10 januari lalu Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mendakwa dua individu di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas 11 kesalahan pengubahan wang haram membabitkan lebih RM119 juta.
Dua individu itu ialah Ang Jen Chuen (Dexter Ang), bekas pengarah Pixelvest Sdn Bhd (Pixelvest) dan Syaiful Riezal bin Ahmad (Syaiful Riezal), bekas Ketua Pegawai Eksekutif Infinity Trustee Berhad (Infinity).
Mereka didakwa menerima hasil daripada aktiviti menyalahi undang-undang di bawah seksyen 4(1)(b) Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).
Dexter Ang dan Syaiful Riezal masing-masing menghadapi lapan dan tiga pertuduhan.
‘TAN SRI’ SCAMMER SOPHIA CHIN
Dua hari selepas itu SC mengenakan pula pertuduhan terhadap Chin Wai Lan (Sophia Chin), Pengarah Pixelvest Sdn Bhd (Pixelvest), kerana kesalahan pengubahan wang haram yang membabitkan lebih RM164.5 juta.
SC dalam satu kenyataan berkata, Sophia Chin dikenakan pertuduhan atas 17 kesalahan di bawah seksyen 4(1)(b) Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA) kerana menerima hasil daripada aktiviti yang menyalahi undang-undang.
Mengikut pertuduhan, Sophia Chin menerima hasil haram itu dalam akaun bank peribadinya serta dalam beberapa syarikat di mana dia menjadi pengarah/rakan kongsi.
Syarikat ini termasuk Pinetree Field Sdn Bhd, SC Wealth Planners Sdn Bhd, Quarters Venture Sdn Bhd, New Straits Venture Sdn Bhd dan Quarters Capital PLT.
Kesalahan itu didakwa berlaku antara 23 Disember 2020 dan 2 Oktober 2022 di Kuala Lumpur dan Selangor.
Tertuduh menuntut dibicarakan untuk kesemua 17 pertuduhan terhadapnya di dua mahkamah berasingan.
Hakim Mahkamah Sesyen Datin Sabariah Othman membenarkan ikat jamin sebanyak RM7 juta dengan dua penjamin.
Di mahkamah berasingan, Hakim Mahkamah Sesyen Tuan Azrul bin Darus turut membenarkan Sophia Chin diikat jamin sebanyak RM7 juta dengan seorang penjamin.
Beliau juga mengenakan syarat yang sama terhadap penyerahan pasport dan melaporkan kepada SC.
Dalam beberapa program didapati Sophia Chin juga menggunakan gelaran palsu sebagai ‘Tan Sri Sophia Chin’. Boleh wayangkan penasihat syariah Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar.
ISU DISENYAPKAN: MENGAPA VICTOR CHIN BOON LONG MAFIA KORPORAT TIDAK DIDAKWA?
Sejak kenyataan Setiausaha Polis Datuk Norsiah Mohd Saadudin pada 4 Mac 2023 ia memberi harapan agar Victor, isteri dan kumpulannya diheret. Namun sudah 11 bulan berlalu nampaknya siasatan terhadap Victor Chin Boon Long dalam penyelewengan syarikat Classita Holdings Berhad) RM30.5 juta kes pecah Amanah bawah seksyen 409 kanun keseksaan seakan disenyapkan. Kononnya hanya menunggu pendakwaan kes daripada Bahagian Pendakwaan Peguam Negara namun nampaknya sudah ditutup dengan tangan-tangan ghaib.
Sumber dalaman SC, memaklumkan isteri Victor Chin Boon Long, Madam Chan Swee Ying yang banyak menguasai syarikat senarai awam adalah orang yang bertanggungjawab menyelamatkan Victor Chin dan Mafia Korporat apabila seringkali ke pejabat bahagian siasatan SC membawa wang rasuah menutup kes keluargnya. Setakat ini berhasil.
Fail forensik dan ‘money trail’ penyelewengan kewangan RM30.3 juta di Classita Holdings Berhad siasatan firma Vidos Lima juga didedahkan secara terperinci. Money Trail jelas dikeluarkan kepada keluarga, bekas pemandu dan bodyguard.
Kes saman antara sesama lembaga pengarah yang lama dan baru juga masih berterusan hingga kini. Satu darinya diputuskan mahkamah hujung bulan ini. Agaknya Hakim Mafia Korporat akan menyelamatkan Victor dan kumpulannya?
Fail sulit Victor Chin Boon Long dan Datuk Chong Loong Men juga telah didedahkan bersekali dengan semua salah laku mereka tapi nampaknya SC dan pendakwaan menyelamatkam Victor Chin Boon Long. Mereka tahu Victor Chin pemanipulasi saham dan pengubah wang haram tetapi SC menutup mata.
Malah sehingga Victor Chin Boon Long dan isterinya berjaya merampas Classita Holdings Berhad dan kini menjual Classita kepada Hong Seng Consolidated Berhad milik mereka sendiri. SC hanya melihat manipulasi saham mereka buat. UMA hanya sekadar syarat tetapi Victor dan isterinya kekal bebas.
BACA Mengapa Hong Seng ‘Ahlong’ Mafia Korporat beli syarikat pakaian dalam Classita Holdings Berhad?
SC tidak pernah pedulipun Classita Holdings menjual sahamnya atau Hong Seng Consolidated membeli Classita walaupun Chan Swee Ying, Ng Keok Chai dan Tan Sri Dato’ Seri Mohd Khairul Adib Abd Rahman ahli lembaga pengarah menguasai kedua -dua syarikat itu sambil berjual beli untuk memanipulasi saham. Sedangkan dalam masa sama MMAG Holdings Berhad dan CSH Network Capital dikuasai Victor Chin Boon Long.
MMAG RAMPAS MJETS & CUCI DUIT HARAM GUNA MJETS – KARGO XPRESS
Ini belum termasuk kes rampasan MMAG Victor Chin Boon Long dan isterinya Chan Swee Ying terhadap syarikat M-Jets milik. Laporan polis menimbun tetapi semuanya tidak berjalan. Seperti juga MYAirline, digunakan pihak tertentu ‘cuci wang’, Victor Chin Boon Long juga menggunakan MJets cuci wang walau-pun dah dia tahu rugi lebih RM50 juta. Tiada pula Kementerian Pengangkutan (MOT), MAVCOM dan CAAM mengambil tindakan terhadap M Jets dan MMAG?
AWANG ADEK PENGERUSI SC GAGAL!
Apa yang berlaku menunjukkan Dato’ Seri Dr. Awang Adek Hussin gagal sebagai Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Ini baru kes Datuk Victor Chin Boon Long dan Madam Swee Ying. Belum lagi kumpulan Mafia Korporat bawah Kenneth Vun dan Dato’ Sri Jacky Phang Chow Huat. Mereka memanipulasi saham-saham berharga murah dan kemudiannya jika saham syarikat itu melonjak naik mereka menjualnya. Melingkup satu tempat untung satu tempat. Secara terang-terangan semua syarikat itu milik mereka juga.
Apa tindakan Pengerusi SC? Misalnya Kontroversi di Syarikat Computer Form Malaysia Berhad bagaimana Dato’ Sri Jacky Pang memanipulasi saham CFM mengadakan kerjasama (JV) dengan Energy Absolute Public Company Ltd (EA) sebuah syarikat gergasi dari Thailand bagi membangunkan kilang pengeluaran kenderaan elektrik (EV) dan mengendalikan projek tenaga boleh diperbaharui (RE) di Malaysia.
Pengumuman kerjasama itu sejak 5 Januari 2023 dan perjumpaan bersama PM Anwar telah melonjakkan saham syarikat CFM mencecah paras tertinggi 52 minggu sebanyak RM2.96. Jacky Pang Chow Huat dan kumpulan Kenneth Vun dikatakan hanya memperalatkan syarikat pelabur dari Thailand untuk melonjakkan harga saham CFM. Apa jadi kepada projek itu? Syarikat EV Thailand membatalkan kerjasama itu. Tapi siapa untung? Mafia Korporat untung PMX dan kerajaan Malaysia dimalukan.
Apa Jacky Pang buat? Eksesais Jacky Pang dengan Fitters Diversified Berhad dan BSL Corp hanya untuk menjunamkan saham CFM sehingga 90% dari urusan jual beli manipulasi saham syarikat-syarikat milik Jacky Pang. Lantaran itu pada 8 Mac lalu Bursa Malaysia mengemukakan pertanyaan aktiviti pasaran luar biasa (UMA) selepas harga sahamnya naik dan menjunam teruk itu. Seperti biasa jawapan Mafia Korporat ialah “tidak mengetahui” sebarang perkembangan korporat lain atau khabar angin yang berkaitan dengan perniagaan dan hal ehwal syarikat dan anak-anak syarikatnya yang boleh menyumbang kepada kejatuhan harga saham.
Persoalan besar itu hingga kini tidak berjawab bagaimana Bursa Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti membenarkan pembelian dan penjualan saham kepada syarikat milik mereka sesama sendiri? Ini jelas satu manipulasi saham dan ‘insider trading’.
Mafia korporatlah punca kepada manipulasi saham, penipuan, kerugian kepada pembeli saham yang tidak tahu apa-apa operasi manipulasi saham, pembelian saham asing ketara kepada saham-saham murah atau ‘penny’, pelabur lari, penggunaan SPRM keterlaluan dalam membekukan akaun syarikat awam dan kejatuhan mata wang berterusan.
Mengapa Dato’ Seri Awang Adek tidak mengambil tindakan? PMX dan Kerajaan diseru menamatkan khidmat Dato’ Seri Awang Adek dan melantik individu mahir dalam perundangan agar banyak kes segera didakwa di mahkamah melibatkan syarikat dan individu yang culas…