Hong Seng Consolidated Bhd syarikat rangkaian Mafia Korporat Victor Chin Boon Long atau lebih tepat lagi pembiaya (ah long) Mafia Korporat telah membeli 402 juta saham dalam Classita Holdings Bhd, mewakili 32.61 peratus kepentingan ekuiti pada harga tunai RM60.31 juta pada 14 Julai lalu (Jumaat)
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, pengeluar sarung tangan, pakar pengurusan rantaian bekalan penjagaan kesihatan dan perubatan serta penyedia perkhidmatan kewangan itu berkata, susulan pelaburan itu ia kini menjadi pemegang saham utama Classita.
Tindakan Hong Seng pembiaya kumpulan Mafia Korporat sudah dijangka sebagaimana mereka lakukan sebelum ini dalam pengambilalihan MMAG Holdings Berhad, Green Packet Berhad, Classita Holdings Berhad dan Revenue Group Berhad.
Classita atau Caely Berhad sebelum ini terlibat dalam pengeluaran dan penjualan pakaian dalam selain jualan langsung dan peruncitan pakaian dalam wanita, produk kehamilan dan penjagaan bayi namun selepas rampasan terhadap Classita dibantu oleh Hong Seng Consolidated Bhd dan pembiaya Mafia Korporat lain seperti Vortex Consolidated Berhad ( Sekarang Harvest Capital Berhad) Classita berubah terlibat dalam perniagaan pembangunan dan pembinaan hartanah. [Rujuk Kepayang Height ( KHSB) anak syarikat milik 100 % Harvest Capital Berhad dijual kepada Classita Holdings Berhad]
Alasan Hong Seng ialah sebagai pertimbangan pelaburan.
“Pertimbangan pembelian diberikan untuk pelaburan dalam blok saham besar, yang merangkumi pegangan saham terbesar dalam Classita, dan harga pembelian 15 sen sesaham mewakili diskaun kira-kira 6.25 peratus daripada aset bersih sesaham syarikat itu iaitu 16 sen sesaham.
“Pembelian dibiayai menerusi dana janaan dalaman kumpulan,” kata Hong Seng.
Hong Seng sebelum ini bersama syarikat rangkaian mereka membantu Victor Chin Boon Long dan isterinya Madam Chan Swee Ying menguasai Classita Holdings Berhad selepas November 2022.
BACA – Mafia Korporat Victor Chin & Isteri rampas Caely Berhad: Pengerusi SC, Bursa Malaysia bersubahat?
Bagaimanapun seperti biasa dengan strategi ‘goreng’ saham isteri Victor Chin Madam Chan Swee Ying menjual pegangan saham terbesarnya bersama Ng Keok Chai Pengerusi Classita untuk memberi laluan kepada Hong Seng Consolidated Bhd menjadi pemegang saham terbesar Classita Holdings Berhad.
BACA – ‘Goreng’ saham: Chan Swee Ying isteri Victor Chin lupus saham, Hong Seng kini kuasai Classita Holdings Berhad
Bagaimana Hong Seng beli Innov8tif Holdings Sdn Bhd untuk dijual kepada Revenue Group?
Dato’ Seri Teo Hai Hin merupakan Group MD Hong Seng Consolidated Berhad yang taat kepada Victor Chin Boon Long. Sebagai funder Mafia ahlong terbesar di negara ini beliau akan melakukan apa yang perlu untuk menyelamatkan semua projek Datuk Victor Chin. Victor Chin dan isterinya Chan Swee Ying sendiri merupakan pemegang saham dalam Syarikat Hong Seng Consolidated Berhad.
Victor Chin Boon Long dan Francis Leong Seng Wui bergelut untuk menyelamatkan Revenue Group yang nazak dengan segala cara.
Januari lalu Hong Seng Consolidated Bhd memperoleh 51% pegangan dalam Innov8tif Holdings Sdn Bhd untuk menceburi industri digital. Dalam tempoh kurang daripada enam bulan Hong Seng Consolidated Bhd menjual pula pegangannya kepada Revenue Group Bhd atas alasan kekurangan pengalamannya dalam perniagaan digital.
Maka Revenue Group pada 12 Mei mencadangkan untuk mengambil alih 51 peratus kepentingan ekuiti dalam Innov8tif Holdings Sdn Bhd, terdiri daripada 717,570 saham biasa pada harga RM36 juta. Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Revenue berkata ia telah memeterai perjanjian penjualan saham bersyarat (SSA) dengan Hong Seng Consolidated Bhd untuk cadangan pengambilalihan itu.
Hong Seng untung dan Revenue perlu bangunkan Innov8tif Holdings jangka panjang
Pelupusan RM36 juta, yang diumumkan melalui pemfailan bursa pada 12 Mei, dibuat sebelum pembayaran Hong Seng bagi balasan baki RM24.41 juta untuk kepentingan itu. Ia hanya membayar RM3.36 juta daripada tanda harga RM30.86 juta setakat ini, yang mana RM3.35 juta akan disimpan sebagai prestasi keselamatan kakitangan pengurusan utama Innov8tif Holdings.
Hong Seng menjangkakan memperoleh keuntungan sebanyak RM5.15 juta daripada pelupusan pegangan kepada Revenue Group sebanyak RM36 juta. Hong Seng berkata ini adalah tanda positif untuk kumpulan kerana ia datang tanpa pendedahan kepada sebarang risiko perniagaan, kewangan dan persaingan.
‘Pengorengan’ saham sebelum ini menyaksikan saham Revenue Group Bhd melonjak naik 6 sen atau 22.22% kepada 0.44 sen sebelum jatuh semula ke para 32 sen.
Begitulah apa yang berlaku di Classita Holdings Berhad. Mesti ada helah mengapa Hong Seng menguasai Classita. Apa motif syarikat pengeluar sarung tangan terhadap syarikat pengeluar baju dalam membeli Classita? Apakah justifikasi penilaian dari segi perniagaan mereka apakah selaras dengan perniagaan Hong Seng sekarang? ataupun semua ini semata-mata ‘goreng’ saham? Apakah Hong Seng akan menjadi mangsa selepas ini?
Bursa Malaysia sepatutnya mengemukakan UMA kepada Classita berhubung pembelian saham terbesar Hong Seng dan manipulasi saham mereka mencecah hampir 8 sen pada jumaat (14 Julai).
Seperti biasa Bursa Malaysia dan SC tidak pernah bertindak terhadap Viktor Chin dan Mafia Korporat sekalipun jelas mereka memanipulasi saham
Amazing blog! Is your theme custom made or did you download it from somewhere?
A design like yours with a few simple adjustements would really make my blog
shine. Please let me know where you got your design. Thank you
Look into my web page – situs nine 303