MY EG Services Bhd (MYEG) semalam mengumumkan pembaharuan pas kerja dalam talian, Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) bagi pekerja akan disambung semula pada 15 Januari 2024.
Dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia, ia berkata penyambungan semula dibuat selepas selesai penambahbaikan sistem yang dijalankan sebagai sebahagian daripada keperluan lanjutan perkhidmatan yang diberikan sebelum ini oleh Kementerian Dalam Negeri.
“Penyambungan semula perkhidmatan adalah demi kepentingan terbaik syarikat dan (ini) dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih sesaham syarikat mulai tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 dan seterusnya,” katanya.
Pada 16 Oktober 2023, MYEG menerima surat penerimaan daripada kementerian untuk melanjutkan perkhidmatan selama dua tahun.
“Dengan penyambungan semula, pengguna boleh melayari www.myeg.com.my mulai 15 Januari 2024, untuk memohon pembaharuan PLKS bagi pembantu rumah dan pekerja asing serta menikmati kemudahan menghantar dokumen berkaitan ke premis mereka,” katanya.
MY EG Services Bhd yang diasaskan oleh ahli perniagaan muda Dato’ Wong Thean Soon atau dikenali TS Wong bergelut mempertahankan monopoli perniagaannya apabila pada awal februari 2023 kerajaan mengumumkan semua perkhidmatan imigresen yang disediakan oleh MyEG akan dikembalikan kepada kerajaan menjelang 2025. Pengumuman tu menyebabkan Saham MyEG jatuh teruk pada 7 Feb – turun 26.7% atau 25.5 sen, kepada 70 sen – terendah sejak November 2020.
Pada 3 Mei 2023 Menteri Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengumumkan kontrak MyEG Services Bhd (MyEG) dilanjutkan untuk tempoh tiga tahun bagi perkhidmatan berkaitan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang disediakannya. Anthony Loke menjelaskan biarpun kontrak itu dilanjutkan namun ia tidak lagi eksklusif seperti sebelum ini. Bermakna MyEG akan berhadapan saingan baru sekiranya ada penyedia e-kerajaan lain ingin membuat permohonan.
“Mereka telah diberikan lanjutan tiga tahun. Kita telah beri mereka lanjutan tiga tahun. Kami sudah jelaskan ia tidak eksklusif. Kata Anthony
Bagaimanapun pada julai 2023 Kementerian Kewangan (MoF) telah meluluskan pelantikan MyEG Services Bhd (MyEG) sebagai ejen kutipan hasil kerajaan dan melanjutkan peranan syarikat itu sebagai penyedia perkhidmatan dalam talian Jabatan Imigresen Malaysia. Ini memberi harapan kepada MyEG meningkatkan perkhidmatannya.
Penguasaan syarikat awam
Dato’ TS Wong dibantu Mafia Korporat Dato’ Sri Lim Kok Han juga meluaskan penguasaannya terhadap beberapa syarikat antaranya EXCEL FORCE MSC BHD (32.96%), MYTECH GROUP BERHAD (30.73%), dan CUSCAPI BHD (30.77%). Kesemua syarikat ini mencetuskan kontroversi tersendiri.
Excel Force pernah dikaitkan dengan saham milikan Pegawai tertinggi SPRM, begitu juga Cuscapi Berhad pernah disiasat SPRM yang kini dikuasai TS Wong.
Manakala MyTech dimiliki taikun judi GPL Group Tan Sri Dato’ Cheng Joo Teik dan anaknya Dato’ Douglas Cheng Heng Lee Sri yang terkenal dengan judi online di Lembah Klang yang digempur SPRM baru-baru ini kerana memberi dana judi kepada pemimpin PN.