MB Sanusi pada november 2023 berkata ECK Development Sdn Bhd ditamatkan dan diganti dengan Tahira Air Sdn Bhd. Kerajaan Kedah menubuhkan SPV dinamakan sebagai Kedah Aerotropolis Holdings Sdn. Bhd sebagai pemaju Kedah Aerotropolis. Namun siapa dalam SPV Kedah Aerotropolis Holding? Bolehkah MB Sanusi buang Tan Sri Dr Khor Eng Chuen ECK Development Sdn Bhd?
Episod mengenai Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) belum berakhir. Pengumuman Menteri Besar Kedah Sanusi menamatkan ECK Development Sdn bhd milik Taikun ‘Scammer Tedy Teow’ Tan Sri Dato’ Dr. Khor Eng Chuen hanyalah sekadar wayang.
The Corporate Secret pada disember 2023 telah mendedahkan drama Sanusi ini. Semuanya jelas hanyalah untuk menyelamatkan Taikun Tan Sri Dato’ Dr. Khor Eng Chuen dan syarikatnya ECK Development Sdn bhd. Taikun ini pembiaya pilihanraya Sanusi maka tak mungkin taikun ini disingkirkan secara total.
MB SANUSI LANTIK SYARIKAT BAHARU TAHIRA AIR SDN BHD– KEDAH AEROTROPOLIS
Di atas kertas kegagalan Tan Sri Dato’ Dr. Khor Eng Chuen membayar RM2.1 bilion yuran komitmen merupakan punca Sanusi menamatkan syarikat ECK Development Sdn Bhd. Drama alasan penamatan perlu dicari sebelum semua pihak sedar dengan kegagalan projek Kedah Aerotropolis. Maka Tan Sri Dato’ Dr. Khor Eng Chuen dipujuk seolah-olah meninggalkan projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP).
Maka pada 22 November 2023 KXP AirportCity Holdings Sdn. Bhd menandatangani perjanjian usaha sama dengan syarikat baharu iaitu Tahira Air Sdn. Bhd bagi menubuhkan syarikat bertujuan khas (SPV) untuk meneruskan projek Kedah Aerotropolis.
Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, syarikat SPV itu dinamakan sebagai KEDAH AEROTROPOLIS HOLDINGS SDN. BHD.
Beliau berkata, Kedah Aerotropolis Holdings akan menjadi pemaju baharu projek tersebut bagi menggantikan SPV lama.
MOU itu dikecam rakyat kerana syarikat Tahira Air Sdn Bhd yang JV dengan KXP AirportCity Holdings Sdn Bhd sebagai syarikat tidak berkemampuan kewangan kerana hanya mempunyai modal berbayar RM2 juta tetapi berlagak melaksana projek bernilai RM6 bilion.
Bagaimana syarikat Tahira Air Sdn Bhd modal berbayar RM 2juta mampu membayar deposit 125 peratus iaitu RM2.1 bilion bagi kos pengambilan tanah? ECK Development Sdn Bhd milik Taikun Tan Sri Dato’ Dr. Khor Eng Chuen sebelum ini modal berbayar RM300 juta pun masih gagal mengumpul wang sebesar RM2.1b.
Sehingga kini mereka belum membayar RM2.1b deposit 125 peratus ini!
MENGAPA SYARIKAT TAHIRA AIR SDN BHD DIPILIH SANUSI?
Pengasas dan Group CEOnya ialah Vincent Tan Kee Kim. Tahira Group hanya pengendali kargo bukan kontraktor pembina Lapangan Terbang. Modal berbayar hanya RM2 juta. Menurut semakan semua syarikat dalam Tahira Group tidak mempunyai sumber kewangan yang kukuh. Revenue Syarikat hampir RM5 juta setahun namun pemilikan aset tidak seberapa. Sejak ditubuhkan syarikat dalam posisi kerugian.
Alasan terkuat Sanusi untuk Tahira pengalaman sebagai ‘Pengendali kargo’!
SPV KEDAH AEROTROPOLIS HOLDINGS SDN. BHD PEMAJU KEDAH AEROTROPOLIS
MB Muhammad Sanusi dalam sidang media menyebut berulang kali mengenai syarikat SPV yang dinamakan sebagai Kedah Aerotropolis Holdings Sdn. Bhd. Katanya Kedah Aerotropolis Holdings akan menjadi pemaju Kedah Aerotropolis.
Namun semakan sehari selepas diumumkan menunjukkan SPV Kedah Aerotropolis Holdings Sdn. Bhd pemegang sahamnya masih ECK Development Sdn Bhd (80%) dan KXP Airportcity Holdings Sdn bhd (20%). Pengarahnya pula Tan Sri Dato’ Dr Khor Eng Chuen bekas rakan ‘Scammers Tedy Teow’.
Apakah selepas ini Tan Sri Dato’ Dr Khor Eng Chuen kekal dalam Syarikat SPV Kedah Aerotropolis Holdings Sdn. Bhd? Apakah mudah membuangnya kerana menurut sumber beliau berbelanja besar membayar rasuah melobi projek KXP ini sejak awal dilaksanakan.
Beranikah Sanusi membuang taikun Tan Sri Dato’ Dr Khor Eng Chuen?
JAWAPANNYA TIDAK!
Selepas 5 bulan pengumuman pelantikan Tahira Air Sdn Bhd sebagai pemaju terbaru, semakan terbaru pemilik SPV ciptaan Sanusi, Kedah Aerotropolis Holdings Sdn. Bhd pada mac sesuatu yang sudah dijangka.
Kedah Aerotropolis Holdings Sdn. Bhd masih dikuasai oleh Taikun ‘Scammers’ Tedy Teow Tan Sri Dato’ Dr Khor Eng Chuen!
Terbukti pengumuman penamatan ECK Development Sdn Bhd dalam projek Kedah Aerotropolis hanyalah wayang semata kerana Tan Sri Dato’ Dr Khor Eng Chuen masih pemegang saham terbesar dalam syarikat SPV Kedah Aerotropolis Holdings Sdn. Bhd
Mengapa MB Sanusi berbohong kepada rakyat Kedah dan Malaysia?
Mengapa MB Sanusi terus mempertahan dan menyelamatkan Tan Sri Dato’ Dr Khor Eng Chuen dan ECK Development Sdn Bhd yang pernah terlibat dengan pengubahan wang haram skandal MBI INTERNATIONAL SDN BHD
Tan Sri Dato’ Dr. Khor Eng Chuen menggunakan dana haram Tedy Teow apabila anak Tedy Teow dalam syarikat scammer MBI International Sdn Bhd menjadi pemegang saham dalam ECK Development Sdn Bhd.
Polis pernah memburu tiga perancang utama penipuan Macau Scam menerusi pembelian hartanah bernilai RM336 juta di Pulau Pinang melibatkan syarikat Teow Wooi Huat (Teddy Teow) dan anaknya Teow Ee Meng dan Teow Chee Chow.
Jika Dato’ Allan Goh Pengasas MYAirline boleh disiasat kerana pengubahan wang haram dalam i-serve online mall pastinya Tan Sri Dato’ Dr Khor Eng Chuen Pengarah ECK Development Sdn Bhd yang kini pemegang saham terbesar SPV Kedah Aerotropolis Holdings Sdn Bhd boleh disiasat kerana dikhuatiri mencuci wang haramnya dalam pembinaan Lapangan Terbang Kedah Kedah Aerotropolis.
PDRM, SPRM dan LHDN wajar menyiasat syarikat ECK Development Sdn Bhd dan Tan Sri Dato’ Dr Khor Eng Chuen menggunakan duit haram Teow Wooi Huat (Teddy Teow) ini. MB Sanusi mungkin dah ambil wang jadi mana mungkin beliau menyingkirkan ECK Development Sdn Bhd secara total.