Operasi penangkapan kes rasuah Lebuhraya Prolintas belum berakhir. Nampaknya konsultan dan Bahagian D bekerja keras menyelesaikan aduan syarikat SMPP ini. Sebelum ini SPRM mereman CEO Kumpulan Prolintas Dato’ Mohamad Azlan, Malik Parvez Ahmad Nasir Ahmad (bekas COO -Comersial /Finance – CEO Prolintas Infra BT ) dan Sr Azury Kamaruddin GM (CM).
Terbaru Ketua Pegawai Operasi (COO) syarikat Prolintas Ir Rostam Tami direman empat hari sehingga Jumaat ini kerana disyaki menerima rasuah lebih RM300,000 membabitkan pembinaan projek lebuh raya di Lembah Klang bernilai kira-kira RM6 bilion.
Tangkapan Ir Rostam Tami melengkapkan semua dalang-dalang rasuah pegawai kanan di Prolintas yang sebelum ini sangat berleluasa. Banyak aduan dibuat oleh pelbagai kontraktor namun tiada tindakan dibuat sehinggalah satu syarikat kontraktor jalan Syarikat Muhibah Perniagaan dan Pembinaan Sdn Bhd yang membuat Projek Penswastaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi – Ulu Kelang Package SUKE CA3 milik Dato’ Ku Haris Bin Ku Mahmud membuat laporan SPRM mengenai usaha Prolintas mengugut menamatkan konsesi mereka.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin selepas permohonan dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret semalam.
Rostam ditahan 15 julai lalu selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM.
“Siasatan awal mendapati suspek menerima rasuah lebih RM300,000 daripada pemilik-pemilik syarikat bagi pembinaan satu projek lebuh raya di Lembah Klang yang bernilai kira-kira RM6 billion,” kata sumber SPRM
Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim mengesahkan penahanan terbabit yang di diketuai KPKPj Yuhafiz Mohd Salleh (timbalan pengarah bahagian siasatan- Sektor Awam) bersama Ketua Cawangan C PPj Mohd Shukri Mohd Said
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.
ARTIKEL LAIN
Rasuah lebuh raya Prolintas: Ir Mohd Rosman KPP LLM pula direman SPRM terima rasuah RM146,000