Kecoh mengenai Blackrock. Bagaimana Blackrock menguasai dunia? video di atas menjelaskan pengaruh dan peranan Blackrock.
BlackRock dan dua lagi firma pelaburan terbesar iaitu Vanguard dan State Street merupakan Pengurus Aset ‘The Big Three’ di seluruh dunia. Pengurus aset antara pemilik terbesar syarikat dagangan awam. Semuanya dikaitkan dengan Yahudi dan Israel. Maka tidak menghairankan jika Blackrock menguasai dunia.
`The Big Three’ ini memiliki Aset Dibawah Pengurusan (AUM) bersamaan dengan lebih 75% daripada KDNK Amerika Syarikat pada 2023 atau kira-kira 55 kali ganda KDNK Malaysia pada 2023!
Blackrock telah bertapak di Malaysia sejak 1990an dan kini memiliki aset pelaburan sebanyak RM27.5 bilion di negara ini.
Menurut data yang diperoleh secara terbuka, setakat Mei 2024, BlackRock sebagai sebuah firma pelaburan global sudah memiliki pelaburan ekuiti di dalam 100 syarikat tersenarai di Malaysia merangkumi sektor industri, dengan tiga entiti terbesar merupakan institut perbankan di negara ini.
“Jadi secara keseluruhan mereka memiliki aset bernilai RM27.5 bilion di Malaysia, RM20.5 bilion di Bursa dan RM7 bilion di dalam bon kerajaan dan korporat Malaysia,”
Itu penjelasan dibuat Tengku Zafrul Menter MITI mengenai jumlah pelaburan BlackRock dan syarikat berkaitannya di Malaysia.
Beberapa syarikat pemilikan saham firma pelaburan global Blackrock di negara ini menyumbang kepada pertumbuhan subsektor semikonduktor di beberapa negeri.
Antaranya Intel menyumbang kepada pertumbuhan subsektor di Pulau Pinang, Infineon di Melaka dan Kedah, Texas Instruments dalam industri elektrikal dan elektronik di Melaka serta Kuala Lumpur serta subsidiari Boeing, iaitu Aerospace Composites Malaysia Sdn Bhd (ACM) dalam industri aeroangkasa di Kedah.
Dari segi nilai eksport pula, Tengku Zafrul menjelaskan, syarikat-syarikat dengan pegangan saham BlackRock memberi sumbangan besar kepada pendapatan eksport negara.
Intel telah menyumbang RM50 bilion nilai eksport untuk komponen semikonduktor; Texas Instruments eksport komponen elektronik (RM20 bilion); Microsoft eksport perkhidmatan teknologi maklumat (RM15 bilion) dan Boeing eksport komponen aeroangkasa (RM10 bilion).
Khairy Jamaluddin yang bising-bising mengenai Blackrock pun merupakan Pengarah CGS International pada March 202 sebuah syarikat yang sahamnya dimilik Blackrock. Cakap tak serupa bikin.