MMAG Holdings Bhd mengumumkan bahawa anak syarikatnya yang dimiliki 80%, MJets International Sdn Bhd, menghadapi saman mahkamah atas dakwaan ketidakpatuhan pembayaran ansuran bayaran bulanan.
Saman yang difailkan oleh Comone International Logistics Co Ltd, itu menyatakan bahawa MJets tidak membayar ansuran bagi pembatalan perjanjian usahasama yang dicadangkan oleh pengurusan terdahulu MJets pada 2020, sebelum ia menjadi anak syarikat MMAG.
“Syarikat sedang mendapatkan nasihat undang-undang profesional dan akan membuat pengumuman lanjut mengenai sebarang perkembangan material dalam hal ini,” kata MMAG kepada Bursa Malaysia pada hari Isnin.
Comone mebuat tuntutan kepada dua jumlah berasingan iaitu US$120,000 (RM540,840) dan US$49,900 (RM224,899) serta ganti rugi tunai sebanyak RM10,000 dari MJets.
Dalam padai itu MMAG menyatakan bahawa saman tersebut tidak dijangka akan memberi sebarang impak operasi material.
MMAG juga menyatakan bahawa MJets bukan anak syarikat utama dalam kumpulan, dan jumlah kos pelaburan adalah sebanyak RM44.66 juta.
Kumpulan itu sebelum ini mengumumkan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah merampas maklumat dan dokumen dari pejabat MJets pada 19 Februari berhubung dengan laporan yang dibuat kepada suruhanjaya tersebut.
Ia menambah bahawa akaun bank MJets telah dibekukan oleh SPRM akibat penyiasatan yang dijalankan.
Harga saham MMAG ditutup tidak berubah pada dua sen pada hari Isnin, memberikan nilai pasaran kumpulan sebanyak RM48.45 juta.