Tahun 2022 ketika kempen PRN Johor kecoh mengenai PN ditaja oleh Kongsi Gelap, tauke judi, Ah Long dan macau scam. Kongsi Gelap dan Mafia Korporat itu tidak berselindung lagi tetapi secara terang-terangan bersama Perikatan Nasional.
Ini termasuk dalam majlis tajaan kongsi gelap mafia korporat majlis makan malam dengan tarian separuh bogel yang kontroversi tahun 2022 yang dihadiri Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin (Ketika itu Menteri Dalam Negeri)
Maka tidak pelik taikun judi dan kongsi gelap Datuk Seri Tan Choon Hwa serta Dato’ Sri Jacky Pang Chow Huat Mafia Korporat pengasas Sanichi Technology Berhad dan Computer Forms (M) Berhad di belakang bersama Hamzah Zainudin. Hubungan Hamzah dan Jacky Pang sangat rapat.
Datuk Seri Tan Choon Hwa pula merupakan rakan kongsi Jacky Pang Chow Huat yang menipu PM Anwar berhubung syarikat pelabur gergasi Thailand bagi memanipulasi saham CFM baru -baru ini.
BACA : Mafia Korporat Jacky Phang, CFM tipu PM Anwar dan Syarikat Thailand labur RM5b Projek EV
Datuk Seri Tan Choon Hwa pula merupakan rakan perniagaan kepada seorang ketua sindiket jenayah transnasional yang berasal dari Macau, iaitu Wan Kuok Koi.
Ogos tahun 2020, Wan Kuok Koi dilantik Pengerusi baharu syarikat Inix Technologies Holdings Bhd satu lagi syarikat dikuasai Mafia Korporat yang bercampur dengan kongsi gelap. Wan Kuok Koi dikenali sebagai “Broken Tooth Koi” oleh masyarakat kongsi gelap merupakan bekas “Kepala Naga” atau ketua kepada kumpulan 14K Macau.
14K yang berpengkalan di Hong Kong merupakan antara kumpulan kongsi gelap yang terbesar di dunia yang mempunyai keahlian dan bergiat aktif di China, Hong Kong, Macau, Kemboja, Afrika Selatan, United Kingdom, Belanda, Amerika Syarikat, Kanada, Australia dan juga Malaysia. Pada tahun 1999, Wan Kuok Koi telah dijatuhkan hukuman penjara selama 13 tahun kerana kesalahan jenayah ah long, perjudian dan aktiviti-aktiviti kongsi gelap.
HUBUNGAN HAMZAH ZAINUDIN BEKAS MENTERI KDN DENGAN MAFIA KORPORAT JACKY PANG CHOW HUAT DAN TAN CHOON HWA
Sama ada Jacky Pang Chow Huat, Tan Choon Hwa dan kumpulan mafia korporat lain mereka ada satu persamaan iaitu mempunyai banyak syarikat senaraian awam dan memilik banyak saham di pelbagai syarikat.
Jack Phang Chow Huat misal yang terlibat dalam skandal “Penny Stock” bersama Kenneth Vun mempunyai banyak sangat. Antara yang terkenal ialah Sanichi Technology Berhad, Metronic Berhad RM, BCM Mall Berhad, PNE PCB Berhad, PDZ Holding berhad, Mtouche Technology Berhad, BSL Corporation, MNC Wireless, Fitters Diversified, DGB Asia dan banyak lagi.
HAMZAH ZAINUDIN DI BELAKANG CFM
Namun paling popular sekarang ialah Computer Forms (Malaysia) Berhad yang dikuasai Jacky Pang sebelum ini sebanyak 64.97 peratus saham individu terbesar belum termasuk anak syarikatnya Arena Evolusi Sdn Bhd (4.61%), Cita Realiti dan lain-lain lagi. Dato’ Tan Choon Hwa (Naib Presiden CFM) gengster yang dikaitkan dengan Perikatan Nasional mempunyai 2.7 juta saham atau 1.34% kepentingan.
Sebenarnya walaupun saham Bekas Menteri KDN Datuk Seri Hamzah Zainudin sekitar 600,000 saham atau 0.29% di CFM boleh kita katakan selama ini Hamzahlah dibelakang CFM dan syarikat Mafia Korporat Jacky Pang dan Kenneth Vun.
Menurut sumber kerana Hamzah rapat dan sentiasa menolong kongsi gelap di negara ini khususnya milik Jacky Pang maka Hamzah diberi sedikit saham atas jasanya.
Dikatakan ketika Hamzah Zainudin menjadi Menteri KDN Tan Choon Hwa dan Jacky Pang setiap bulan mengunjungi Hamzah menghantar ‘ufti’. Ada juga mengaitkan kes tangkapan PDRM beratus juta dadah di zaman Hamzah Zainudin Menteri KDN tidak pernah didakwa. Mengapa?
Kontroversi di CFM ialah bagaimana Jacky Pang memanipulasi saham CFM mengadakan kerjasama (JV) dengan Energy Absolute Public Company Ltd (EA) sebuah syarikat gergasi dari Thailand bagi membangunkan kilang pengeluaran kenderaan elektrik (EV) dan mengendalikan projek tenaga boleh diperbaharui (RE) di Malaysia.
Pengumuman kerjasama itu sejak 5 Januari 2023 dan perjumpaan bersama PM Anwar telah melonjakkan saham syarikat CFM mencecah paras tertinggi 52 minggu sebanyak RM2.96. Jacky Pang Chow Huat dan kumpulan Kenneth Vun dikatakanhanya mahu memperalatkan pelabur dari Thailand untuk melonjakkan harga saham CFM. Pengarah Urusan CFM Datuk Wira Justin Lim yang bertanggungjawab membawa syarikat EV Thailand itu Malaysia sebenarnya ditipu oleh Jacky Pang. Lantaran itu 27 jun lalu dalam pengumuman Bursa Malaysia Datuk Wira Justin Lim meletak jawatan Pengarah Urusan dan Pengarah Eksekutif CFM.
Eksesais Jacky Pang dengan Fitters Diversified Berhad dan BSL Corp terus menjunamkan saham CFM sehingga 90% dari urusan jual beli manipulasi saham syarikat-syarikat milik Jacky Pang. Lantaran itu pada 8 Mac lalu Bursa Malaysia mengemukakan pertanyaan aktiviti pasaran luar biasa (UMA) selepas harga sahamnya naik dan menjunam teruk itu. Seperti biasa jawapan Mafia Korporat ialah “tidak mengetahui” sebarang perkembangan korporat lain atau khabar angin yang berkaitan dengan perniagaan dan hal ehwal syarikat dan anak-anak syarikatnya yang boleh menyumbang kepada kejatuhan harga saham.
Persoalan besar ialah bagaimana Bursa Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti membenarkan pembelian dan penjualan saham kepada syarikat milik mereka sendiri? Ini jelas satu manipulasi saham dan ‘insider trading’.
Harga saham Computer Form ditutup turun pada 17.5 sen pada khamis, menilai kumpulan itu pada RM46.8 juta. Kaunter telah jatuh lebih 90% setakat ini.
The top leader of the strongest Islamic Party in Malaysia has this to say about corruption /bribery…
https://vt.tiktok.com/ZSLAMNA4v/
good article. keep up the good work. Syabas