Tidak lama selepas maklumat rasuah Datuk Dr Radzi Jidin disebarkan di laman sosial dan laporan kepada SPRM dibuat akhirnya Bekas setiausaha politik kepada Menteri Pendidikan Mohd Fahim Mohd Farid dan pemilik syarikat direman SPRM berkait rasuah projek percetakan RM80 secara rundingan terus.
“Suspek pertama yang merupakan bekas setiausaha politik berumur lingkungan 20-an bersama suspek kedua iaitu pemilik syarikat berumur lewat 50-an ditahan kira-kira jam 11 malam ketika diminta hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Putrajaya.
Katanya, Pendaftar Mahkamah Majistret Putrajaya, Nur Adilah Halid telah membenarkan kedua-dua mereka ditahan reman selama empat hari.
“Kedua-dua suspek direman bermula Sabtu sehingga 26 September ini,” kata sumber
Kes disiasat dibawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009,.
Setakat ini siasatan merujuk kes percetakan buku dan kemungkinan besar penglibatan Setiausaha Politik Radzi dalam projek tender, selenggara dan isu ‘Dato’ Chia yang tular di laman sosial juga disiasat.
Semua tahu Kementerian Pendidikan adalah lubuk projek dan sebelum ini sudah ramai pegawai dan kontraktor ditangkap SPRM berhubung salah guna kuasa, pecah amanah dokumen palsu dan rasuah projek KPM.