Lagi skandal tanah dan ‘scammer’ di Gua Musang.
Selepas empat tahun dilancarkan kerajaan negeri projek pembinaan Bandar Perabot Gua Musang masih dipenuhi hutan.
Adun Galas, Mohd Syahbuddin Hashim, mempersoalkan kelewatan projek itu yang dirasmikan pada 10 Sept 2020 sedangkan syarikat pemaju bertanggungjawab membangunkannya diberi tanah ladang hutan untuk diteroka seluas 2,889 ekar.
Apakah projek ini menjadi gajah putih? Balak dah sapu tetapi bandar belum dibina.
Pada 10 September 2020, telah berlangsung upacara pecah tanah untuk Projek Bandar Perabot atau digelar Madinatul Athasi di Gua Musang dan dirasmikan mantan Menteri Besar Kelantan, YB Dato’ Bentara Kanan Ustaz Dato’ Haji Ahmad bin Yakob dan turut dihadiri oleh saya selaku Adun BN Galas.
Dalam Seisi Pengulungan Sidang DUN Kelantan pada 31 Mac 2022, YB Exco Perindustrian, Perdagangan, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan, YB Dato Hj Hanifa Ahmad pada ketika itu, memperakukan Syarikat MCkift Management Committee Sdn Bhd telah dianugerahkan 350 ekar tanah tapak bandar perabot di Gua Musang dengan komitmen untuk pembinaan 3 buah kilang yang akan dimulakan pada pertengahan tahun 2022.
Bandar Perabot atau Madinatul Athasi ini dimajukan oleh sebuah syarikat MCkift Management Committee Sdn Bhd yang Pengerusinya adalah Mr Low Peng Sian @Chua Peng Sian manakala COO kepada syarikat tersebut adalah Mohd Haffiz Bin Mohd Rasdin. Semakan menunjukkan nama Mohd Haffiz dikeluarkan dari syarikat namun masih kekal dalam laman web syarikat MCkift Management Committee Sdn Bhd sebagai COO.
Low Peng Sian @Chua Peng Sian kini merupakan Pengarah tunggal dalam Syarikat MCkift Management Committee Sdn Bhd
Projek Bandar Perabot yang dibanggakan oleh MB Kelantan sebelum ini sebagai pelabur China yang membawa pelaburan RM1 bilion dan kononnya boleh memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat di Gua Musang, tetapi sehingga 2024 ianya masih tidak menjadi kenyataan.
SIAPA MR LOW PENG SIAN @CHUA PENG SIAN PENGASAS MCKIFT MANAGEMENT COMMITTEE SDN BHD YANG DISEBUT SEBAGAI PEMBAWA PELABUR CHINA?
Siapa pemilik MCKIFT Management kroni PAS ini? Beliau ialah Low Peng Sian @ Chua Peng Sian merupakan Pengarah Urusan dan pemegang saham terbesar dalam SERN KOU RESOURCES BERHAD sebuah senarai awam dalam pembalakan dan perabut.
Berpengalaman sebagai taikun pembalakan dan kilang papan, perniagaan borong dan perdagangan kayu gergaji, kayu keras tropika dan kayu getah, serta perdagangan perkakasan dan bahan binaan selama 30 tahun. Beliau kini merupakan pengarah CPS Resources Sdn. Bhd., Kuala Puri Development Sdn. Bhd., Kuala Puri Resources Sdn. Bhd., Perladangan Paloh Inai Sdn. Bhd., Sinaran Sdn. Bhd., Strait Community Sdn. Bhd., Total Modern Development Sdn. Bhd., MCKIFT Management Committee Sdn. Bhd., Golden Vision Land Sdn. Bhd., Rawang Cement Products Sdn. Bhd., RCP Ready Mix Sdn Bhd.
MCKIFT Management Committee Sdn. Bhd bukan anak syarikat Sern Kou Resources Berhad berdasarkan struktur syarikat. MCKIFT Management khusus untuk ‘pau’ projek balak di Kelantan.
Low Peng Sian @ Chua Peng Sian bijak untuk tidak mengheret syarikat SERN KOU RESOURCES BERHAD jika tidak pasti projek yang tidak selesai di Kelantan menggoyangkan Sern Kou.
COO & MOHD HAFFIZ MOHD RASDIN ‘SCAMMER’
Namun satu persoalan besar mengapa syarikat MCKIFT Management Committee Sdn Bhd dan Mr Low Peng Sian @Chua Peng Sian melantik Mohd Haffiz Bin Mohd Rasdin sebagai COO MCKIFT?
Bukankah Mohd Jaffiz kroni Exco Kerajaan Negeri Kelantan pemimpin PAS ini terlibat dalam sindiket pengambilan tanah kerajaan dan kemudian menjual pajakan tanah pembalakan sepertimana yang berlaku pada tahun 2017 melibatkan penerimaan wang jualan hampir RM448 ribu untuk tanah seluas 5000 ekar di Ulu Galas? Mohd Haffiz Bin Mohd Rasdin terkenal sebagai penyakau dengan menjual pajakan tanah di Kelantan.
Berdasarkan rekod dalam dalam Kamar Khas Parlimen bertarikh 24 Julai 2017, berhubung seorang Ahli Perniagaan bernama Liw Chong Liong ditipu Mohd Haffiz bin Mohd Rasdin dan telah didakwa di Mahkamah Sesyen Jenayah Melaka atas tuduhan menipu pajakan tanah di Kelantan.
Mohd Haffiz bin Mohd Rasdin dalam Kausa Mahkamah Sesyen Jenayah Melaka bertarikh 8 Sept 2017 dibicarakan oleh Hakim YA Norma binti Ismail.
Projek Bandar Perabot dilihat gagal. Rakyat Gua Musang rugi melopong tanah milik orang lain tetapi Low Peng Sian @Chua Peng Sian kroni PAS itu terus mendapat ribuan tanah lain di Ulu Nenggiri Gua Musang.
Tiga lagi kelulusan EIA tahun 2023 melibatkan projek Ladang Hutan dibawah syarikat MCKIFT Management Committee Sdn Bhd sebagai pengerak projek, selain dari kelulusan 350 ekar tanah tapak bandar perabot itu.
Mungkinkah kelulusan Projek Ladang Hutan 2889 ekar kepada syarikat MCKIFT Management Commitee Sdn Bhd milik Low Peng Sian @Chua Peng Sian ini sebahagian dari komitmen usahasama Kerajaan Negeri Kelantan untuk membolehkan Bandar Perabot ini menjadi kenyataan?
Hari ini Bandar Perabot Gua Musang hilang tetapi tanah rakyat Ulu Nenggiri jatuh ke tangan orang luar sama ada China atau bukan syarikat Kelantan.
Orang Melayu dan orang Asli gigit jari sebagaimana hampir 10 ribu ekar tanah jatuh ke tangan syarikat Sindiyan Group.
SYOR ARTIKEL BERKAITAN GUA MUSANG