
Skandal mega pelaburan haram MBI International Group terus menggoncang dunia korporat tanah air. Terbaharu, pihak polis menahan lagi beberapa tokoh korporat bergelar Datuk Seri dan Dato’ yang dipercayai menjadi proksi serta sekutu rapat dalam skim penipuan pelaburan yang membabitkan ribuan mangsa di seluruh negara.

Jika sebelum ini Tan Sri Datuk Seri Tan Kean Soon (T7 Global Berhad), Tan Sri Dato’ Dr Khor Eng Chuen (ECK Development Sdn. Bhd) dan Tan Sri Datuk Alex Ooi Pengasas dan Pengerusi Eksekutif, Ideal Property Group di reman polis kini seorang dua lagi Datuk di tahan iaitu Dato’ Sri Lee Hock Seng, Group Executive Chairman Magma Group Berhad dan Dato’ Low Eng Hock, Group Chief Executive Officer Ivory Properties Group Berhad

Penahanan mereka menambah panjang senarai tokoh hartanah dan korporat apatah lagi dua pengasas syarikat di atas mempunyai kaitan dengan Tan Sri Alex Oii, Pengerusi Ideal Property Group Berhad.
Operasi Northern Star: Rangkaian Jutawan Tumbang
Ketua Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) Bukit Aman, Muhammed Hasbullah Ali sebagaimana dilaporkan media mengesahkan penahanan tersebut. Bagaimanapun, beliau memaklumkan butiran lengkap hasil Op Northern Star akan diumumkan oleh Ketua Polis Negara, Mohd Khalid Ismail dalam masa terdekat.
“Ya, memang ada tangkapan termasuk individu bergelar Datuk Seri. Siasatan lanjut sedang dijalankan dan Ketua Polis Negara akan kongsikan perkembangannya,” katanya

Sebelum ini, pada 30 Mei lalu, polis mendedahkan bahawa 17 individu ditahan dalam kes penipuan pelaburan MBI, dengan jumlah aset dibekukan serta disita mencecah RM3.81 bilion.
Hubungan Gelap dengan Tan Sri Alex Oii
Sumber penyiasatan mendedahkan, nama-nama besar yang ditahan ini dipercayai mempunyai kaitan langsung dengan Tan Sri Alex Oii, tokoh hartanah Pulau Pinang yang mengetuai Ideal Property Group Berhad.
Alex Oii sebelum ini ditahan kerana disyaki seorang dari dalang utama serta pemodal besar di sebalik jaringan pelaburan palsu MBI International Group dikendalikn penjenayah kewangan, Tedy Teow yang beroperasi di sekitar Lembah Klang dan utara tanah air.
Pemerhatian mendapati syarikat-syarikat hartanah yang dikawal tokoh-tokoh ini menjadi vehicle utama untuk memutihkan wang haram hasil daripada kutipan skim pelaburan tersebut.
Kerugian Mangsa dan Aset Disita
Polis mendapati modus operandi MBI adalah menjanjikan pulangan lumayan kepada pelabur, kononnya melalui perniagaan hartanah, hiburan dan teknologi digital. Namun, siasatan menunjukkan wang itu diputar dalam sistem piramid sebelum dialihkan ke pelbagai akaun syarikat proksi.
Jumlah kerugian mangsa dianggarkan mencecah berbilion ringgit, manakala aset berupa wang tunai, hartanah mewah, kenderaan berprestij dan barangan kemas turut dirampas oleh pihak berkuasa.
Nama-nama besar sudah terpalit. Kini, rakyat mahu lihat sama ada pihak berkuasa dan Peguam Negara berani mendakwa mereka di mahkamah. Tan Sri atau Datuk Seri siapa yang bakal kena.
Skandal MBI International Group kini memasuki fasa baharu dengan penahanan tokoh-tokoh ternama korporat Malaysia. Dari Tan Sri Datuk Seri Tan Kean Soon, Tan Sri Dato’ Dr Khor Eng Chuen dan Tan Sri Datuk Alex Ooi hingga kini Dato’ Sri Lee Hock Seng dan. Dato’ Low Eng Hock, siasatan ini jelas menunjukkan betapa dalamnya cengkaman skim pelaburan palsu terhadap dunia perniagaan negara.
Namun ada satu yang masih misteri belum terjawab iaitu misteri Datuk Seri Chiau Beng Teik Chin Hin Group Bhd bayar RM10 Juta kepada Tan Sri Kean Soon! Chiau Beng Teik jadi saksi atau seorang dalang sebagaimana Tan Sri Alex Ooi?