
Ada tanggapan Malaysiakini jenis dibayar untuk membuat sesuatu pendedahan atau jika menulis sesuatu berita kontroversi. Tiada bayaran tiada pendedahan atau jika ada pendedahan maka penulisan dihentikan.
Kini terbukti selepas Wartawan Malaysiakini B Nantha Kumar ditahan pada jumaat lalu kerana didakwa menerima rasuah daripada ejen yang berurusan dengan pekerja asing, kata Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki.

Apakah syarikat itu berkait dengan Bestinet milik Datuk Aminul Islam atau sekutu yang berdaftar dalam Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing (FWCMS)?
Bercakap kepada media Azam menafikan bahawa penahanan itu adalah kerana pendedahan artikel Malaysiakini berhubung kartel pemerdagangan warga asing.
B.Nantha Kumar minta RM100 ribu
Menurut Azam, wartawan itu didakwa meminta RM100,000 daripada ejen itu sebagai balasan untuk tidak menyiarkan dua artikel berhubung ejen berkenaan.
Kata Azam lagi, jumlah itu akhirnya dikurangkan kepada RM20,000.
“Ejen itu membuat laporan kepada SPRM, selepas itu kami menjalankan apa yang dipanggil ‘kes perangkap’.
“Ejen itu kemudian bertemu wartawan di Hotel Concorde di Shah Alam di mana wang tunai diserahkan kepada wartawan.
“Pegawai SPRM menahan wartawan itu di tempat kejadian dengan wang RM20,000,” katanya.

Mahkamah Majistret Putrajaya membenarkan permohonan SPRM untuk menahan remannya selama empat hari.
SPRM menyiasat kes itu mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.
Nantha Kumar berkhidmat dengan Malaysiakini sejak 2018 – telah menulis mengenai sindiket imigresen, termasuk yang melibatkan Jabatan Imigresen. Kes lain ialah membantu Kartel Albert Tei sebagai Whistleblower monopoli Lesen Mineral di Sabah.

Malaysiakini tak perlu terkejut dengan dakwaan Nantha Kumar meminta rasuah kerana itulah yang Malaysiakini lakukan selama ini. ‘You bayar artikel diterbitkan, You bayar juga artikel ditarik balik’. Semuanya mengenai bayaran.
Malaysiakini tidak perlu menegakkan benang basah kerana ejen membuat laporan itu membawa kepada penangkapan B.Nantha Kumar ditangkap serta merta ketika menerima wang rasuah itu. Semua bukti seperti video dan gambar merakamkan peristiwa itu. Ia perangkap yang bagus menangkap B.Nantha Kumar yang licik.
Malaysiakini akan sukar mempertahankan perasuah yang ada bukti mengambil wang. Mengugut minta RM100 ribu yang akhirnya mendapat RM20 ribu.
Inilah standard wartawan Malaysiakini mencari wang luar. Ia bukti tidak disangkal sebagaimana Malaysiakini menyiarkan 8 video adun yang disunting untuk merosakkan imej Kerajaan Sabah. Berapa juta kartel Albert Tei membayar Malaysiakini?
Integriti Malaysiakini tercalar teruk kerana kes rasuah B.Nantha Kumar yang memalukan. Apa yang Malaysiakini laporkan semuanya dibayar pihak tertentu.
SPRM wajar menyiasat semua penulisan B.Nantha Kumar jika selama ini beliau mengambil rasuah daripada mana-mana pendedahannya.