Seorang pegawai kanan yang berkhidmat dengan kerajaan Kedah ditahan SPRM isnin lalu bagi meneruskan siasatan kes rasuah dan salah guna kuasa dalam perlombongan unsur nadir bumi (REE) di negeri Kedah
Menurut sumber SPRM, lelaki berusia 50-an itu ditahan kira-kira lapan malam di pejabat SPRM Alor Setar, Kedah kerana disyaki meminta wang rasuah berjumlah kira-kira RM1 juta daripada Datuk Lianah Khalid pemilik syarikat Jangka Bakat Minerals Sdn Bhd
Lelaki itu kini direman tiga hari bermula 24 sehingga 26 Julai, selepas majistret Muhammad Zul Hilmi Latif membenarkan permohonan reman SPRM, di Mahkamah Majistret Alor Star, Kedah.
Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM Hishamuddin Hashim yang mengesahkan penahanan tersebut hari ini berkata siasatan dijalankan di bawah Seksyen 17 dan 23 Akta SPRM 2009.
Media sebelum ini melaporkan menahan reman Haji Muhammad Sobri Osman ketua pegawai eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar (MBI) dan Pengarah Syarikat Jangka Bakat Minerals Sdn Bhd Datuk Liana Binti Mamat @ Khalid bagi siasatan berhubung rasuah dan salah guna kuasa dalam sektor perlombongan REE melibatkan jumlah rasuah melebihi RM13 juta.
BACA – Rasuah lebih RM13 juta: SPRM reman Sobri Osman CEO MBI Kedah, Datuk Liana Khalid Pengarah Jangka Bakat Minerals
Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki pada 20 Julai lepas, dilaporkan berkata SPRM telah merakam kenyataan 12 individu bagi membantu siasatan berkaitan kes tersebut.