
Rakyat Malaysia dan Singapura mesti masih ingat dengan Ahli perniagaan Malaysia, John Soh Chee Wen dijatuhi hukuman penjara 36 tahun di Singapura atas kesalahan terlibat dalam kes manipulasi pasaran saham terbesar republik itu.
Soh, 62, disabitkan dengan 180 pertuduhan selepas perbicaraan kes berlangsung selama hampir 200 hari serta membabitkan kira-kira 100 saksi pendakwaan.
Rakan kongsinya, Quah Su-Ling, 57, turut dipenjara selama 20 tahun setelah disabitkan 169 pertuduhan.
Quah adalah bekas Ketua Pegawai Eksekutif IPCO International yang tersenarai di Bursa Saham Singapura (SGX).
Kedua-duanya dilaporkan memanipulasi harga saham Kumpulan Blumont, Asiasons Capital dan Lion-Gold Corp – secara kolektif dikenali sebagai BAL – antara Ogos 2012 dan Oktober 2013, dan melenyapkan hampir SGD8 bilion (RM27 bilion) dalam permodalan pasaran pada akhir kegiatan mereka.
Mereka didakwa mempunyai kawalan, memperoleh pembiayaan untuk menjalankan aktiviti perdagangan tidak sah dan menyelaraskan penggunaan 189 akaun dagangan sekuriti mereka.
Akaun berkenaan didaftarkan atas nama 60 individu dan syarikat.
John Soh dan Quah disalahkan apabila pada 4 Oktober 2013 apabila harga saham ketiga-tiga syarikat jatuh sehingga mengakibatkan kerugian S$8 bilion permodalan pasaran daripada SGX.
Sebelum ini, pihak pendakwaan memohon penjara 40 tahun untuk Soh dan penjara 19 tahun setengah untuk Quah.
Namun, Hakim Hoo Sheau Peng mengurangkan hukuman Soh untuk memastikan bahawa hukuman itu tidak ‘menghancurkan’ untuk lelaki berusia 62 tahun itu.

Penjara 36 tahun itu termasuk tempoh reman sejak 25 November 2016.
Sementara itu, hukuman Quah adalah dua pertiga daripada Soh, memandangkan dia kurang bersalah dan kurang terlibat dalam skim itu.
Persoalan dan Rayuan Jon Soh
Jon Soh dikatakan bakal membuat rayuan kepada kesnya pada Mac ini.
Seperti dalam pembelaan kes Jon Soh sebelum ini terlalu banyak kemusykilan yang diabaikan oleh pendakwaan dan mahkamah apabila menuduh Jon Soh mengawal semua 189 akaun dagangan sekuriti.
Pendakwaan dikatakan gagal mendedahkan bukti penuh dan mahkamah telah mengabaikan bukti penting.
Wal hal dalang sebenar dalam manipulasi saham ialah Dick Gwee Yow Pin yang tidak didakwa. Gwee yang meraih keuntungan sebanyak S$50 juta bersama pemain lain seperti Ken Tai, Henry Tjoa, Gabriel Gan, dan Leroy Lau.

tidak didakwa?
Gwee dan rakan-rakannyalah terlibat dalam manipulasi saham ‘pump-and-dump scheme’. Jon Soh dan Quah tidak mendapat keuntungan besar berbanding Dick Gwee Yow Pin.
John Soh Chee Wen dan Quah hanyalah mangsa keadaan.
Apa akan berlaku kepada kes John Soh Chee Wen ini nanti? Sama-sama nantikan.