Dikala Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih menjalankan siasatan forensik akaun bank dan dokumen kewangan Aman Palestin Berhad yang dibekukan baru-baru ini nampaknya peguam dan AMAN PALESTIN BERHAD memilih untuk menyerang SPRM.
Penemuan demi penemuan bukti baharu SPRM, serbuan ke semua pejabat Aman Palestin, NGO ISMA, media ISMA, pejabat TV Pertiwi, rampasan aset dan penemuan 4 jongkong emas memberi banyak persoalan bagaimana audit dana diterima itu beri dan diagih-agihkan.
Laporan audit mendedahkan Aman Palestin mengutip RM114.5 juta untuk tahun 2021. RM34.35 juta sebagai ‘management fee’ dan diisytihar sebagai pendapatan syarikat. Bakinya benarkah RM70.26 juta telah disalurkan kepada Palestin? RM 8 juta dibayar untuk pengurusan. Berapa gaji Pengerusi dan CEO?
Kemusykilan terjawab selepas SPRM mengesahkan RM70 juta diseleweng. Sama ada wang itu sampai ke Palestin bukan satu isu tetapi wujud tak pecah amanah sehingga memasukkan duit kutipan derma rakyat ke dalam syarikat proksi dan pembelian aset atas nama proksi.
Rekod menunjukkan syarikat yang dibiaya Aman Palestin seperti Media ISMA, TV Pertiwi (Kerengga Merah Sdn Bhd) dan Kedai Amal Aman Palestin adalah syarikat yang rugi. Apa semua ini hanya ‘cuci wang’?
Maka siapakah dalang semua ini? Tentulah Abdullah Zaik Abdul Rahman Pengasas AMAN PALESTIN milik ISMA dan Ketua Pengawai Eksekutifnya ialah Awang Suffian Awang Piut
BACA – ISMA dalang seleweng RM70 juta, SPRM digesa dakwa Abdullah Zaik, Suffian CEO Aman Palestin Berhad
Rafique Peguam dan Pengurusan AMAN PALESTIN lawan SPRM
NGO ISMA dan AMAN PALESTIN nampaknya BODOH memilih peguam Muhammad Rafique Bin Rashid Ali daripada Law Practice of Rafique bekas calon Parti Pejuang milik Tun Dr Mohammad yang kalah bertanding di Parlimen Shah Alam dengan hanya undi 2781 hilang deposit. Beliau mempertaruhkan kariernya untuk menunjukkan sisi gelap beliau bersama Pejuang.
Maka tidak hairan Peguam politik seperti Rafique hanyalah seorang pendendam dan berlagak dalam melawan kes SPRM. Kritikan terhadap peguam negara, SPRM dan pemerintah membuktikan dirinya kemaruk dalam dunia politik. Kini beliau menggunakan AMAN PALESTIN untuk agenda politiknya.
Justeru Peguam Rafique memilih mengugut SPRM untuk segera menyahbeku akaun AMAN PALESTIN dalam tempoh 3 hari kepada SPRM. Katanya AMAN PALESTIN sudah menghantar notis kepada Tan Sri Azam dan Pengarah Bahagian AMLA SPRM Dato’ Mohamad Zamri Zainul Abidin mengikut Seksyen 44A Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001) untuk perintah pembekuan akaun dibatalkan atau diubah.
Boleh berjaya ke?
Rafique dan AMAN PALESTIN ni siapa? Hebat ke mengugut dan mencabar SPRM?
SPRM sebelum ini sudah diugut dan dicabar oleh pemimpin PN seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin, Adlan Berhan menantunya, Datuk Seri Hamzah Zainudin Ketua Pembangkang PN dan ramai lagi. Bahasa Azam Baki yang mudah dalam sidang media. Nak saman silakan saman jumpa di mahkamah!. Apa jadi saman Hamzah terhadap Kerajaan Malaysia dan SPRM?
Nampaknya saman Hamzah Zainudin ni masih panjang. Tidak dapat dipastikan bilakah akan selesai. Namun yang pasti budaknya Dato’Sri Stephen Sim terus didakwa di mahkamah kerana memberi rasuah kepada Hamzah Zainuddin RM15 juta? Perbicaraan kes ini pasti akan mendedahkan banyak perkara.
Akan Hamzah dibekukan pula oleh LDHN kerana transaksi sumber haram. Anak Hamzah terus didakwa tipu subsidi minyak masak.
Situasi sama dalam kes AMAN PALESTIN, Apa Tan Sri Azam Baki KP SRPM jawab?
“Tiada siapa boleh melarang mereka untuk ambil tindakan. Kita lawan di mahkamah.
“Setakat ini, kita hanya ikut undang-undang,” katanya
SPRM sedia berdepan AMAN PALESTIN BERHAD di mahkamah jika pertubuhan itu mengambil tindakan undang-undang ke atas pembekuan akaun banknya.
Kata Azam, AMAN PALESTIN BERHAD ada hak memulakan tindakan mahkamah, SPRM juga ada kuasa di bawah undang-undang untuk membuat siasatan bagi pihak orang awam.
Tindakan Peguam dan Pengurusan AMAN PALESTIN hanya akan memburukkan keadaan. Mereka menempa kebodohan ikut cakap Rafique peguam kemaruk kuasa itu. Dia hanya mahu mendapat bayaran lumayan dari duit AMAN PALESTIN yang banyak. Ugutan dan mencabar SPRM seperti itu hanya akan mempercepatkan lagi siasatan kes dan forensik akaun AMAN PALESTIN. Mencari kesalahan forensik akaun sangat mudah. Pengalaman pelbagai pihak sebelum ini SPRM pasti akan menemukan semua kesalahan yang boleh mendakwa Abdullah Zaik Abdul Rahman Pengasas AMAN PALESTIN dan Ketua Pengawai Eksekutifnya Awang Suffian Awang Piut atau sesiapa saja terlibat menyeleweng dana RM70 juta.
ISMA, AMAN PALESTIN dan segala entitinya pasti terjejas! kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.