Syarikat penghantaran makanan Jerman, Delivery Hero, mengesahkan sudah memulakan perbincangan mengenai potensi penjualan jenama Foodpanda, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Syarikat induk foodpanda iaitu Delivery Hero mengesahkan perbincangan sedang berjalan bagi membincangkan penjualan beberapa perniagaan di Malaysia dan enam pasaran lain di rantau ASEAN.
Grab dilaporkan akan membayar lebih 1 bilion euro (RM4.98 bilion) untuk mendapatkan keseluruhan tujuh perniagaan itu. Bagaimanapun menurut Delivery Hero semuanya masih dalam berbincangan
Mereka merancang untuk menjual aktiviti dibawah jenama foodpanda di Malaysia, Singapura, Kemboja, Laos, Myanmar, Filipina dan Thailand.
Ditubuhkan pada 2012 dan beribu pejabat di Singapura, foodpanda beroperasi di 12 pasaran di Asia Pasifik ia kemudia diambil alih oleh Delivery Hero pada 2016.
Sebelum ini Foodpanda Singapura mencatatkan kerugian S$42.7 juta (RM146 juta) pada FY22 berakhir 31 Disember 2022 dengan pendapatan S$256.7 juta (RM880 juta).
Di Malaysia, Foodpanda melaporkan kerugian bersih sebanyak 67.9 juta euro atau RM339 juta, berdasarkan laporan kewangan terkini 2022 yang difailkan pada April 2023.
Grab merupakan pesaing utama kepada foodpanda namun membeli pesaingnya bagi mematikan pesaingnya.
Ini bukan kali pertama grab berbuat demikian sebelum ini pada tahun 2018 Grab mengambil alih operasi Uber Asia Tenggara secara rasmi daripada Uber Technologies Inc.
Namun pada tahun 2019, Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) mendenda Grab RM86,772,943.76 kerana amalan menindas selepas memonopoli perkhidmatan e-hailing di Malaysia.
Grab melanggar Seksyen 10 Akta Persaingan 2010 (AP 2010) secara kolektif berikutan syarikat itu didapati menyalahgunakan kedudukan dominannya melalui pengenaan beberapa klausa yang membataskan pemandunya daripada mempromosikan dan menyediakan perkhidmatan pengiklanan kepada pesaing Grab dalam perkhidmatan e-hailing dan pasaran pengiklanan media transit.
Apakah kesannya kepada Foodpanda selepas pengambil alihan oleh Grab?