Penahanan dan pendakwaan Exco PAS Kerajaan Negeri Terengganu, Datuk Hanafiah Mat, ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu atas dua pertuduhan menyalahgunakan kedudukan bagi mendapatkan suapan yang didakwa melibatkan dua anak kandungnya membuktikan PAS tidak kebal daripada SPRM.
Mengikut pertuduhan pertama, beliau didakwa menggunakan kedudukannya sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Pengerusi Pangkalan Bekalan Kemaman Sdn Bhd (PBKSB) untuk mendapatkan suapan bagi anaknya, Mohd Najmi Hanafiah, pada 15 Ogos 2020.
Bagi pertuduhan kedua, beliau didakwa melakukan perbuatan sama pada 18 Jun 2020 bagi mendapatkan suapan untuk seorang lagi anak kandungnya, Ahmad Kamil Hanafiah.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama. Jika sabit kesalahan, tertuduh berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi.
Divert isu saham Azam Baki
Namun bolehkah semua ini ‘divert; isu saham Azam Baki? Hari demi hari isu saham Azam Baki semakin meluas dan tekanan dari parti politik semakin meningkat termasuk daripada DAP dan MCA yang mahu RCI dibuat. Jika sebelum ini tekanan daripada Rafizi, beberapa MP dan NGO kini himpunan bantahan diadakan lagi di Putrajaya. Isu Mafia Korporat semakin membesar dan menjadi bualan rakyat. Pastinya selepas ini gesaan menangkap mafia korporat Victor Chin Boon Long akan bermula lagi.
Namun jika SPRM mahu memberi Kesan yang lebih besar adalah lebih baik menangkap jerung PAS projek tebatan banjir bernilai RM529 juta membabitkan bekas Menteri Alam Sekitar dan Air, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man Timbalan Presiden PAS yang pernah kecoh sebelum ini. Biarkan penyokong PN marah dan protes mengenainya.
Projek RM529 Juta: Dokumen & SST Yang Dipersoalkan
Bukankah bukti lebih jelas dokumen yang tersebar sejak 2022 menunjukkan Surat Setuju Terima (SST) bagi projek menaik taraf kolam tebatan banjir Krubong–Durian Tunggal di Melaka bernilai RM529,458,714.06 dianugerahkan kepada Mangkubumi Sdn Bhd milik kartel tender taikun Melayu Tan Sri Ir Zainudin Karjan
Rangkaian syarikat miliknya termasuk Mangkubumi Sdn Bhd, IDX Multi Resources, Dutamesra Bina dan Pintas Utama Sdn Bhd semua pernah disiasat SPRM.
Beberapa persoalan yang timbul ketika itu:
- SST ditandatangani sebelum pembubaran Parlimen PRU-15
- Dakwaan tarikh backdated dipersoalkan kesahihannya
- Kelulusan ketika tempoh kerajaan caretaker
- Proses rundingan terus yang mencetuskan kontroversi
Tuan Ibrahim sebelum ini menafikan menandatangani SST tersebut. Namun dokumen rasmi kementerian yang tersebar menunjukkan tandatangan atas nama beliau. Nampak tak pembohongan Tuan Ibrahim?



Kertas siasatan selesai mengapa belum tuduh?
Sumber mendedahkan bahawa kertas siasatan SPRM berhubung projek ini telah lama disiapkan. Jika benar, mengapa SPRM masih belum failkan pertuduhan? SPRM nampaknya ragu dengan kesan tindakan pendakwaan terhadap Tuan Ibrahim Tuan Man.
Kartel tender Mangkubumi Sdn Bhd – Projek RM2 Bilion
Nama Mangkubumi Sdn Bhd bukan saja dikaitkan dengan projek tebatan banjir Krubong–Durian Tunggal Melaka bernilai RM529 juta namun dikaitkan juga dengan Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Langat Fasa 2 bernilai RM2 bilion. Inilah Mangkubumi Sdn Bhd memang terkenal membayar rasuah kepada pegawai dan sesiapa saja Kerajaan berkuasa dari BN, PH 01, PN-BN dan kini Kerajaan Madani.

Pemiliknya Tan Sri Ir Zainudin Karjan bukan calang orang. Kabelnya dari kerajaan lama, istana hingga kerajaan hari ini. Dialah punca Dato’ Seri Azeez Rahim didakwa kes rasuah. Dia menjadi saksi mengaku pembayar rasuah untuk memerangkap Azeez Rahim. Pemberi rasuah tidak mungkin akan didakwa.


Hanya MyCC bertindak
Setakat ini hanya Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) pada April 2024 mendedahkan bahawa Mangkubumi mengetuai lapan syarikat terlibat dalam pakatan tipuan bida (bid rigging) bagi projek kerajaan sejak 2019. Semua tender JKR, Jabatan Pengairan dan mana-mana kementerian kebanyakan direka spesifikasi oleh Mangkubumi Sdn Bhd.
Pada 28 Februari 2025, lapan syarikat dikenakan denda hampir RM93 juta kerana melanggar Seksyen 4 Akta Persaingan 2010.
Namun mengapa SPRM tidak berbuat apa? Sekalipun Rafizi telah menarik balik dakwaan rasuah Tuan Ibrahim Tuan Man tetapi SPRM sepatutnya meneruskan kes itu. Kertas siasatan SPRM sepatutnya hari inilah pendakwaannya.
Jika SPRM boleh mendakwa Tan Sri Muhyiddin Yassin dan beberapa tokoh korporat ternama, mengapa Tuan Ibrahim tidak boleh? Apakah kerana Tan Sri Ir Zainudin Karjan dan Mangkubumi Sdn Bhd yang terkenal dengan ‘kawtim’ hidup dalam semua zaman kerajaan sangat kebal? Hanya kerana dia pelobi yang bagus maka Mangkubumi tidak boleh disentuh?
Jika Tan Sri Ir Zainudin Karjan dan Mangkubumi Sdn Bhd boleh menjadi saksi mengapa tidak mendakwa Tuan Ibrahim Tuan Man.

Mendakwa Timbalan Presiden PAS akan membangkitkan kemarahan penyokong PAS dan PN. Sepatutnya SPRM mengambil ruang ini.
Divert dengan memburu keluarga Daim hanya menunjukkan kelucuan kerana semua tahu siapa Keluarga Daim dengan Mafia Korporat? Mafia Korporat adalah term yang dicipta The Corporate Secret tahun 2023 untuk Victor Chin Boon Long tak mungkin keluarga Daim tahu mengenai perkara itu untuk Bloomberg!.
