Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memanggil isteri dan dua anak lelaki Daim Zainuddin berhubung siasatan terhadap bekas menteri kewangan itu.
Isteri Daim, Na’imah Khalid dan dua anak lelaki pasangan itu akan dipanggil memberi keterangan di ibu pejabat SPRM, Putrajaya, pada 10.30 pagi hari ini.
Siasatan itu dipercayai berkait sitaan bangunan Menara Ilham milik Daim oleh SPRM pada Disember lalu.
Sitaan itu adalah mengikut Seksyen 38(1) Akta SPRM, yang membenarkan sitaan harta tak alih.
BACA – SPRM sita Menara Ilham milik Tun Daim Zainuddin
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, kemudian mengesahkan Daim sedang disiasat kerana dipercayai terlibat rasuah dan pengubahan wang.
Azam berkata, beberapa aset lain milik Daim dan keluarganya juga mungkin disita, berikutan kegagalan menjelaskan sumber dana digunakan untuk pembeliannya.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim menafikan sebarang motif di sebalik penyitaan bangunan itu dengan berkata, langkah berkenaan menunjukkan agensi antirasuah itu akan menyiasat sesiapa sahaja tanpa mengira latar belakang mahupun kedudukan mereka.
Daim kemudian membidas Anwar dan SPRM berhubung siasatan itu yang disifatkannya sebagai “pemburuan”.
Daim mendakwa ada “usaha terancang” untuk memburuk-burukkan dirinya, dengan mengeluarkan maklumat salah dan “sindiran tidak berasas”.
Siasatan terhadap Tun Daim dan keluarganya berhubung laporan Pandora Paper sebelum ini bahawa Tun Daim menyorok ratusan billion dana di luar negara diperolehi hasil haram.
Tun Daim dan Tun Dr Mahathir juga dikatakan dalang kepada usaha menjatuhkan kerajaan melalui ‘Langkah Dubai’ yang para pendokong PN yakin dengan langkah Tun Dr Mahathir itu.
Namun netizen berpendapat siasatan terhadap Tun Daim sangat tepat sebagaimana individu lain yang terpaksa hadir ke pejabat SPRM, beri keterangan, berhadapan dengan media dan mungkin reman.