Kes Petronas Carigali vs Kingtime International bakal diputuskan hujung bulan ini oleh Hakim Mahkamah Tinggi (NCC7 Harta Intelek) iaitu Yang Arif Azlan Sulaiman.
Ia satu kes yang panjang selepas Petrofac Syarikat yang dilantik Petronas itu terbukti melanggar dua paten syarikat Kingtime International Ltd (Patents Act 1983: MY-144898-A and MY-145004-A). Petrofac kalah di mahkamah Rayuan hinggalah berakhir di Mahkamah Persekutuan.
Namun kali ini apakah keputusan YA Azlan Sulaiman nanti akan berpihak kepada Petronas Carigali?
Jika ya apakah bermaksud Yang Arif Azlan Sulaiman akan mengatasi apa yang diputuskan oleh hakim-hakim Mahkamah Rayuan dan Persekutuan sebelum ini?
Siapa Yang Arif Azlan Sulaiman?
Azlan bin Sulaiman ialah seorang peguam sejak 17 Ogos 1990 bertugas di Tetuan Azmi & Associates Kuala Lumpur.
Azlan telah terlibat dalam bidang litigasi komersial, sivil dan korporat. Bidang amalannya termasuk perbankan (Islam dan konvensional); pajakan dan sewa beli; kontrak komersial; pertikaian korporat dan pemegang saham; kutipan hutang; barang yang dijual dan dihantar; kebankrapan & insolvensi syarikat; perampasan; pertikaian berkaitan tanah; amanah; pengambilan tanah; pajakan dan pertikaian penyewaan dan fitnah.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini beliau juga telah menceburi bidang timbang tara dan penyelesaian pertikaian alternatif.
Sebelum menyertai Azmi & Associates sebagai Rakan Kongsi, Litigasi Komersial pada Januari 2005, Azlan adalah rakan kongsi dengan Tetuan Allen & Gledhill.
Antara klien terbesar Firma guaman Azmi & Associates ialah Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS), PETRONAS Cari Gali Sdn Bhd dan Petronas Dagangan Berhad.
Dato’ Azmi Mohd Ali Pengasas firma guaman Azmi & Associates merupakan peguam dalaman PETRONAS. Beliau terlibat dalam memuktamadkan projek NGPSA sebuah projek pembangunan gas utama untuk Malaysia, pada tahun 1990.
Sehingga kini firma Azmi & Associates masih kekal mempunyai hubungan baik dengan Petronas. Ini termasuk usaha Azlan Sulaiman dalam firma ini.
31 Januari 2022 Azlan Sulaiman meletak jawatan di firma Azmi & Associates. Pada 4 Febuari 2022 Azlan di lantik Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (NCC 7 Harta Intelek)
Disebablik hubungan firma Azmi & Associates dengan PETRONAS, nampaknya Hakim Yang Arif Azlan Sulaiman akan memutuskan isu perlanggaran paten Kingtime oleh Petronas Carigali esok. Apa akan jadi esok?
PETROFAC PAKAR PEMBAYAR RASUAH
Semua tahu Petrofac syarikat minyak yang pakar dalam memberi rasuah. Rekod-rekod dan keputusan kes rasuah di pelbagai negara seperti Emiriah Arab Bersatu sangat luar biasa. Belum termasuk saman Fox Williams memfailkan tuntutan litigasi sekuriti di Mahkamah Tinggi (London, UK) terhadap syarikat perkhidmatan pengeluaran minyak dan gas, Petrofac Limited, memohon pampasan dan pelepasan lain untuk pelabur semasa dan bekas pelaburnya yang rugi akibat skandal rasuah Petrofac.
Jika tidak pakar mana mungkin Tengku Taufik Presiden dan CEO Petronas boleh melantik Petrofac walau terbukti bersalah kes rasuah untuk projek RM399 juta membina loji gas darat baharu di negeri Sarawak oleh PETRONAS. Tentu ada sebab Tengku Taufik berani menolong Petrofac! Taufik mahu tunjukkan ‘kabel’ besarnya walaupun beliau tersalah langkah dalam hal ini.
Dalam kes ini terdapat sumber tertentu mendakwa bagi kes Kingtime Vs Petronas Carigali ini, Petrofac bersedia membiar rasuah kepada pihak tertentu asalkan menang kes itu.
Sekalipun berdasarkan cadangan Petronas Carigali , Petronas boleh memilih menuntut USD154 indemniti (seperti mana pendedahan sebelum ini) di atas pelanggaran Petrofac namun pastinya Tengku Taufik tidak mahu mengambil jalan itu.
CEO Petronas ini memilih jalan keputusan di Mahkamah Tinggi Dagang 7 (Harta Intelek) yang memusykilkan. Jika kalah pun di mahkamah tidak mengapa untuk membayar berbilion ringgit. ‘Ada udang di sebalik batu’. Ini hidup mati Petronas dan Petrofac jadi mereka akan melakukan apa sahaja untuk hidup.
BACA – Petronas bakal dimalukan berbilion ringgit?
Apa kata bekas Presiden & CEO Petronas mengenai Petronas- Petrofac?
Sementara itu Tan Sri Wan Zulkiflee bekas Presiden dan CEO Petronas mendedahkan bahawa rancangannya untuk tidak campur tangan dalam kes Petrofac Kingtime adalah kerana dia merancang untuk melaksanakan indemniti yang disediakan oleh Petrofac terhadap sebarang pelanggaran paten oleh Petrofac.
Katanya dia bersedia untuk membiarkan Petrofac menjalani kes peringkat awal mahkamah sehingga ke Mahkamah Persekutuan. Dan dia sangat terkejut bahawa Petronas kini mempertahankan Petrofac secara tidak langsung dengan mempertahankan diri di mahkamah Tinggi terhadap tindakan Kingtime sedangkan sebenarnya apa yang perlu dilakukan ialah melaksanakan indemniti terhadap syarikat yang disabitkan kesalahan rasuah itu. Lebih menggusarkan hakim memberikan wakil Petrofac kerusi hadapan pada perbicaraan itu.
Tentulah Tan sri Wan Zul juga terkejut apabila mendengar bahawa Ketua Pegawai Eksekutif sekarang telah menganugerahkan kontrak kepada Petrofac walaupun disabitkan kesalahan rasuah di UK. Tapi itulah Tengku Taufik. Macam-macam benda pelik dia putuskan.
Apapun keputusan Yang Arif Azlan Sulaiman sama ada mengejutkan atau sebagaimana Mahkamah Rayuan dan Persekutuan sebelum ini.