ANAK kepada Menteri Besar Perlis merupakan antara enam individu yang direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan pemalsuan dokumen tuntutan palsu berjumlah RM600,000 pada Rabu.
Media melaporkan turut direman ialah Anuar Abidin Setiausaha Sulit Kanan Menteri Besar Perlis.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Ana Rozana Mohd Nor selepas tertuduh dibawa ke mahkamah sekitar pukul 8.45 pagi Rabu.
“Suspek yang ditahan berusia antara 27 hingga 37 tahun dan disiasat berkaitan pelaksanaan projek pembangunan prasarana seperti membaik-pulih, menyelenggara, perbekalan dan perkhidmatan di seluruh Perlis sejak 2022.
“Siasatan dipercayai juga menjurus kepada tuntutan palsu terhadap kerja yang tidak dilaksanakan. Suspek yang ditahan itu dipercayai berperanan sebagai pemilik syarikat, kontraktor dan penjawat awam di Pejabat Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pejabat Menteri Besar Perlis,” katanya.
Sumber itu berkata, suspek ditahan sekitar pukul 7 hingga 8 pagi pada Selasa dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM.
Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas SPRM Putrajaya, Datuk Azmi Kamaruzaman ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan.
Sementara itu Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli menyerahka kepada pihak SPRM menyiasat anak dan Setiausaha Sulit Kanannya
Beliau menyerahkan sepenuhnya kepada SPRM untuk melakukan siasatan susulan penahanan anaknya berkait kes tuntutan palsu RM600,000 itu.
Mohd Syafeeq Mohd Shukri anak Menteri Besar Perlis merupakan menantu kepada Tuan Guru Tan Sri Hadi Awang Presiden PAS