Berani bersuara dari luar negara melalui peguam
Victor Chin Boon Long, yang dikaitkan dengan kontroversi “mafia korporat”, dilaporkan melarikan diri ke luar negara selepas direman pada 29 Disember 2025.
Sejak itu, beliau tidak tampil secara terbuka, sebaliknya hanya bersuara melalui firma guamannya, Krish Maniam & Co – Advocates & Solicitors, dalam beberapa siri kenyataan media bagi menafikan dakwaan terhadap dirinya. Melalui firma guaman ini beliau secara langsung mengakui kejahatannya selama ini termasuk mengaku membayar rasuah RM10 juta kepada seorang ahli parlimen PKR melalui kronologi rampasan NexG Bhd.
Firma tersebut diasaskan oleh Datuk Seri S. Krishna Kumar dan dikenali sebagai firma guaman komersial yang memberi fokus kepada isu korporat, litigasi serta transaksi perniagaan. Melalui saluran inilah, semua penjelasan dan pendirian Victor Chin disampaikan kepada umum sejak beliau meninggalkan negara. Victor Chin ‘hilang biji’ dan hanya berani di luar negara tapi tak berani kembali ke Malaysia membersihkan namanya.

Mohon bicara secara video, alasan keselamatan
Dalam perkembangan terbaharu, Victor Chin memohon kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk memberi keterangan secara maya melalui platform video.
Menurut pihak peguamnya, beliau kini berada di luar negara dan enggan pulang atas faktor keselamatan, susulan tekanan serta liputan meluas berkaitan dakwaan terhadapnya.
Permohonan tersebut menegaskan bahawa walaupun tidak berada di Malaysia, beliau tetap komited untuk mengambil bahagian dalam prosiding mahkamah dan bersedia hadir secara dalam talian bagi mengelakkan sebarang kelewatan perbicaraan.
Mengapa Victor Chin takut Kembali ke Malaysia? Sebab beliau seorang ‘scammer’ hutang ratusan juta ringgit daripada pelbagai pihak terutama Dato’ Fam Chee Way atau dikenali Dato’ Ben ketua Alibaba – underworld terkenal yang kini menguasai Velocity Capital Partners Bhd sebuah syarikat kontroversi terkait saham Tan Sri Azam Baki.

April 2026: Dua kes besar mafia korporat jadi tumpuan
Bulan April menyaksikan sekurang-kurangnya dua kes mahkamah utama yang mengaitkan Victor Chin dengan rangkaian korporatnya.
Kes pertama melibatkan Revenue Group Bhd yang berlangsung pada 6 hingga 7 April, membabitkan bekas pengasasnya, Brian Ng Shih Chiow dan Dino Ng Shih Fang. Perbicaraan mendedahkan video rakaman perbuatan jahat ugutan mafia korporat kumpulan Francis Leong Seng Wui dalam penjualan saham pengasas syarikat.
Sementara itu, satu lagi kes berprofil tinggi dijadualkan berlangsung dari 13 hingga 30 April 2026, melibatkan saman oleh Gunasekar a/l Mariappan dan Philip Phang Kin Ming terhadap Victor Chin serta lapan defendan lain.
Tarikh perbicaraan yang panjang menunjukkan kes ini dijangka menjadi antara pertikaian korporat paling penting tahun ini.
Gunasekar a/l Mariappan dan Philip Phang Kin Ming yang menentang Victor Chin terpaksa berdepan reman SPRM, dimalukan sebelum perbicaraan dan didakwa di mahkamah
Dakwaan rampasan MJets oleh rangkaian korporat
Dalam saman tersebut, plaintif mendakwa syarikat yang mereka bangunkan, MJets International Sdn Bhd, telah diambil alih secara tersusun oleh rangkaian korporat yang dikaitkan dengan Victor Chin bersama isterinya Chan Swee Ying dan Kenny Khow Chuan Wah.
Mereka menegaskan bahawa pada peringkat awal, kemasukan pelabur melalui entiti seperti MMAG Holdings Berhad bertujuan memperkukuh syarikat, namun akhirnya membawa kepada perubahan drastik dalam struktur kawalan.

Menurut dakwaan, campur tangan Victor Chin dalam pengurusan telah menyebabkan mereka disingkirkan secara berperingkat daripada syarikat yang mereka sendiri bangunkan.
Isu tadbir urus dan pelanggaran perjanjian
Plaintif turut mendakwa wujud pelanggaran terhadap Perjanjian Usaha Sama (JVA) yang ditandatangani pada tahun 2020.
Antara isu yang dibangkitkan termasuk keputusan strategik dibuat tanpa persetujuan mereka, serta kegagalan mematuhi janji berkaitan struktur pengurusan dan pembahagian kuasa.
Selain itu, Victor Chin dan sekutunya didakwa melanggar tanggungjawab fidusiari dengan bertindak untuk kepentingan tertentu, sekali gus menyebabkan kerugian kewangan dan kehilangan peluang perniagaan kepada pihak plaintif.
Bantahan terhadap perbicaraan maya
Permohonan Victor Chin untuk memberi keterangan secara maya bagaimanapun menerima bantahan daripada pihak plaintif.
Peguam mereka berhujah bahawa Chin mempunyai kemampuan untuk kembali ke Malaysia, dan mendakwa tindakan berada di luar negara adalah satu percubaan untuk mengelak daripada pihak berkuasa.
Malah, mereka turut mengaitkan Chin dengan penahanan pada Disember 2025 berhubung siasatan sindiket pengubahan wang haram, di mana beliau dibebaskan dengan jaminan polis dan sepatutnya hadir apabila diperlukan. Victor Chin boleh keluar masuk ke Malaysia bermakna tiada halangan untuk kembali ke negara ini.

Beliau kemudiannya keluar semula ke luar negara bimbang diburu kumpulan Ali Baba – Dato’ Fam Chee Way
Lebih tegas, pihak plaintif berhujah bahawa membenarkan perbicaraan secara video dalam keadaan ini boleh memberi isyarat salah terhadap pematuhan undang-undang.
Hadir mahkamah atau terus ‘lari’?
Dengan kes berprofil tinggi yang sedang berlangsung serta permohonan perbicaraan maya yang menjadi pertikaian, perhatian kini tertumpu kepada langkah seterusnya oleh Victor Chin.
Sama ada beliau akan kembali ke Malaysia untuk hadir secara fizikal atau terus memberi keterangan dari luar negara, perkembangan kes ini dijangka terus menjadi fokus utama media dan pemerhati korporat dalam tempoh terdekat.
