
Baru-baru ini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengumumkan mengesan pengarah eksekutif Erdasan Group Bhd yang digantung tugas, Mak Siew Wei siasatan kes berprofil tinggi.
SPRM dalam satu kenyataan 22 Mac lalu memaklumkan alamat terakhir Mak yang berusia 50 tahun adalah di no 33, Jalan PJU 8/12C, Rafflesia, Damansara Perdana.

Mak Siew Wei digantung daripada jawatannya pada 11 Mac sebagai Pengarah Eksekutif Erdasan Group Berhad yang dulu dikenali sebagai AT Systematization Berhad dipercayai terlibat dalam transaksi kewangan mencurigakan membabitkan dana syarikat berjumlah lebih RM46 juta sejak tahun 2020 dan 2021.
SPRM memaklumkan bahawa siasatan masih di peringkat awal dan pihaknya sedang meneliti dokumen serta transaksi berkaitan bagi mengenal pasti sebarang unsur penyelewengan atau penyalahgunaan kuasa. “Kami sedang menyiasat semua aspek kes ini dengan teliti dan tidak menolak kemungkinan lebih ramai individu akan dipanggil untuk membantu siasatan,” katanya.
Siapa Mak Siew Wei?

Mak Siew Wei merupakan salah seorang kepercayaan dalam kumpulan syarikat yang dikuasai oleh Kenneth Vun. Mak banyak menganggotai lembaga pengarah syarikat termasuk AT Systematization Berhad yang kini Erdasan Group Berhad. Namun Mak nampaknya memusnahkan kredibilitinya sebagai Pengarah syarikat yang menyebabkan kumpulan mengambil tindakan terhadapnya. Kemunculan Kenneth Vun semula dalam dunia korporat nampaknya mahu membersihkan semua syarikat-syarikatnya dari pengarah yang menyeleweng wang syarikat.
Mak Siew Wei pernah dikaitkan dengan syarikat AE Multi Holdings Bhd, Green Ocean Corporation Berhad, Jotech Holdings Bhd Autov Corporation Berhad, Nakamichi Corporation Bhd, Pasukhas Group Berhad, PUC Berhad, Saudigold Group Berhad Scan Associates Bhd dan Trive Property Group Berhad.

Menurut sumber Mak Siew Wei dilaporkan sebagai kaki judi yang banyak berhutang dengan pelbagai pihak dan didapati menyalahi wang syarikat untuk kepentingan peribadinya.
Mak Siew Wei yang diberi beri kuasa kewangan didapati telah menyalurkan dana syarikat sebanyak RM46.47 juta kepada syarikat kroni miliknya tanpa justifikasi yang sah.
Apa sebenarnya berlaku?
Semuanya kantoi!. Awal Mac lalu, seorang pekerja Erdasan Group telah melaporkan kepada Lembaga Pengarah Erdasan Group bahawa RM46.47 juta dibelanjakan dengan tidak teratur.
Siasatan lembaga mendedahkan bahawa Mak Siew Wei telah menyebabkan bayaran kepada syarikat-syarikat ‘penyamar’ secara curang kerana tiada kerja atau perkhidmatan-perkhidmatan yang diberikan oleh syarikat kroni Mak Siew Wei kepada Erdasan Group.
Semakan menunjukkan anak syarikat Erdasan Group, AT Precision Tooling Sdn Bhd telah membuat 132 bayaran kepada 19 syarikat sejak tahun 2020 hingga 2021.
Bayaran tertinggi ialah RM11.4 juta kepada syarikat Delta Million Dynamic Sdn Bhd, Midas Mode Sdn Bhd RM8.5 juta dan Oasis Prestasi Sdn Bhd RM6.3 juta.

Berikut dalam bentuk Carta Par.

Pola pembayaran tiga syarikat yang menerima bayaran tertinggi dibuat oleh Mak Siew Wei kepada syarikat kroninya berbelanja antara RM100 ribu hingga hampir RM1 juta (RM985,000.00) sebulan.
Jadual pembayaran kepada Delta Million Dynamic Sdn Bhd:
Tarikh | Jumlah Pembayaran (RM) |
---|---|
30/06/2020 | 300,000.00 |
01/07/2020 | 300,000.00 |
02/07/2020 | 300,000.00 |
03/07/2020 | 295,500.50 |
07/07/2020 | 258,500.30 |
10/07/2020 | 275,388.30 |
13/07/2020 | 327,255.60 |
23/07/2020 | 276,750.00 |
26/08/2020 | 258,175.00 |
27/08/2020 | 232,450.00 |
03/09/2020 | 278,240.00 |
08/09/2020 | 242,470.00 |
10/09/2020 | 232,450.00 |
18/11/2020 | 488,500.00 |
18/11/2020 | 262,440.00 |
20/11/2020 | 510,220.00 |
20/11/2020 | 265,750.00 |
30/11/2020 | 800,000.00 |
03/12/2020 | 611,500.00 |
15/12/2020 | 505,650.00 |
15/12/2020 | 552,360.00 |
16/12/2020 | 499,650.00 |
16/12/2020 | 458,720.00 |
22/12/2020 | 510,550.00 |
22/12/2020 | 496,750.00 |
23/12/2020 | 565,780.00 |
21/09/2021 | 315,000.00 |
30/11/2021 | 505,542.60 |
30/11/2021 | 508,969.80 |
30/11/2021 | 496,250.40 |
30/11/2021 | 486,989.21 |
Jumlah Keseluruhan | RM11,465,898.71 |
Jadual pembayaran kepada Oasis Prestasi Sdn Bhd:
Tarikh | Jumlah Pembayaran (RM) |
---|---|
30/06/2020 | 300,000.00 |
01/07/2020 | 200,000.00 |
02/07/2020 | 200,000.00 |
03/07/2020 | 204,499.50 |
07/07/2020 | 241,499.70 |
10/07/2020 | 224,611.70 |
13/07/2020 | 272,744.40 |
23/07/2020 | 315,860.00 |
12/08/2020 | 100,000.00 |
26/08/2020 | 241,825.00 |
07/09/2020 | 265,480.00 |
09/09/2020 | 222,870.00 |
18/11/2020 | 505,330.00 |
20/11/2020 | 433,580.00 |
01/09/2020 | 287,212.00 |
08/10/2021 | 350,000.00 |
08/10/2021 | 299,000.00 |
08/10/2021 | 399,500.00 |
08/10/2021 | 288,500.00 |
Jumlah Keseluruhan | RM6,362,985.60 |
Jadual pembayaran kepada Midas Mode Sdn Bhd:
Tarikh | Jumlah Pembayaran (RM) |
---|---|
23/07/2020 | 307,500.00 |
25/08/2020 | 285,670.00 |
01/09/2020 | 212,788.00 |
07/09/2020 | 234,520.00 |
09/09/2020 | 277,130.00 |
18/11/2020 | 515,280.00 |
18/11/2020 | 228,450.00 |
20/11/2020 | 458,770.00 |
20/11/2020 | 331,680.00 |
30/11/2020 | 985,000.00 |
03/12/2020 | 588,500.00 |
15/12/2020 | 465,660.00 |
15/12/2020 | 476,330.00 |
16/12/2020 | 515,750.00 |
16/12/2020 | 525,880.00 |
22/12/2020 | 550,250.00 |
22/12/2020 | 442,450.00 |
23/12/2020 | 469,120.00 |
23/12/2020 | 519,900.00 |
04/01/2021 | 204,000.00 |
Jumlah Keseluruhan | RM8,587,298.00 |
Apa kaitan semua syarikat dengan Mak Siew Wei?

Data menunjukkan Syarikat Delta Million Dynamic Sdn Bhd dan Oasis Prestasi Sdn Bhd mempunyai pengarah yang sama, iaitu Lim Mok Chooe.
Setiausaha bagi ketiga-tiga syarikat adalah individu yang sama, Chin Chee Hoe. Alamat berdaftar bagi Delta Million Dynamic Sdn Bhd, Oasis Prestasi Sdn Bhd dan Midas Mode Sdn Bhd adalah sama.
Midas Mode Sdn Bhd mempunyai pemegang saham dan pengarah berbeza tetapi berkongsi setiausaha dan alamat yang sama dengan dua syarikat lain.
Ini menunjukkan kaitan yang kukuh antara tiga syarikat ini dengan Mak Siew Wei. Jika 19 syarikat ini disemak sudah pasti hubungannya sama dengan Mak Siew Wei sangat jelas.
Mak Siew Wei perlukan syarikat ‘dummy’ untuk dia mengeluarkan wang bagi membayar hutang-hutang judinya.
Saman Erdasan Group Berhad terhadap Mak Siew Wei
Susulan semua bukti penyelewengan Mak Siew Wei itu pada 21 Mac lalu Erdasan Group Berhad telah memfailkan memfailkan Writ dan Pernyataan Tuntutan di Mahkamah Tinggi Shah Alam, No. Guaman BA-22NCC-50-03/2025 terhadap Mak Siew Wei kerana mengalihkan dana Erdasan Group kepada pihak ketiga berjumlah RM46,470,166.61 sebagaimana disebutkan di atas.
Erdasan Group dan AT Precision Tooling Sdn Bhd selaku Plaintif menerusi Guaman memohon perintah/relif berikut terhadap Mak Siew Wei (Selaku“Defendan”):-
1. Suatu perisytiharan bahawa Defendan telah melakukan penipuan ekuiti terhadap Plaintif dengan menyebabkan Plaintif secara salah memindahkan sejumlah RM46,470,166.61 kepada pelbagai pihak ketiga tanpa asas;
2.Suatu perisytiharan bahawa Defendan adalah pemegang amanah konstruktif yang memegang jumlah RM46,470,166.61 bagi pihak Plaintif;
3.Bahawa semua aset dan harta Defendan dikesan dan seterusnya digunakan untuk melangsaikan hutangnya kepada Plaintif berjumlah RM46,470,166.61;
4.Sebagai alternatif, bahawa Defendan membayar sejumlah RM46,470,166.61 sebagai ganti rugi khas yang dialami oleh Plaintif;
5.Ganti rugi am yang akan dinilai;
6. Ganti rugi teladan;
7. Ganti rugi teruk;
8. Faedah ke atas penghakiman pada kadar 5% setahun dari tarikh penghakiman sehingga penyelesaian penuh;
9. Kos guaman secara indemniti penuh terhadap Defendan; dan
10. Sebarang relif lain yang difikirkan wajar dan sesuai oleh Mahkamah
Lembaga telah melantik penasihat undang-undang, Encik Eric Tan dari Tetuan Ong Kok Bin & Co untuk kes tuntutan saman ini.
Apakah Mak Siew Wei akan menyerah diri atau terus bersembunyi dan melarikan diri keluar negara?