
MARA Corp yang distruktur semula sebelum ini nampaknya menuju kehancuran kerana pelantikan CEO yang salah. Pelantikan CEO yang salah bukan baru dalam MARA Corp.
Terbaru Group CEO MARA Corp, Zulkarnain bin Taman jenis pemalas dan tiada aura mengetuai MARA Corp. Pengalaman beliau sebagai bekas Ketua Pegawai Perbankan Runcit Bank Rakyat tidak mencukupi sebagai Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan MARA Corp.


bayangkan jika MARA Corp melingkup…
MARA Corp yang kita semua tahu adalah syarikat dibawah MARA. Bagaimana syarikat yang membawa amanah orang melayu, duit rakyat ini diberikan kepada seorang yang tidak profesional dan berumur yang melepasi usia pencen. Beliau yang berpenyakit kencing manis yang kronik dan berumur 64 tahun dijadikan Group CEO MARA Corp. Menteri KKDW, KSU, Pengerusi, KP MARA dan HR sepatutnya membuat tapisan melantik ke jawatan Group CEO?
Disebabkan dia sekarang ini, keseluruhan syarikat MARA Corp menjadi huru-hara. Otak dia hanya bergerak waktu selepas pukul 7 malam. Itu pun tak bergerak sangat. Hancurlah MARA Corp sekali lagi. Kali ini lagi parah!!. Tak tahu nak buat keputusan, nak fikir pasal strategi memajukan syarikat jauh sekali. Dapat pulak penasihat sekeliling dia yang mengambil kesempatan di atas kebodohan dia.

Pelik kerana mesyuarat yang diaturkan untuknya sentiasa di batalkan. Mesyuarat dengannya tiada keputusan dibuat, tiada direction dan tidak profesional. Yang dia tahu cakap pasal Bank Rakyat dan Golf. Bangga sangat dengan Bank Rakyat, sedangkan Bank Rakyat pun tak nak dia. Apa yang bagusnya Bank Rakyat dua agensi berbeza antara MARA Corp dan Bank Rakyat.
Cakap-cakap orang di Bank Rakyat..”Apalah MARA Corp, setakat ketua jabatan di Bank rakyat, MARA Corp boleh jadikan dia GROUP CEO, hancurlah MARA Corp. Ketua Jabatan di retail department yang business dia jual produk Loan yang sedia ada di Bank Rakyat dijadikan GROUP CEO MARA Corp yang macam-macam business dan memerlukan orang yang dapat memajukan MARA Corp. Memang tak layak langsung!
Mesyuarat akan bermula setiap hari selepas pukul 7 malam, sejak dia masuk, keadaan pekerja menjadi huru-hara. Kerja dia waktu siang, bersembang dengan top management selepas tu pergi hisap rokok, 90% masa waktu office dia habiskan dengan hisap rokok. Bila CEO anak-anak syarikat datang untuk berbincang dengan nya, dia suruh tunggu berjam-jam dan akhirnya mereka terpaksa balik. Kertas kerja yang diberi padanya disidai sampai bertimbun-timbun dan hilang.
Bila digesa cepat barulah di sign tanpa membaca dan membuat keputusan sehingga melanggar integriti syarikat. Lepas tu salahkan CEO syarikat atas kelembaban dia. CEO anak syarikat sekarang ini mengadu business mereka tidak dapat bergerak kerana tiada keputusan, dia tak baca pun proposal anak syarikat dan tidak pernah buat perbincangan yang mempunyai hala tuju.
Belum masuk lagi beliau tidak menghormati Pengerusi MARA Corp Mohama Rafi Shahzada. Zulkarnain Taman tak pernah hormat pun pada Pengerusi Majlis MARA dan MARA Corp. Beliau percaya Dato’ Sri Azhar KP MARA yang bakal pencen Mac ini akan mempertahankan CEO MARA Corp.
Group CEO MARA Corp ini sangat tidak mempunyai integriti. Sentiasa EL, MC dan cuti. Setiap bulan masuk hospital, umur 64 dan asyik sakit. Duduk dalam bilik, duduk makan dan bersembang merapu. Bila mesyuarat, disuruh beli makanan yang mahal-mahal, sehingga kos perbelanjaan syarikat meningkat.
Bila mesyuarat, tidak bersuara dan tidur. Gaji dibayar tinggi, gaji hampir RM68 ribu bersamaan sehari RM2,000 dibayar untuk kerja dia cuti, cuti sakit, cuti kecemasan dan hisap rokok. Gaji dia sehari ibarat gaji staff bawahan sebulan. Staf bawahan yang bertungkus lumus berkerja sampai ke malam untuk dapat sebulan gaji, dia boleh habiskan masa dengan hisap rokok dengan sentiasa cuti. Tak pernah dengar Group CEO cuti emergency.
Orang nak berjumpa dengan dia, disuruh tunggu berjam-jam untuk dia hisap rokok bersama top management.
Masuk kerja baru sebulan, dah tukar kereta harga RM1 juta, mana datang duit ni. Elok SPRM cuba siasat.
Dengar cerita buat hari bersama pekerja, dia tak masuk, lepas tu digunanya kawan dia bahagian HR untuk membuat proposal untuk dia bermain golf menggunakan duit Syarikat. Pekerja-pekerja lain akhirnya balik tanpa mendapat apa-apa. Jumlah Syarikat mengeluarkan duit untuk acara itu hampir RM400 ribu.
Kerja dia setiap hari bercerita pasal CEO anak syarikat yang dikatakan tidak kompeten, menghasut pekerja sehingga menjadi tidak harmoni dikalangan pekerja di dalam Kumpulan MARA Corp.
Apa jenis CEO nak tengok kertas kerja, dia tanya Chatgpt. Mohonlah Menteri KKDW dan MARA keluarkan segera Group CEO yang dah berumur ini yang mana patutnya umur berpencen. Makin disimpan lama makin hancur MARA Corp.

Masuk hospital hari Selasa, Jumaat keluar. Sabtu dah boleh main golf...
Bila ada mesyuarat Lembaga Pengarah, dia masuk hospital lah, emergency leave, mengapa? kerana takut hendak menjawab dengan Lembaga Pengarah. Kerana memang dia tak tahu mengenai strategi syarikat, takut Lembaga Pengarah bertanya dan kena marah. Bayangan selepas masuk hospital boleh pulak pergi main golf bersama rakan-rakan di Jakarta.
Siap berkaraoke lagi. Mohonlah YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri KKDW, Pengerusi Majlis MARA dan Pengerusi MARA Corp selamatkan MARA Corp. Jangan ulang teruknya MARA Corp sebelum sehingga diserbu dan CEO MARA Corp didakwa kes rasuah.
Kini dah 6 bulan di MARA Corp, kos bertambah tapi perniagaan tak bergerak. MARA Corp ini d ibawah MARA, duitnya duit rakyat maka cari lah orang yang AMANAH, BERINTEGRITI, MEMPUNYAI KEPANDAIAN dalam menguruskan syarikat.
Belum masuk dia percaya dan berpakat dengan Dato’ Amir Azhar Bin Ibrahim Pengarah Kumpulan Korporat, Perancangan dan Komunikasi, bekas Pengarah Korporat UniKL yang paling korup. Cuba google namanya banyak terlibat dengan pelbagai skandal di UniKL kini dilantik pula di MARA Corp syarikat induk MARA. Bayangkan kehancuran MARA Corp.

Satu lagi perangai CEO MARA Corp ialah suka batalkan mesyuarat kemudian bagi alasan kereta rosak jelas dia bukan saja CEO yang tak pandai mengurus syarikat tapi juga seorang yang suka bercakap putar belit, menipu, perangai macam budak baru masuk kerja dan langsung tidak professional.
Bayangkan dia dah kerja setengah tahun, tapi 2 anak syarikat dia tak pernah turun padang. Itu pun tak ada input yang dia bagi. Bila ada event atau tournament golf, dia orang pertama yang sampai.
Diharap MARA dan YAB Dato’ Seri Ahmad Zahid ambil lah tindakan dengan segera. Jangan kerana dia rosak nama MARA dan nama Timbalan Perdana Menteri. CEO dan Pengarah Dato’ Amir sedang menjahanamkan MARA Corp! KP MARA pula memang menunggu pencen saja.

Selamatkan la MARA Corp sebelum hancur lebur. Selamatkan syraikat untuk anak Melayu kita daripada binasa.