Selepas menyerbu kediaman dan syarikat milik Taikun Tan Sri Robert Tan Hua Choon ahli perniagaan yang dikaitkan dengan Tun Daim Zainuddin, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini mengumumkan membekukan beberapa akaun bank persendirian milik Tan Sri Robert Tan bernilai puluhan juta ringgit.
Tan Sri Robert Tan Hua Choon yang menguasai lebih 100 syarikat senarai awam di negara ini berdepan cabaran paling besar apabila akaunnya dibekukan. Selain pemilik utama Syarikat Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan juga pemilik saham terbesar dalam JKG LAND Berhad, JASA Kita Berhad dan Marco Holdings Berhad.
Tan Sri Robert Tan Hua Choon merupakan abang kepada Puan Sri Cindy Tan isteri Tan Sri Desmond Lim Siew Choon pemilik Pavilion KL.
Pembekuan itu susulan siasatan terhadap kontrak perolehan membekal dan mengurus fleet kenderaan kerajaan Malaysia bernilai RM4.5 billion.
Sejak 30 Oktober 1993 Spanco Sdn Bhd dilantik sebagai konsesi membekal dan menguruskan kenderaan kerajaan selama 25 tahun. Sejak itu Spanco sentiasa dikaitkan dengan Tun Daim Zainuddin.
Kontrak konsesi itu tamat pada Disember 2019 dan telah dibuka kepada syarikat lain seperti Kumpulan Naza- Berjaya, DRB-Hicom Sime Darby, Kumpulan Samling, Comos dan Go Auto. Spanco tewas dalam tender itu kepada Kumpulan Naza- Berjaya.
Tan Sri Muhyiddin PM8 ketika itu membatalkan LOI Naza-Berjaya dan memilih Spanco Sdn Bhd dengan harga RM700 juta lebih mahal. Alasannya ialah pengalaman dan aset sedia ada Spanco.
Tan Sri Vincent Tan Pengerusi Berjaya Group tidak berpuas hati dan menyaman Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).
Menurut SPRM, keterangan beberapa saksi penting terdiri pegawai MOF dan individu daripada Spanco
“Lebih 100 akaun persendirian dan syarikat bernilai jutaan ringgit yang berada bawah kawalan Tan Sri berkenaan dianalisis bagi melihat trend pemindahan wang kepada individu tertentu.
“Daripada jumlah tersebut, SPRM membekukan beberapa akaun yang jumlahnya dianggarkan puluhan juta ringgit,” kata SPRM
Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Hishamuddin Hashim, ketika dihubungi mengesahkan pembekuan akaun tersebut dan memaklumkan kes disiasat bawah Seksyen 17 Akta SPRM 2009.
Untuk rekod Spanco mencatatkan keuntungan selepas cukai sebanyak RM34.9 juta atas atas hasil hampir RM420 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2022.
Kerana Spanco ini sentiasa untung maka pemegang sahamya ialah Jati Rata Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon, Datuk Seri Tan Han Chuan, Datin Tan Ching Ching dan Minhat bin Mion
Pengerusi Spanco ialah Tun Raus Sharif bekas Ketua Hakim Negara yang kini bergelar peguam.
Bagaimanapun ada yang berpendapat serbuan dan pembekuan akaun Tan Sri Robert Tan adalah usaha untuk menangkap Muhyiddin dan Daim.
SYOR BACA Serbu Taikun Spanco hanya mahu menangkap Muhyiddin dan Daim!