Selepas melakukan ‘pengorengan’ saham pada April lalu menyaksikan saham Revenue Group Bhd merupakan saham paling aktif melonjak naik 6 sen atau 22.22% kepada 0.44 sen sebelum jatuh semula ke para 32 sen, nampaknya Mafia Korporat diketuai Victor Chin Boon Long dan rangkaian syarikatnya seperti Green Packet, Classita Holdings Berhad, MMAG Holding Berhad dan Hong Seng Consolidated Berhad melakukan apa saja untuk memulihkan syarikat yang dirampas mereka.
Victor Chin Boon Long dan Francis Leong Seng Wui bergelut untuk menyelamatkan Revenue Group dengan segala cara.Victor Chin Boon Long sehingga kini belum didakwa bekerja keras ‘menggoreng’ saham dan ‘cash cow’ syarikat yang dirampas.
Sejak 20 April lalu Revenue melakukan penukaran kira-kira 23 juta Saham waran yang akan tamat tahun depan kepada saham induk (Mother Share). Begitu juga Revenue menukar Pengerusi syarikatnya Nor Azzam Abdul Jalil kepada Kamari Zaman Juhari bekas Pegawai Bank Negara Malaysia yang punya ‘kabel’ di BNM dilantik sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif syarikat.
Namun nampaknya prestasi Revenue kekal tidak berubah.
Kali ini Revenue Group pada 12 Mei mencadangkan untuk mengambil alih 51 peratus kepentingan ekuiti dalam Innov8tif Holdings Sdn Bhd, terdiri daripada 717,570 saham biasa pada harga RM36 juta.
Innov8tif Holdings ialah syarikat pemegangan pelaburan yang memiliki Innov8tif Solutions Group dan Xendity Sdn Bhd, bersama-sama dirujuk sebagai kumpulan Innov8tif.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Revenue berkata ia telah memeterai perjanjian penjualan saham bersyarat (SSA) dengan Hong Seng Consolidated Bhd untuk cadangan pengambilalihan itu.
HONG SENG CONSOLIDATED PENYELAMAT REVENUE?
Seperti yang semua maklum dalam Rahsia Mafia korporat dikuasai Victor Chin Boon Long, Hong Seng Consolidated Bhd syarikat sarung tangan dan ‘Ah Long’ terbesar merupakan pembiaya utama kewangan kepada semua syarikat Mafia Korporat. Syarikat-syarikat ini saling melakukan ‘cash cow’ untuk mendapat untung atau menyelamatkan antara satu sama lain.
Ia seperti mana Hong Seng Consolidated Bhd membantu Victor Chin Boon Long dan isterinya Chan Swee Ying merampas Caely / Classita Horlding Berhad sebelum ini.
Dato’ Teo Hai Hin Group MD Hong Seng Consolidated Bhd sudah banyak menolong Victor Chin Boon Long termasuk dana kepada pasukan Francis Leong Seng Wui mengambil alih Revenue Group. Sudah tentu Hong Seng perlukan semula dana yang telah dipinjam atau laburkan kepada Revenue Group.
Hong Seng Consolidated Bhd beli Innov8tif Holdings Sdn Bhd
Januari lalu Hong Seng Consolidated Bhd memperoleh 51% pegangan dalam Innov8tif Holdings Sdn Bhd untuk menceburi industri digital. Bermakna hanya dalam tempoh kurang daripada enam bulan Hong Seng Consolidated Bhd menjual pula pegangannya kepada Revenue Group Bhd atas alasan kekurangan pengalamannya dalam perniagaan digital.
Innov8tif Holdings ialah sebuah syarikat pemegangan pelaburan yang baru diperbadankan di Malaysia pada 18 Januari lalu dan pemegang saham dalam Innov8tif Solutions Sdn Bhd.
Innov8tif Solutions Sdn Bhd yang diketuai George Lee sebagai Ketua Pegawai Eksekutifnya mendakwa syarikatnya menguasai penyedia penyelesaian jaminan ID digital terbesar di negara ini. Ia mungkin benar dan mungkin tidak. Namun menurut sumber mereka tidak sebagus mana dengan Revenue Group dalam e-pembayaran.
Maka Ia tidak semestinya ‘merge’ dengan perniagaan teras ‘payment gate way’ yang dikuasai oleh Revenue Group. Jualan tahunan Innov8tif Solutions Sdn Bhd yang bagus dalam penyediaan jaminan ID digital tidak semestinya baik untuk ‘payment gateway’.
Ia hanya seperti syarikat baru yang masuk dalam Revenue Group dan memberi masalah baru kepada Revenue Group kemudian hari.
Pasukan dalam Green Packet yang dibawa masuk dalam Revenue Group untuk menyelesaikan isu teknikal e -pembayaran dan kontrak sedia ada pun bakal berhadapan masalah tak lama lagi. Ini kerana isu teknikal di Revenue Group lebih menjurus kepada kepakaran tenaga kerja atau Dino Ng Shih Fang bekas pemegang saham terbesar yang mengetuai pasukan teknikal Revenue Group. Dino Ng Shih Fang membangunkan sistem itu lebih 20 tahun maka kelemahan sistem itu di tangannya
Benarkah penyelesaian e-pembayaran jaminan ID digital yang sedia ada dan perniagaan ‘onboarding digital’ kumpulan Innov8tif akan meningkatkan perniagaan Revenue Group? Hanya kerana atas alasan dapat menggunakan pangkalan pelanggan kumpulan Innov8tif menjual produk dan perkhidmatannya sekarang? Sama-sama lihat.
Hong Seng untung dan Revenue perlu bangunkan Innov8tif Holdings jangka panjang
Pelupusan RM36 juta, yang diumumkan melalui pemfailan bursa pada hari Jumaat (12 Mei), dibuat sebelum pembayaran Hong Seng bagi balasan baki RM24.41 juta untuk kepentingan itu. Ia hanya membayar RM3.36 juta daripada tanda harga RM30.86 juta setakat ini, yang mana RM3.35 juta akan disimpan sebagai prestasi keselamatan kakitangan pengurusan utama Innov8tif Holdings.
Hong Seng menjangkakan memperoleh keuntungan sebanyak RM5.15 juta daripada pelupusan pegangan kepada Revenue Group sebanyak RM36 juta. Hong Seng berkata ini adalah tanda positif untuk kumpulan kerana ia datang tanpa pendedahan kepada sebarang risiko perniagaan, kewangan dan persaingan.
Pembuat sarung tangan itu berkata ia akan melupuskan pegangan itu kerana kumpulan itu tidak mempunyai pengalaman dalam industri digital. Ia juga berpendapat bahawa kumpulan Innov8tif memerlukan tempoh matang yang panjang sebelum ia boleh mendapatkan balik pelaburannya.
“Prospek kumpulan Innov8tif dan industri digital kekal positif. Bagaimanapun, Hong Seng sebagai peserta baharu tidak mempunyai pengalaman terdahulu dalam industri, oleh itu, akan bergantung kepada rakan kongsinya, Innov8tif Consortium Sdn Bhd (49% pemegang saham Innov8tif Holdings), yang berpengalaman dengan latar belakangnya dalam industri penyelesaian digital untuk berkembang dalam perniagaan kumpulan Innov8tif.
“Bagi prospek jangka panjang, kumpulan Innov8tif akan memerlukan pembiayaan dan masa tambahan untuk meluaskan pasaran sasarannya serta meningkatkan penawaran dan perkhidmatannya bagi mengukuhkan kehadirannya dalam pasaran Asean. Oleh itu, ia memerlukan tempoh matang yang lebih lama sebelum ini. Kumpulan itu (Hong Seng) mampu mendapatkan balik pelaburan yang dibuat untuk menjana keuntungan yang lebih tinggi,” kata pemfailan Hong Seng.
Hong Seng merancang untuk menggunakan hasil jualan untuk modal kerja, dan untuk membiayai sebarang pengembangan perniagaan masa depan dalam tempoh 18 bulan dari penyelesaian pelupusan pada suku ketiga 2023.
Terdahulu Hong Seng pada bulan lepas membatalkan rancangannya untuk membeli perniagaan pengedaran kenderaan elektrik (EV) CSH Alliance Bhd pada harga RM20 juta, hanya dua bulan selepas pihak-pihak menandatangani perjanjian penjualan saham untuk transaksi itu.
Pada masa itu, Hong Seng berkata perjanjian itu ditamatkan secara bersama selepas ia menyedari bahawa tanah seluas 55 ekar yang dipegang oleh perniagaan EV, Alliance EV Sdn Bhd (AEV), tidak sesuai untuknya menubuhkan kilang pembuatan bateri EV.
Apa kata Teh Chee Hoe Revenue Group mengenai kumpulan Innov8tif?
Teh Chee Hoe yang dibawa masuk dari Green Packet pun bergelut memulihkan Revenue. Kini beliau sebagai pemegang saham dan Pengarah eksekutif Revenue Group pula terpaksa mengakui kumpulan Innov8tif kononnya mempunyai pangkalan pelanggan yang kukuh termasuk bank utama, fintech, syarikat telekomunikasi, agensi kerajaan dan syarikat insurans di Asia Tenggara.
Selepas membeli Innov8tif Holdings maka Revenue Group merancang untuk membiayai pemerolehan melalui gabungan baki tunai sedia ada, dana yang dijana secara dalaman atau pinjaman.
Pada hari Jumaat (12 Mei), harga saham Hong Seng meningkat setengah sen atau 4.55% kepada 11.5 sen, nilai pasaran modal kumpulan itu pada RM562.99 juta. Kaunter Hong Seng telah jatuh 54% dalam tempoh enam bulan yang lalu. Pelupusan Innov8tif Holdings sedikit sebanyak menaikkan saham Hong Seng.
Apa jadi kepada saham Revenue Group? Masih kekal 32 sen sehingga ke hari ini. Dalam tempoh enam bulan lalu saham Revenue Group jatuh lebih 55 peratus menunjukkan syarikat itu kekal bermasalah namun menunjukkan syarikat itu boleh bangun kembali.