Awal April lalu Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) sedang sibuk menyekat indvidu tidak membayar cukai keluar negara. LHDN mengumumkan seramai 180,216 individu dikenakan tindakan sekatan ke luar negara kerana gagal membayar cukai berjumlah RM7.93 bilion.
LHDN juga menyasarkan mencapai kutipan hasil yang lebih tinggi pada tahun 2023 berjumlah RM176.14 berbanding RM175 bilion pada 2022.
Terbaru LHDN sibuk mengenai ekonomi bayangan ‘curi’ hasil cukai negara
Ia menjelaskan mengenai jumlah perniagaan yang tidak berdaftar, tidak berlesen dan tidak membuat pengisytiharan cukai yang menyebabkan saiz ekonomi bayangan di Malaysia masih lagi besar iaitu di antara 20 hingga 30 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Ini termasuk peningkatan jumlah pekerja sambilan yang menerima bayaran gaji atau upah secara tunai bagi mengelak untuk melaporkan pendapatan dan membayar cukai pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Istilah ekonomi bayangan merujuk kepada kegiatan ekonomi yang dikaitkan dengan jenayah termasuk penyeludupan senjata, tembakau, dadah, pelacuran, perjudian haram, pemalsuan pasport dan penyeludupan manusia.
Ini termasuk perniagaan kumpulan Mafia korporat yang menipu hasil cukai perniagaan dan spekulasi pasaran saham.
Ekonomi bayangan turut dikaitkan sektor ekonomi formal yang tidak berdaftar seperti pekerja yang membuat tugasan bebas, pekerja sambilan, pekerja ekonomi gig, pempengaruh media sosial, peniaga pasar malam dan peniaga dalam talian.
Pengarah Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Ranjeet Kaur, menjelaskan berdasarkan Laporan Tinjauan Ekonomi 2021 yang dikeluarkan Bahagian Fiskal dan Ekonomi, Kementerian Kewangan, saiz ekonomi bayangan di Malaysia secara purata dianggarkan 33.7 peratus daripada KDNK dari tahun 1990 hingga 2019.
Beliau berkata, kegiatan ekonomi bayangan didorong oleh kos yang lebih tinggi untuk mengambil pekerja secara sah termasuk beban cukai dan caruman sosial serta peraturan lain untuk mengawal aktiviti ekonomi.
Dalam masa sama, katanya peningkatan kadar peratusan individu yang bekerja sendiri menyumbang kepada saiz ekonomi bayangan, selain pemilikan perniagaan oleh warga asing.
“Ekonomi bayangan masih menjadi duri dalam daging kerana ia telah menyebabkan ketirisan hasil negara dan memudaratkan usaha Malaysia meningkatkan hasil kutipan cukai selain menjejaskan kestabilan ekosistem percukaian negara.
“Namun, perang membendung aktiviti ekonomi bayangan tidak akan berakhir dalam sehari dua dan akan mengambil masa dengan penguatkuasaan yang ketat serta memerlukan kerjasama daripada semua pihak,” katanya
Ranjeet berkata, kutipan cukai bagi ekonomi bayangan menjadi satu cabaran kerana mengenal pasti kegiatan ekonomi yang dihasilkan daripada sektor tersembunyi dan tidak formal adalah agak sukar untuk dikesan.
Katanya, secara umum, banyak daripada aktiviti ini membabitkan modus operandi yang sentiasa berubah-ubah dan lokasi operasi yang bertukar-tukar terutama apabila ia dikesan pihak berkuasa.
LHDN- Victor Chin Boon Long
Ekonomi bayangan mungkin libatkan ramai individu atau kumpulan bagi elak cukai namun bagi Mafia Korporat diketuai Victor Chin Boon Long mereka adalah penjenayah korporat depan mata yang merampas syarikat, spekulasi saham dan mengelak cukai.
Mengapa sibuk ekonomi bayangan kononnya ‘curi’ hasil cukai negara jika ada Victor Chin Boon Long penjenayah Mafia Korporat depan mata?
Hanya kerana Victor Chin Boon Long mempunyai rangkaian dalam pejabat PDRM, SPRM, Peguam Negara, Bursa Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti, Bank Negara dan Hakim Mafia Korporat maka tidak bermakna LHDN penguatkuasa terakhir tidak dapat bertindak.