Kerajaan melalui Khazanah Nasional Berhad telah membelanjakan Projek Desaru Coast Destination Resort (DCDR) dengan kos pembangunan kira-kira RM4.5 bilion sejak 2017 hingga 2022. Bayangkan berapa banyak Tan Sri Dato’ Sri Esa Mohamed, Dato’ Choo Keng Weng rembat? Apa Stephanie Saw CEO Destination Resorts and Hotels Sdn Bhd (DRH) buat?
SANA-SINI MENGENAI TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN
15 Ogos lalu Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin berbangga dengan kejayaan pasukan guamannya dalam permohonan secara teknikal untuk membatalkan empat pertuduhan salah guna kuasa RM232.5 juta bagi parti itu yang dikaitkan dengan program Jana Wibawa.
Hakim, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Muhammad Jamil Hussin memutuskan bahawa pertuduhan ke atas bekas pedana menteri itu adalah cacat, tidak berasas dan kabur serta tidak selaras dengan Kanun Tatacara Jenayah.
Bagaimanapun pertuduhan ditolak seumpama itu perkara biasa maka pada hari yang sama Pejabat Peguam Negara mengumumkan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin daripada empat tuduhan salah guna kuasa itu.
Maksudnya Muhyiddin tidak boleh berbangga dengan keputusan itu kerana masih terlalu awal untuk bergembira. Ini kerana masih banyak kes terkehadapan yang mungkin akan dihadapi oleh Tan Sri Muhyiddin, keluarga dan pemimpin PN.
MENANTU MUHYIDDIN DI BURU SPRM & INTERPOL
Umum juga mengetahui SPRM sedang memburu menantu Tan Sri Muhyiddin Datuk Adlan Berhan dan Mansoor Saat seorang peguam yang terlibat dalam kes rasuah Projek Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe) melarikan diri ke luar negara sejak 17 Mei lalu. Bukan itu saja PDRM mengesahkan Adlan dan Mansoor dalam senarai ‘Red Notice’ Interpol
Isu mengenai projek menantu Muhyiddin mengenai Projek Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe) dan penamatan kontraktor kroni Iris Corporation Bhd boleh di baca di link bawah sehingga ada cubaan Mafia Korporat mengambil alih projek itu.
BACA – KDN tamatkan kontrak Iris sekat Mafia Korporat ambil alih Projek NIISe Jabatan Imigresen?
Dan jangan lupa Tan Sri Muhyiddin Yassin masih ada banyak kes rasuah termasuk bersama kroninya Tan Sri Dato’ Sri Esa Mohamed dan Dato’ Choo Keng Weng
MENGAPA SPRM BELUM SIASAT KES PROJEK DESARU
KRONI TAN SRI MUHYIDDIN?
PROJEK DESARU – PROJEK KRONI MUHYIDDIN TAN SRI ESA & DATO’ CHOO KENG WENG
Jun lalu TheCorporateSecret (TCS) mendedahkan kerugian Projek Desaru Coast melalui Desaru Development Sdn Bhd (DDC) dan Destination Resorts and Hotels Sdn Bhd (DRH) anak syarikat Khazanah Berhad. Projek ini hanya menguntungkan dua kroni Tan Sri Muhyiddin Yassin iaitu Tan Sri Dato’ Sri Esa Mohamed dan Dato’ Choo Keng Weng serta CEO DRH Stefanie Saw.
Lebih teruk Syarikat Destination Resorts and Hotels Sdn Bhd dikendalikan Stephanie Saw Ai Lin dan pasukannya mencatatkan kerugian RM669.7 juta selepas cukai. Sejak awal DRH menjalankan perniagaan telah menelan kerugian RM2.8 bilion. Khazanah Nasional bangga dengan kejayaan ini?
Stephanie Saw Ai Lin setakat hingga kini masih belum ditukar atau dipecat!
Pendedahan itu menemukan bagaimana Tan Sri Dato’ Sri Esa Mohamed, Stephanie Saw Ai Lin CEO DRH dan Dato’ Choo Keng Weng mendapat manfaat yang besar dalam projek Desaru Development Sdn Bhd (DDC). Sekalipun DDC mencatatkan kerugian RM159 juta bagi tahun 2021. Begitu juga pemegang saham DDC Stulang Ventures Sdn Bhd dan Permodalan Darul Ta’zim Sdn Bhd mengalami kerugian. Namun anak Tan Sri Dato’ Sri Esa Mohamed, Nazim Mohamad mendapat manfaat besar walau rugi.
TAN SRI HJ ESA DAN DATO’ CHOO KENG WENG SAPU PROJEK DESARU DENGAN
SYARIKAT SUNGAI CERAH SDN BHD
Majoriti semua projek Desaru Development Holdings One Sdn Bhd, Pusat Konvensyen Desaru, One & Only Desaru Coast, The Westin dan Hard Rock Hotel Desaru adalah dimiliki oleh Sungai Cerah Sdn Bhd secara kolektif. Terang-terangan Tan Sri Dato Sri Hj Esa Bin Mohamed pemilik Syarikat Sungai Cerah Sdn Bhd. Tan Sri Dato Sri Hj Esa Bin Mohamed memegang 85% saham dan 14% lagi milik Dato’ Choo Keng Weng dan 1 % lagi milik Norlina anak Tan Sri Esa. Begitu juga syarikat Bagan Cerah Holdings Sdn Bhd dan dan Bagan Cerah Sdn Bhd penama dan pemegang sahamnya adalah Tan Sri Esa dan Dato’ Choo Keng Weng.
Sekalipun Sungai Cerah Holdings Sdn Bhd rugi RM116 juta namun Tan Sri Dato Sri Hj Esa Bin Mohamed dan Dato’ Choo Keng Weng dapat membedal wang Khazanah Berhad!
Rajah Berikut menunjukkan bagai mana Kroni Muhyiddin merembat duit Khazanah. Dan lebih teruk lebih teruk sebenarnya Dato’ Choo Keng Wenglah sebenarnya pemilik projek Desaru.
Dato’ Choo Keng Weng kaya raya menjadi Pemegang saham terbesar dan Pengarah Urusan Sin Hen Chan (Malaya) Berhad bersama Tan Sri Dato’Sri Hj Esa dan anaknya Choo Kin Choong.
Projek Desaru nampak gagah. Hakikatnya terus mencatatkan kerugian dan sedang mengaut semua wang Pelaburan Khazanah berbilion ringgit. Stephanie Saw menjadikan duit Khazanah macam duit bapa dia. Ini termasuk Kidzania Singapura dan Kuala Lumpur baru-baru ini dijual kepada entiti Singapura. Nasib baik Legoland bawahnya tak sempat dijual.
BACA – Taikun Choo Keng Weng di belakang Tan Sri Esa Kroni Muhyiddin rembat dana Khazanah Projek Desaru