KUALA LUMPUR: Pendedahan mengenai perubahan kawalan Theta Edge Berhad terus membuka lapisan baharu. Selepas Lembaga Tabung Haji (TH) menjual keseluruhan 27.28 peratus sahamnya kepada Stealth Solutions Sdn Bhd, syarikat dimiliki Dato’ Amrul Hisyam Alias, perhatian kini beralih kepada satu pelantikan yang mungkin terlepas daripada radar ramai — Norsyahrin Hamidon, bekas anggota Pesuruhjaya Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji, kini menjadi Pengerusi Theta Edge.

Pemfailan korporat menunjukkan beliau dilantik sebagai Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutif Theta Edge berkuat kuasa 15 Julai 2026.

Persoalan yang lebih menarik ialah bagaimana dan mengapa seorang bekas anggota RCI yang pernah menyiasat pengurusan serta operasi TH akhirnya berada di kerusi pengerusi sebuah syarikat yang 26 tahun mempunyai hubungan pemilikan rapat dengan TH — hanya beberapa bulan selepas TH keluar dan Stealth mengambil alih kedudukan sebagai pemegang saham terbesar?
Semua nya telah dirancang dengan teliti oleh Amrul dan Farhash bagi memudahkan urusan penjualan Theta Edge oleh TH. Jika di buka tak mungkin tiada syarikat lain yang membeli keseluruhan saham Tabung Haji.
Dua hari selepas artikel itu diterbitkan, akses portal disekat buat kali ke-15 hanya kerana menyentuh Datuk Seri Farhash sebagai individu di belakang Dato’ Amrul mengambil alih The Edge.
Dari RCI Tabung Haji ke kerusi Pengerusi Theta Edge
Pengumuman Theta Edge melantik Norsyahrin Hamidon, sebagai Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutif pastinya satu kelebihan memandangkan beliau merupakan bekas anggota RCI Tabung Haji.

Media melaporkan Norsyahrin bukan tokoh asing dalam dunia kewangan dan institusi kerajaan.
Beliau ialah Akauntan Bertauliah dengan pengalaman lebih 25 tahun dalam industri kewangan, termasuk pengurusan dana, penstrukturan korporat dan khidmat nasihat pengurusan. Beliau pernah menjadi Pengerusi Pelaburan Kumpulan Modal Perdana, firma modal teroka milik penuh Menteri Kewangan (Diperbadankan), selain pernah menjadi Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan dan ahli Lembaga Pengarah Pelaburan MARA Berhad.
Pada 20 Januari 2022, Yang di-Pertuan Agong memperkenankan pelantikan enam Pesuruhjaya RCI bagi menyiasat isu pengurusan dan operasi TH dari 2014 hingga 2020.
Suruhanjaya itu dipengerusikan bekas Ketua Hakim Negara Tun Md Raus Sharif.

