Ogos tahun lalu SPRM menyerbu pembekal mesin slot judi terbesar negara, RGB International Berhad menahan Pengarah Urusannya Datuk Seri Chuah Kim Seah dan beberapa lembaga pengarahnya. Ia berhubung dakwaan pembiayaan politik kepada PN dalam piihanraya. RGB International dibebaskan dengan ikat jamin.
Susulan serbuan terhadap RGB beberapa lagi syarikat judi milik taikun judi diserbu SPRM seperti Taikun Tropicana pemilik Palmgold Corporation Sdn Bhd iaitu Tan Sri Danny Tan Chee Sing dan anaknya, Tan Sri Ta Kin Yan (Pengasas Waz Lian group) dan GPL Group milik Tan Sri Dato’ Cheng Joo Teik dan anaknya
Dato’ Douglas Cheng.
Sejumlah RM40 juta nilai akaun individu dan syarikat dibeku berhubung siasatan pemberian rasuah oleh syarikat perjudian ketika itu.
Sejak ogos tahun lalu hingga kini nampaknya semua kes ini telah senyap. Tidak diketahui kes ini sekarang. Mungkin kes telah NFA atau mereka membayar sejumlah kompaun. Namun syarikat-syarikat ini tetap tidak boleh melarikan diri daripada membayar cukai. Syarikat judi hasil berbilion tetapi liat bayar cukai. Syarikat-syarikat ini akan mencuci semua sumber pendapatan judi mereka.
TAIKUN JUDI LARI CUKAI – TAN SRI DANNY TAN CHEE SING & TAN SRI DATO’ CHENG JOO TEIK
Umum mengetahui syarikat judi adalah syarikat paling licik lari daripada cukai. Dua syarikat dikenal pasti ialah GPL Group Sdn Bhd dan Palmgold Corporation Sdn Bhd. Kedua-dua syarikat ini dikenali sebagai raja judi memandangkan saling hubungan mereka antara satu sama lain. Tan Sri Dato’ Cheng Joo Teik pernah menjadi Pengarah Eksekutif Kumpulan Palmgold milik Tan Sri Danny Tan Chee Sing. Kedua-duanya licik.
GPL GROUP SDN BHD
Siapa tidak kenal GPL Group Sdn Bhd dimiliki oleh Tan Sri Dato’ Cheng Joo Teik dan anaknya Dato’ Douglas Cheng. Sebut judi dan ‘gaming semua tahu ia berkait GPL Group. Kumpulan ini juga mengendalikan rangkaian pusat hiburan karaoke, pusat permainan judi atau lebih lembut kelab sukan rekreasi di seluruh Malaysia dan di luar negara. Berlindung disebalik banyak syarikat untuk lari dari cukai. GPL Group misalnya diisytiharkan sebagai rugi tetapi pelanggannya menunjukkan syarikat ini untung. Logik tak sahamnya hanya RM2, hasil tahunan RM15 ribu, kerugian lebih RM600 ribu?
Menurut rekod GPL menguruskan lebih 54 pusat sukan rekreasi perjudian dan hiburan belum masuk judi online, judi haram dan lain-lain lagi. Dan kemudiannya semua syarikat ini rugi?
Dato’ Douglas Cheng juga merupakan pengasas dan pengerusi projek TREC bernilai RM323 juta – hab hiburan gaya hidup bersepadu terbesar di Malaysia.
Maka amat mustahil syarikat GPL Group sebuah syarikat yang rugi melainkan ia disengajakan untuk tidak membayar cukai kepada LHDN.
GPL DAN MYTECH GROUP BHD
Selain GPL Group Tan Sri Dato’ Cheng Joo Teik dan Dato’ Doughlas juga pemegang saham terbesar MYTECH GROUP BHD. Semua hasil judi dicuci dalam MyTech. Pemegang saham kedua terbesar dalam MyTech ialah TS Wong Pengasas MYEG Services Bhd.
Dulu mereka cuba lari cukai namun kali ini kerajaan sudah menetapkan cukai keuntungan dan juga cukai dividen.
Syarikat ini juga wajar disiasat pemilikan sahamnya dan semua kerja-kerja mencuci wang haram dilakukan di syarikat MyTech Berhad
PMX PERNAH SELAR GPL GROUP SDN BHD
Sebelum menjadi PM ke 10 Datuk Seri Anwar Ibrahim pada November 2021 pernah menggesa kerajaan dan Kementerian Kewangan (MoF) menyiasat penglibatan orang-orang Melayu-Islam dalam aktiviti perjudian. Anwar berkata 45 peratus daripada 62 kelab judi yang dipercayai dianggotai oleh orang Islam. Malah beliau ketika itu mendesak agar PDRM menyiasat penglibatan seorang individu dikenali sebagai Douglas Cheng daripada syarikat GPL Group, yang didakwa bergerak secara bebas dan memiliki jumlah syarikat perjudian yang besar di negara ini.
“Kebebasan (GPL Group) boleh mengundang orang-orang Melayu, mungkin kelas atasan untuk bersama dalam kegiatan perjudian ini.
“Saya juga mahu Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyemak kedudukan (GPL Group) agar dapat dipantau dan tindakan diambil,” katanya
Tahun lalu PMX mengarahkan SPRM menyerbu syarikat-syarikat judi termasuk GPL Group dan membekukan RM40 juta akaun bank.
Sudah tiba masa LHDN bertindak terhadap GPL Group Sdn Bhd ini. Kaya raya tetapi lari cukai.
PALMGOLD CORPORATION SDN BHD- TAN SRI DANNY TAN CHEE SING
Satu lagi syarikat judi terkenal yang juga lari dari bayar cukai ialah PALMGOLD CORPORATION SDN BHD milik adik Tan Sri Vincent Tan, Tan Sri Danney Tan Chee Sing pemilik Tropicana Corporation Bhd dan Pengarah Eksekutif Sport Toto Berhad (Berjaya).
PALMGOLD dikendalikan oleh anaknya Dato’ Dickson Tan Yong Loong
Kerajaan rugi berbilion kerana syarikat lari daripada cukai sudah tiba masa kerajaan bertindak. Untuk apa bising dan bercakap mengenai syarikat lari cukai. Paling penting bertindak segera. Jangan golongan mahakaya tidak bayar cukai
anjing lebih baik mempunyai tempat persembunyian yang baik apabila mereka menyalak karut remeh