Kontrak konsesi Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang -SUKE hanya RM 1.053 billion dan SUKE Tol Plaza RM 79.8 juta. Jumlah yang didedah SPRM ialah RM1.6 bilion. RM670 juta lagi dikatakan ‘markup’ dari kenaikan harga barang dan tergendala ketika Perintah Kawalan Pergerakan. (PKP). Jika mengambil kira isu aduan rasuah Lebuhraya Bertingkat Damansara-shah Alam (DASH) kosnya sekitar RM4.2b mungkin lebih banyak rasuah dan salahguna kuasa melibatkan Group CEO PROLINTAS. Siapakah untung dari kes tangkapan CEO Prolintas ini?
Aduan rasuah terhadap Group Ceo Prolintas anak Syarikat PNB, Dato’ Mohd Azlan Abdullah dan pegawainya melakukan penyelewengan dan salah gunakuasa projek konsesi lebuhraya DASH dan SUKE bukan baharu ia telah dilakukan sejak Mac 2022.
Namun tiada siapa boleh melawan Dato’ Mohd Azlan Abdullah yang mengatakan dia kebal dari sesiapa. Dilantik sebagai Pengerusi Sapura Energy satu lagi syarikat berkepentingan PNB menjadikan Dato’ Mohd Azlan semakin sombong.
Kontraktor bumiputera sudah lama berdendam dengan Dato’ Mohamad Azlan dan Malik Parvez Ahmad Nasir Ahmad. Semuanya menunggu masa.
Rakyat perlu memahami asas kes rasuah pemilik konsesi Prolintas-Turnpike Sinergy Sdn Bhd milik PNB ini.
Dua syarikat Projek konsesi melaporkan kes rasuah iaitu;
- Projek Penswastaan Lebuhraya bertingkat Damansara- Shah Alam Package DASH CA4– Contruction and Completion of Mainlane and other associated works form CH.4983 to CH 9307 – Panzana Enterprise Sdn Bhd
- Projek Penswastaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi – Ulu Kelang Package SUKE CA3 – Construction and Completion of Mainline And Other Associated Works From CH. 4200 to CH.7800 (RM 1.053 billion) dan SUKE Tol Plaza (RM 79,850.00 million) telah membuat aduan rasuah. – Syarikat Muhibah Perniagaan dan Pembinaan Sdn Bhd
Daripada senarai tahanan reman SPRM itu jelas 3 nama pegawai utama Prolintas ;
APAKAH INI AKAN MENJEJASKAN PNB, PROLINTAS DAN PROLINTAS INFRA BT?
Ya pasti menjejaskan 2 entiti syarikat milik Permodalan Nasional Berhad. Prolintas dimiliki oleh PNB dan ASB. (ASB pasti berkait milik rakyat). Kumpulan Prolintas pula memiliki Prolintas Infra BT syarikat senarai awam yang dilancarkan Bursa Malaysia 25 Mac lalu- menguasai 4 lebuh raya iaitu AKLEH, GCE, LKSA dan Kajang-SILK. Lebuhraya SUKE dan DASH kekal dalam kumpulan induk PROLINTAS.
Affin Hwang Capital memberi penilaian dakwaan rasuah membabitkan pengurusan kanan Kumpulan Prolintas tidak akan memberi kesan material secara langsung kepada operasi dan kewangan amanah tersenarainya Prolintas Infrastructure Business Trust. Projek yang disiasat hanyalah Lebuhraya Bertingkat Damansara-shah Alam (DASH) dan Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) yang bukan sebahagian daripada Prolintas Infra tetapi syarikat induknya Prolintas Sdn Bhd.
Sapura Energy Berhad yang dikuasai PNB dan ASB misalnya turut merehatkan Dato’ Mohamad Azlan sebagai Pengerusi Sapura Energy.
Syor Baca – Direman SPRM Mohd Azlan direhatkan, Sapura Energy lantik Shahin Farouque sebagai pengerusi interim
INTEGRITI PROLINTAS HANCUR
Kebimbangan kebimbangan integriti menjatuhkan saham syarikat itu apabila sesi dagangan awal 26 Jun lalu apabila harga saham Prolintas turun ke paras 0.82 sen jatuh 4.40 peratus. Jika kepercayaan ini tidak ditangani saham Prolintas akan terus jatuh. Merehatkan CEO sebenarnya tidak mencukupi perlu tindakan pemecatan untuk memberi kepercayaan kepada pemegang saham.
Memandangkan Prolintas mempunyai ISO 37001 Anti-Bribery Management System (ABMS) tangkapan kepada dua CEO Prolintas sangat memalukan syarikat itu. Tan Sri Azam Baki sendiri hadir majlis pelancaran ABMS itu tetapi Prolintas pula merosakkan sistem itu.
PENGARAH SYARIKAT SYARIKAT CANTILEVER BUMI SDN BHD DIREMAN
Senarai nama Pengarah syarikat yang ditahan reman (rujuk di atas) ialah AZMI BIN MASSOD dan MALCOM CHRISTIE DAVID keduanya merupakan Pengarah dan pemegang saham syarikat Cantilever Bumi Sdn Bhd syarikat yang dikaitkan dengan konsesi Lebuhraya bertingkat Damansara- Shah Alam Package DASH CA4. Laporan sebelum ini mengatakan Azmi bin Massod merupakan kroni dan rakan baiknya. Sebelum ini Dato Mohd Azlan melantik 3 kontraktor baru untuk menyiapkan projek baki kos RM 180 juta. Namun 3 syarikat baru diketuai Azmi Massod ini menaikkan lagi kepada RM280 juta.
Tiga syarikat itu ialah ;
1. Cantilever Bumi Sdn Bhd – Bridge works & Sebahagian Jalan Sg Buloh
2. Sinar Widuri Sdn Bhd- Mainline ( Jln Sg Buloh ) – Section A
3. Suhati Sdn Bhd- Mainline ( Jln Sg Buloh ) – Section B
Sumber berkata Azmi Massod dan syarikat Cantilever Bumi Sdn Bhd inilah juga kumpulan yang bakal menyingkirkan SYARIKAT MUHIBAH PERNIAGAAN DAN PEMBINAAN SDN BHD (SMPP) milik Dato’ Ku Haris Bin Ku Mahmud konsesi Projek Penswastaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi – Ulu Kelang Package SUKE CA3 dan SUKE Tol Plaza.
SMPP VS CEO PROLINTAS
Dato’ Ku Haris Bin Ku Mahmud Pengarah Urusan SMPP sedar jika beliau tidak bertindak beliau akan senasib dengan kontraktor lain yang akan disingkirkan. Sebenarnya dari satu segi Syarikat Muhibah Perniagaan dan Pembinaan Sdn Bhd juga gagal menyiapkan projek ini. Mereka cuma mereka bertindak lebih awal mengenakan Dato’ Azlan dan pegawainya. Dato’ Ku Haris dan pengarah syarikat sudah tentu kini di bawah perlindungan saksi.
Oleh kerana kes ini kini diuruskan Bahagian Siasatan diketuai KPKPj Yuhafiz Mohd Salleh (timbalan pengarah bahagian siasatan- Sektor Awam) bersama Ketua Cawangan C PPj Mohd Shukri Mohd Said maka naratif kes ini sudah boleh dibaca ke mana hala tuju kes ini.
Sama ada Dato’ Mohamad Azlan dan beberapa pegawai Prolintas akan didakwa atau kes ini akan ditutup semua akan terjawab nanti.