MODUS OPERANDI MMAG, MAFIA KORPORAT TIPU M JETS
Ramadhan sedang berlangsung, hari raya semakin mendekat tapi sebahagian kakitangan M Jets tidak dibayar gaji untuk bulan Mac 2023. Tidak pernah berlaku sebelum ini ketika dibawah pengendalian pengurusan lama.
Lebih dari RM2.0 juta dipercayai telah di bawa keluar dari akaun M Jets ke akaun anak syarikat milik MMAG oleh Kenny Khow Chuan Wah (ED) orang kanan Victor Chin Boon Long Ketua Mafia Korporat dengan bantuan Pengarah baru M Jets yang di lantik secara haram oleh MMAG.
Apakah ini modus operandi yang sama seperti rampasan kes Caely Holdings Berhad yang mana beberapa laporan SPRM dan siasatan polis telah dijalankan? Jawapannya modus operandi yang sama.
MAFIA KORPORAT ROMBAK MJETS INTERNATIONAL SDN BHD
MMAG dan Mafia Korporat Victor Chin Boon Long telah menukar Pengarah Syarikat M Jets pada 17hb Mac 2023.
Gunasekar Mariappan dan Philip Phang Kin Ming yang sebelum ini digantung kerja pada 21 Feb 2023 atas alasan siasatan SPRM namun telah diganti dengan tiga muka baru iaitu Shanmugananthan Ratnam, Saysu Michael dan Anton Alex Schubert.
Pengantian Gunasekar dan Philip Phang telah dibuat tanpa pengetahuan kedua- kedua mereka oleh Kenny Khow Chuan Wah yang juga merupakan Pengarah Eksekutif MMAG selain Caely, HMCB dan Green Packet. Kenny Khow merupakan antara individu utama disebalik pengambilalihan Caely Holdings Berhad termasuk jual beli saham dan ‘Cash Cow’ duit Caely Holdings Berhad melalui projek pembangunan perumahan.
Dipercayai penukaran haram tersebut dirancang oleh MMAG untuk memudahkan urusan menyelewang wang dan perniagaan M Jets yang sebelum ini MMAG tidak mendapat kerjasama dari Gunasekar dan Philip Phang sehingga laporan SPRM telah dibuat oleh Mafia Korporat untuk menyingkirkan mereka.
Umum mengetahui Lembaga Pengarah MMAG ialah Dato’ Sok One bekas pemangku Pengarah Siasatan SPRM. Beliau hanya perlu menyelaras dengan dalang SPRM di Mafia Korporat iaitu Datuk Tan Kang Sai (BOK), Wong Yun Fui (Siasatan) dan DPP SPRM Law Chin How.
BACA – Dalang Mafia Korporat dalam SPRM, Tan Kang Sai & Wong didedah
Akibat pemindahan lebih dari RM 2.0 juta oleh Mafia Korporat sebahagian kakitangan M Jets yang akan menyambut Hari Raya tidak lama lagi menderita tidak dibayar gaji lagi. Bagaimana ini boleh terjadi?
Inilah wajah sebenar Victor Chin Boon Long dan orang-orang kanannya. Mereka perdaya Lembaga syarikat atas alasan pelaburan atau menyuntik modal wal hal mengambil alih syarikat dengan menyingkirkan lembaga pengarah menggunakan SPRM
Tahun 2020 MMAG mengumumkan pengambilalihan M Jets International Sdn. Bhd. (M Jets) menerusi pemerolehan 80 peratus kepentingan ekuiti dalam M Jets dengan jumlah pertimbangan tunai RM21.36 juta,merangkumi kira-kira 5.69 juta saham biasa.
Artikel TheCorporateSecret Rahsia MAFIA korporat Malaysia, Victor Chin Boon Long peralat penguatkuasa terbongkar antara lain menjelaskan MMAG Holdings Bhd yang dulunya Ingenuity Solutions Berhad dikuasai oleh korporat Mafia diketuai Victor Chin Boon Long melalui isterinya Chan Swee Ying (BOD) dan orang kanannya Kenny Khow Chuan Wah
Victor Chin juga memperbodohkan Tan Sri Dato’ Seri Mohd Khairul Adib Abd Rahman bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia dengan melantiknya sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif MMAG.
Sejak dari dahulu satu cara Victor Chin Boon Long membuang Lembaga Pengarah syarikat dan anak syarikatnya yang engkar kepadanya ialah menggunakan laporan SPRM untuk menyiasat dan membekukan akaun syarikat. Caely Holdings Berhad misalnya dibeku selama 8 bulan, Revenue Group beberapa bulan dan termasuk anak syarikat MMAG.
Bekas Pengarah M Jets Gunasekar Mariappan dan Philip Phang Kin Ming sepatutnya melaporkan kepada PDRM dalam keadaaan PDRM mengesahkan siasatan dibuat kepada Mafia Korporat. Mafia Korporat meruntuhkan ekonomi negara. Victor Chin Boon Loong dan budak-budaknya wajar ditangkap dan didakwa lebih keras misalnya bawah AKTA PENCEGAHAN JENAYAH 1959 (POCA) khusus membendung kegiatan jenayah, aktiviti kongsi gelap dan perkara-perkara berkaitan dengannya.
Apa respon PMx Dap,Pkr..Pan..[PH]. Harap harap tak ada main pi tu belakang..