Isu tanah Gua Musang kembali lagi. Bukan satu yang luar biasa ribuan hektar tanah Gua Musang sudah diberi kepada syarikat bukan bumiputera dan Syarikat China. Kerajaan PAS Kelantan bukan ada sumber ekonomi melainkan tanah, balak dan perlombongan.
6 Ogos lalu Barisan Nasional (BN) mendesak kerajaan Kelantan menjawab dakwaan kelulusan baharu penerokaan hutan seluas 33,000 ekar di sini kepada 54 syarikat dalam tempoh dua tahun dari 2022.
Bercakap pada sidang media, Timbalan Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri BN Mohd Syahbuddin Hashim berkata dakwaan itu bertentangan dengan dasar kerajaan diterajui PAS yang sebelum ini membekukan kelulusan baharu penerokaan hutan.
Beliau yang juga Adun Galas berkata bagaimanapun semakan mereka menerusi permohonan laporan penilaian kesan alam sekitar (EIA) di laman sesawang Jabatan Alam Sekitar mengesan ada 54 kelulusan baharu diberi kerajaan negeri.
Kelulusan diberi atas pelbagai tujuan seperti ladang hutan, pengayaan hutan dan lombong di Gua Musang yang kebanyakannya di kawasan Ulu Nenggiri dari 2022 hingga tahun ini,dakwanya yang juga ketua pembangkang DUN Kelantan.
Pendek kata rakyat tak dapat tanah tetap syarikat kroni dan dari luar mudah mendapat geran milik tanah terutamanya pemberian konsesi ‘secara senyap-senyap’ kepada syarikat bukan Bumiputera dari luar Kelantan yang belum cukup setahun diwujudkan.
“Apakah alasan sebenar membolehkan syarikat itu dapat projek ladang hutan ketika rakyat biasa terpaksa naik turn pejabat tanah untuk dapatkan sebidang tanah bagi kediaman.
Penduduk Nenggiri pula terpaksa menanggung kesan kemusnahan alam sekitar sejak 34 tahun lalu.
Beliau turut membidas kerajaan Kelantan kerana sering ‘menganaktirikan’ kebajikan rakyat Gua Musang termasuk membabitkan isu rumah mampu milik sedangkan kawasan itu dijadikan tempat mengutip hasil negeri.
Bukan 54 tetapi 48!
Sebelum itu Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man menafikan Kerajaan Kelantan memberi tanah kepada orang luar.
Sementara itu Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohamed Fadzli Hassan yang bertanggungjawab memegang portfolio sumber asli menafikan dakwaan 54 kelulusan tanah tetapi hanya meluluskan sebanyak 48 permohonan penerokaan tanah hutan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri.
Dakwaan itu tidak tepat namun beliau secara tidak langsung mengaku 48 permohonan tanah telah diberi kepada pelbagai pihak yang Kerajaan Negeri Kelantan syor luluskan di bawah proses Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA).
“Syarikat yang dipilih untuk mengendalikan projek itu cukup berwibawa dan mampu untuk melaksanakan.
“Kerajaan negeri memberi kelulusan itu kepada syarikat yang layak mengikut prosedur yang ditetapkan berkait penerokaan dan bukan boleh teroka secara haram,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Mesyuarat Exco di Kompleks Kota Darulnaim
Namun hakikatnya pembalakan haram tetap ada sebagaimana laporan media.
Ladang Musang King terbesar!
Hakikatnya setiap inci tanah di Gua Musang berkeluasan ribuan hektar diberi kepada syarikat bukan bumiputera dan berkait syarikat China.
September 2023 kecoh mengenai dipaparkan dalam Malaysia Book of Records apabila tanah Melayu Gua Musang Kelantan hampir 10,000 ekar tanah dimonopoli Ladang Sindiyan dimiliki bukan bumputera. Syarikat perladangan Sindiyan dikuasai ahli perniagaan cina Che Chong Ha, Gan Boon Tian dan Chi Chun Hee. Sangat mudah hanya guna satu nama melayu Dato’ Roshaimi bin Razak melalui Koperasi Sindiyan dan Sindiyan Sdn Bhd semuanya jadi milik melayu!
Wal hal semua ini hanya wayang dan hakikatnya bukan bumiputera dengan JV China yang menguasai ladang Sindiyan
Selain Sindiyan Sdn Bhd, Che Chong Ha menggunakan Sindiyan Plantation Sdn Bhd, Sindiyan Global Sdn Bhd dan Sindiyan Group Sdn Bhd. Pemegang Saham terbesarnya Harapan Bangga Sdn Bhd!
Selama ini PAS-PN bising mengenai tanah Selangor atau Parti DAP -Harbi yang kononnya menguasai negeri, tanah dan lain-lain tetapi hakikatnya PAS lagi teruk sehingga memberi kepada syarikat yang ada kaitan dengan negara China yang bukan sedikit tetapi terbesar direkod dalam Malaysia Book of Records!
Rumah mewah untuk orang luar
Lebih menyedihkan di bawah 8 pelan strategi pembangunan Syarikat Sindiyan Group bukan hanya setakat Ladang Durian Musang King, Durian Eco Park tetapi Sindiyan Group bakal membina bangunan komersial dan membangunkan projek rumah mewah untuk golongan kaya, pelabur, warga asing kaya, pelancong dan pesara.
Siapa yang mampu beli? Pesara, ahli perniagaan kaya, warga Singapura dan China yang sekarang diiklan kepada warga China untuk mendapat Second Home MM2H
Apa rakyat Gua Musang dapat? Boleh masuk kawasan ladang sesuka hati, boleh beli rumah mewah? Berapa ramai pekerja tempatan diambil? Dan bagaimana orang asli di Gua Musang boleh bebas seperti mereka lakukan sebelum ini.
Berkuasanya PAS di Gua Musang dan setiap undi mereka adalah untuk menarah tanah di Gua Musang