Pendedahan TheCorporateSecret mengenai Rahsia MAFIA korporat Malaysia, Victor Chin Boon Long peralat penguatkuasa terbongkar telah membuka mata rakyat.
Fail sulit Ketua Mafia Korporat Datuk Victor Chin Boon Long (CBL) dan peguamnya Datuk Chong Loong Men telah didedahkan satu persatu yang jelas menunjukkan kegiatan Victor Chin Boon Long merampas syarikat senarai awam lain dengan cara kotor.
Buktinya paling jelas ialah rampasan terhadap syarikat (Caely) Classita Holdings Bhd apabila Victor Chin Boon Long berjaya menjadikan isterinya Chan Swee Ying (Pengarah Eksekutif HMCB) memperolehi 80,788,500 saham sekaligus pemegang saham terbesar selepas 10 November 2022.
BACA- Mafia Korporat Victor Chin & Isteri rampas Caely Berhad: Pengerusi SC, Bursa Malaysia bersubahat?
Tujuan Mafia Korporat selepas merampas Caely Holdings Berhad adalah sebagai “Cash Cow” memeras duit Caely.
Mafia Korporat membuat pelaburan, membeli saham dan memindahkan milik syarikat Chan Swee Ying (isteri Victor Chin) Kepayang Heights Sdn Bhd (KHSB) milik Harvest Miracle Capital Berhad (HMCB) kepada Classita Holdings Berhad yang juga milik Chan Swee Ying. Pusing-pusing projek dan penerima wang ialah isteri Victor Chin, Madam Chan Swee Ying.
Projek HMCB yang dilapor gagal di Bursa Malaysia namun dijual kepada Classita Holdings Berhad.
Mengapa Ng Keok Chai letak jawatan?
Ng Keok Chai ‘bekas polis’ kuda kesayangan Victor Chin tidak hairanlah beliau menjadi Ahli Lembaga Pengarah kepada syarikat Victor Chin seperti di CSH Alliance Bhd, Green Packet Bhd, Ingenieur Gudang Bhd (Dyniacate) dan Hong Seng Consolidated Bhd.
Pada 14 Mac lalu Ng Keok Chai dilantik semula sebagai Pengerusi Eksekutif Classita (Caely) Holdings Bhd.
Namun mengapa Ng Keok Chai mengumumkan meletak jawatan Lembaga Pengarah di Syarikat CSH Alliance Bhd, Hong Seng Consolidated Bhd, Ingenieur Gudang Bhd dan Green Packet Bhd, berkuat kuasa 21 Mac (Selasa)?
Semuanya kerana negara sedang panas mengenai Mafia Korporat yang sedang disiasat penguatkuasa. Ada ramai pihak mahu menutup kes.
Semua syarikat yang Ng Keok Chai meletak jawatan mengumumkan memberi tumpuan sebagai Pengerusi Eksekutif Classita Holdings Berhad.
Ng memperoleh 13.86 juta saham atau 4.09% kepentingan dalam Classita pada 17 Mac. Sebelum ini Ng Keok Chai tidak memegang saham dalam syarikat itu.
Di CSH Alliance alasan letak jawatan ialah menumpukan tugas Pengerusi Eksekutif Classita Holdings manakala di Hong Seng Consolidated, Ingenieur Gudang dan Green Packet dengan alasan “disebabkan hal peribadi dan komitmen kerja lain”.
Saman pemegang saham
Classita kini menghadapi saman daripada lima pemegang saham, yang secara kolektif memiliki 67.2 juta saham atau 19.82% kepentingan dalam syarikat itu.
Para pemegang saham meminta, antara lain, kebenaran daripada mahkamah untuk memulakan tindakan undang-undang bagi pihak Classita terhadap lembaga syarikat serta vendor untuk pelanggaran kewajipan fidusiari, penipuan, pengayaan yang tidak adil dan konspirasi untuk ‘mencederakan’ syarikat berhubung dengan pemerolehannya saham dalam Kepayang Heights Sdn Bhd dan urus niaga lain yang berkaitan.
Ng adalah salah seorang ahli lembaga yang ingin dituntut oleh pemegang saham. Yang lain ialah pengarah eksekutif Francis Leong Seng Wui, Kang Chez Chiang, Krishnan Dorairaju, Chong Seng Ming, Datuk Mior Faridalathrash Wahid, Kenny Khow Chuan Wah dan Chin Boon Long, serta Kepayang Heights dan vendor Harvest Miracle Capital Bhd.
Pemegang saham yang memulakan saman itu ialah Dato’ Sri Tee Yam, Datuk JP Low Kok Chuan, Leow Boon Kin, Zhang Jia dan bekas pengerusi eksekutif Datin Seri Jessie Wong Siaw Puie.
Tee Yam ialah pemegang saham terbesar antara lima, memegang 49.38 juta saham atau 14.57% kepentingan dalam Classita.
Saham dalam Classita terus jatuh sehingga 0.15 sen memberikan syarikat itu permodalan pasaran sebanyak RM53 juta.