Sebuah syarikat mafia korporat dikawal Kenneth Vun@ Vun Yun Lun iaitu Lambo Group Bhd akan digantung mulai 4 Oktober ini, berikutan penolakan Bursa Malaysia terhadap permohonan syarikat itu untuk lanjutan masa bagi mengemukakan pelan penyusunan semulanya.
Kaunter itu akan dinyahsenarai pada 8 Oktober, melainkan rayuan dikemukakan kepada pengawal selia menjelang 3 Oktober, kata penyedia perkhidmatan teknologi maklumat itu dalam makluman di bursa.
Lambo berkata ia bercadang untuk mengemukakan rayuan kepada Bursa mengenai keputusan untuk menyahsenarai sekuritinya.
Bursa Securities menolak permohonan syarikat untuk lanjutan 12 bulan sehingga 20 Ogos 2025, selepas ia terlepas tarikh akhir pada 21 Ogos 2024.
Bursa berkata penolakan itu disebabkan syarikat itu tidak menunjukkan kepada Bursa Securities apa-apa perkembangan material ke arah pemuktamadan dan penyerahan pelan regularisasi.
Lambo telah diklasifikasikan sebagai syarikat Nota Panduan 3 (GN3) pada Feb 2023, selepas juruaudit luarnya menyatakan penafian pendapat mengenai penyata kewangan teraudit disatukan syarikat untuk tempoh 16 bulan berakhir 30 Sept 2022.
CAS Malaysia PLT berkata, dalam laporan juruauditnya, antara asas untuk penafian pendapat ialah ketidakupayaan untuk memastikan ketepatan, kesempurnaan dan kesahihan penyata kewangan berkenaan anak syarikat Lambo, Fujian Accsoft Technology Development Co Ltd.
Fujian Accsoft terlibat dalam pembangunan perisian, perkhidmatan maklumat internet, pengurusan perusahaan dan perkhidmatan perundingan.
CAS Malaysia berkata ia tidak dapat mengumpul bukti audit yang mencukupi untuk mengesahkan kewangan Fujian Accsoft sehingga tarikh ia dibatalkan pendaftaran atau digulung di China pada Mei 2022.
Fujian Accsoft yang berpangkalan di China, unit tidak langsung Lambo, menjadi tumpuan pada Julai 2022 apabila Kementerian Kewangan China berkata penyata kewangan teraudit syarikat itu untuk 2016, 2017 dan 2018 telah dipalsukan dan penalti telah dikenakan ke atas juruauditnya.
Penggulungan syarikat itu mengakibatkan penyatuan Fujian Accsoft dalam penyata kewangan Lambo dari awal tahun kewangan 1 Jun 2021 dan kerugian pembatalan pendaftaran sebanyak RM3.96 juta, yang dimasukkan dalam penyata pendapatan kumpulan.
Pemegang saham terbesar Lambo ialah Cheetah Holdings Bhd, dengan 18.8% kepentingan dikuasai oleh Kenneth Vun melalui sahamnya GCHK-LAZARUS 20.24 peratus dengan orang kanannya Roy Ho Yew Kee dan adiknya Grace Vun Siaw Nei.
Bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dilantik sebagai Pengerusi Cheetah Holdings Berhad 31 Januari 2024 lalu. Mungkin Tan Sri Acryl Sani Abdullah tidak senar siapa dibelakang Cheetah Holdings Berhad.
Pada Disember tahun lepas, Morgan Stanley & Co International plc tidak lagi menjadi pemegang saham utamanya selepas melupuskan keseluruhan 12.26% pegangannya.
Pengarah eksekutif Lambo Koo Kien Yoon juga tidak lagi menjadi pemegang saham besar pada Mac tahun ini, setelah mengurangkan kepentingannya kepada 3.8% daripada 7.04% sebelumnya.
Harga saham Lambo ditutup tidak berubah pada 2.5 sen pada Khamis untuk permodalan pasaran RM39 juta.
Syarikat Kenneth Vun diserbu SC
15 Mac lalu SC menyerbu syarikat Mafia Korporat Kenneth Vun di Menara Lian Hoe Tropicana atas dakwaan penipuan saham RM20B!Banyak laporan diterima kegiatan Kenneth Vun namun kekal berjaya menyelamatkan diri.
Menara Lien Hoe di Persiaran Tropicana, Tropicana, 47410 Petaling Jaya, Selangor yang diserbu SC menempatkan puluhan syarikat senarai awam Mafia Korporat milik Kenneth Vun@ Vun Yun Lun seperti AT Systemization Bhd (ATS), MLabs Systems Bhd, Focus Dynamics Group Bhd, Fintec Global Bhd, XOX Bhd, M3Technologies (Asia) Bhd, NetX Holdings Bhd, Lambo Group Bhd, Key Alliance Group Bhd dan Vsolar Group Bhd telah sekian lama bertapak di bangunan itu.
Bersama Mafia Korporat lain Kenneth Vun dilihat menggunakan akaun luar pesisir seperti Credit Suisse Group AG, HSBC Nomminee(Asing) Sdn Bhd), UBS Group AG (Citibank Nominee (Asing) Sdn Bhd), akaun nominee Maybank Kim Eng Securities Pte Ltd, CGS-CIMB Securities (Hong Kong) Limited, Barclays Bank PLC, and, DB (Malaysia) Nominee (Asing) Sdn Bhd– Exempt An for Nomura PB Nominees LTD dalam manipulasi saham.
Namun Kenneth Vun paling banyak menggunakan khidmat Sanston Financial Group Limited dan Lazarus Securities PTY LTD. Manakala penama proksi pula biasanya Carol Vun On Nei (adik), Mak Siew Wei, Tay Ben Seng Benson, Chong Loong Men, Tang Boon Koon, Datuk Eddie Chai Woon Chet, Kong Kien Yong dan Roy Ho Yew Kee.
Jika Lambo Group dinyah senarai dari Bursa Malaysia ada berpuluh-puluh lagi syarikat dikuasai Kenneth Vun beroperasi seperti biasa.