FIABCI World Prix d’Excellence Awards 2024.
Pemenang Emas Dunia untuk FIABCI World Prix d’Excellence Awards 2024 ialah anugerah terbaharu yang diperoleh Battersea Power Station.
Awal tahun ini, ia dinamakan sebagai salah satu daripada 20 ‘Tempat Budaya Terbaik’ dalam siri National Geographic’s Best of the World 2024 dan memenangi Anugerah Pemuliharaan RIBA London 2024.
Battersea Power Station turut dianugerahkan Emas Dunia dalam kategori Pelan Induk di FIABCI World Prix d’Excellence Awards 2021 dan Perak Dunia dalam Kategori Kediaman Mid-Rise untuk fasa pertama Circus West Village pada 2019.
Projek yang dibangunkan semula oleh Permodalan Nasional Bhd (PNB), Sime Darby Property Bhd, S P Setia Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah memberi nafas baharu serta mercu tanda terpenting di London sebagai destinasi pelbagai kegunaan dengan lebih 100 kedai, restoran, kafe, pusat riadah, 254 apartmen dan 565,000 kaki persegi ruang pejabat.
Konsortium itu juga berjaya membawa manfaat hartanah menerusi transformasi berwawasan dan penggunaan semula adaptif mercu tanda London yang ikonik.
Stesen Janakuasa menjadi pusat kejiranan baharu seluas 16.99 hektar telah menerima lebih 11.2 juta pelawat tahun lalu.
Bekas stesen janakuasa arang batu di Sungai Thames, Stesen Janakuasa Battersea beroperasi dari 1933 hingga 1983 dan menjana sehingga satu perlima tenaga di London, termasuk membekalkan tenaga elektrik ke bangunan berprestij seperti Istana Buckingham dan Dewan Parlimen.
Selepas ditamatkan perkhidmatannya pada 1983, Stesen Janakuasa semakin terbiar apabila rentetan pemilik yang berbeza membuat percubaan untuk membangunkan semula mercu tanda itu.
Kini dibuka kepada orang ramai buat kali pertama dalam sejarah, Battersea Power Station telah diubah menjadi hab kebudayaan, peruncitan dan riadah, di mana orang ramai boleh tinggal, bekerja, dan membeli-belah.
Pengerusi Syarikat Induk Projek Battersea, Tan Sri Jagan Sabapathy, berkat adalah satu kebanggaan yang besar selepas Battersea Power Station memenangi Emas Dunia dalam Kategori Warisan di FIABCI World Prix d’Excellence Awards 2024, menandakan kali ketiga projek berkenaan telah mendapat pengiktirafan pada majlis berprestij itu.
“Dalam mengiktiraf nilai warisannya sebagai pemacu tulen untuk kejayaan komersial, kami telah berjaya membuka potensi daerah utama London Tengah yang terbiar selama hampir tiga dekad melalui transformasi berwawasan dan penggunaan semula adaptif mercu tanda yang disenaraikan Gred II,” katanya.
Bukti Projek Battersea Power Station bukan pembaziran
Projek Battersea Power Station di London yang pernah dilihat sebagai membazir ketika dilancarkan oleh bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2013 akhirnya menjadi mercu tanda ikonik bandar raya tersebut.
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada tahun 2022 merasmikan projek ‘milik’ Malaysia itu.
Pada 2012, melalui gabungan SP Setia, Sime Darby dan KWSP, mereka telah membeli tanah Battersea dengan harga £600 juta (RM3 bilion) menewaskan bidaan dari kelab bolasepak Chelsea FC yang ingin membina stadium baru mereka di sana.
Pada masa itu, ada yang mengkritik Najib dan kerajaan BN tentang pembelian ini dengan tuduhan-tuduhan harga terlalu mahal serta pelbagai tuduhan salah-laku atau rasuah.
Tetapi apabila penganalisa antarabangsa dan tempatan menjangka keuntungan projek ini buat konsoritum SP Setia, Sime Darby dan KWSP ialah sebanyak €9.7 bilion (RM50 bilion), penjual tanah ini pula dikritik oleh pihak-pihak di England dengan tuduhan mereka telah menjual dengan harga terlalu murah.
Bukan itu sahaja pembelian Fasa 2 Projek Battersea di London oleh KWSP dan PNB dari SP Setia dan Sime Darby Properties adalah transaksi pembelian bangunan harga paling tinggi di dalam sejarah negara England dengan harga £1.6 billion (RM8.4billion).
Bangunan Fasa 2 ini merupakan sebahagian dari projek Battersea di tanah seluas 42 ekar di London yang sedang diusahakan oleh konsortium milik penuh Malaysia iaitu SP Setia Berhad (40%), Sime Darby Property Berhad (40%) dan KWSP (20%).
SP Setia dan Sime Darby Property adalah syarikat pembinaan milik PNB dan telah menjual Fasa 2 projek ini kepada PNB dan KWSP yang akan menikmati pulangan jangkamasa panjang.
Pembangunan di Fasa 2 ini adalah antara bangunan baru paling berprestij di London. Fasa pertama yang dimajukan pada tahun 2014 sangat berjaya dan memberi keuntungan yang tinggi kepada konsortium Malaysia ini.
Hakikatnya, konsortium 100% milik Malaysia ini telah berjaya untuk memajukan projek hartanah terbesar serta paling berpresij di England dan sedang mengaut keuntungan yang amat besar dari projek ini.
Yang pasti untung ialah syarikat-syarikat PNB dan KWS selain pencarum-pencarum ASN, ASB, KWSP – bukan kroni sebagaimana tuduhan.
Menurut Najib ketika itu tidak ada pula pihak menuduh England jual negara kepada Malaysia walaupun syarikat-syarikat Malaysia memiliki dan memajukan projek hartanah terbesar di England, malah ia adalah satu hartanah ikonik negara itu.
Ketika Kerajaan PH.01 berkuasa mereka melakukan kesilapan dengan menyerang semua kontrak projek yang dilantik zaman BN termasuk projek Battersea Power Station.
“Semua perjanjian ini yang dianggap mencurigakan, termasuk pelaburan dalam hartanah di London, perlu disiasat.
Bagaimanapun Tun Dr. Mahathir Mohamad yang dilantik menjadi Perdana Menteri ketuju memuji pembangunan projek itu selepas melawat tapak ikonik yang menjadi pelaburan terbesar Malaysia di United Kingdom (UK) pada 30 September 2019.
“Saya tidak sangka ia sehebat ini. Saya rasa ia sesuatu yang boleh kita banggakan untuk Malaysia menghasilkan sesuatu yang seperti ini,” kata Mahathir.