Benarkah ada rombakan kabinet? Jika benar ia sesuatu yang perlu Perdana Menteri Anwar Ibrahim perlu lakukan untuk menyusun semula pentadbirannya.
Sama ada rombakan kecil atau secara besar-besaran PM Anwar perlu melakukan memandangkan kabinet ada tidak begitu berpengalaman dalam pentadbiran dan menangani kebangkitan PN. Beberapa pegawai PMO dikatakan sudah dirombak dan dipindahkan lebih awal. Pengarah Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi – PACU yang bertanggungjawab kepada kempen Malaysia Madani turut ditendang keluar.
Anwar tiada pilihan kerana penjawat awam yang membantu Kerajaan Perpaduan terlalu ramai ‘Musang Berbulu Ayam’ atau gunting dalam lipatan.
Menurut sumber di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Anwar sedang menyusun rombakan kabinet termasuk menukar ketua-ketua setiausaha (KSU), Ketua Pengarah, pengerusi, ketua GLC dan beberapa kementerian yang nampak bermasalah pro PN.
“Dengan selesainya Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri, kerajaan terus stabil berbanding propaganda dicanang Perikatan Nasional (PN). Ini termasuk dukungan Sabah dan Sarawak terus kukuh.
“Perdana menteri kini fokus kepada kerajaan untuk berfungsi melaksanakan dasar-dasar utama seperti RMK12 (Rancangan Malaysia Ke-12), Bajet 2024 pada Oktober, polisi tenaga dan kos sara hidup.
“Oleh demikian Anwar akan melakukan rombakan kabinet, KSU, anggota birokrasi, kakitangan awam, bahkan pejabat beliau sendiri,” katanya
Sebelum ini, beberapa portal berita melaporkan spekulasi mengenai rombakan kabinet untuk menggantikan menteri yang tidak berprestasi.
Antara spekulasi rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan kian bertiup kencang apabila Ahmad Zahid dikatakan akan mengambil alih Menteri KDN daripada Saifuddin manakala Saifuddin dijangka mengisi kekosongan jawatan Menteri KPDN selain Tuan Adly Zahari Timbalan Menteri Pertahanan dikaitkan jawatan itu.
Nik Nazmi Nik Ahmad Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim yang berprestasi rendah serta Menteri Sumber Manusia V Sivakumar yang terpalit isu rasuah dikatakan tidak dikekalkan.
Sementara itu Datuk Seri Johari Abdul Ghani mungkin akan disenaraikan dalam kabinet baharu Anwar sebagai Menteri Kewangan kedua yang sebelum ini pernah diwujudkan. Anwar memerlukan seorang yang pakar ekonomi seperti Johari untuk memulihkan ekonomi negara.
Kerajaan Perpaduan nampaknya bermasalah di bahagian jentera hebahan atau penerangan yang dilihat tertinggal berbanding Perikatan Nasional. Isu ini perlu diselesaikan segera untuk mengembalikan sokongan rakyat kepada Kerajaan Perpaduan PH-BN.
Excellent article. Keep writing such kind of information on your
page. Im really impressed by your blog.
Hello there, You have done a great job. I’ll certainly digg it
and personally suggest to my friends. I am sure they’ll be benefited from
this site.