Sejak awal jun lalu Editor The Corporate Secret (TCS) menerima emel ugutan dari kumpulan bilionair Jerman agar memadam semua artikel mengenai Andreas Heenchen dan Flavio Porro terkait isu KNM Group.
Katanya ‘Website will go down’! Sejak tempoh itu pasukan Cybertrooper Andreas Heeschen dan Dato’ Sri Alex itu menghantar serangan DDoS (Distributed Denial of Service) untuk melumpuhkan operasi portal The Corporate Secret. Mereka melakukan Serangan IP Flood sehingga mencecah 200 juta IP dalam seminggu menyebabkan portal TCS sukar diakses walaupun mempunyai 8 URL. Tetapi berjayakah mereka? berapa agaknya kos mereka bayar? Apakah mereka memandang rendah keupayaan The Corporate Secret?.
Siapakah mereka? Apakah benar arahan Andreas Heeschen bilionair Jerman itu? Flavio Porro orang Itali ataupun dalang mafia korporat Dato’ Sri Alex Teh Chee Teong di belakang serangan cubaan rampasan terhadap KNM Group yang gagal sebelum ini.
Mengapa Dato’ Sri Alex Teh Chee Teong marah sangat jika menyentuh Andreas Heenchen dan Flavio Porro?
The Corporate Secret bermula september tahun lalu melaporkan mengenai perebutan pemilikan KNM Group antara Andreas Heeschen Jerman yang dibantu mafia korporat Kenneth Vun dan Dato’ Sri Alex Teh Chee Teong dengan kumpulan Tunku Datuk Yaacob Khyra. Perang mereka sangat sengit antara kumpulan yang bersekongkol menyerahkan syarikat Malaysia kepada bilionair Jerman atau mengekalkan KNM milik Malaysia. Sentimen nampaknya berpihak kepada Malaysia.
ARTIKEL BERKAITAN KNM GROUP –
11 September 2023: Mafia Korporat Kenneth Vun dalang di belakang jutawan Jerman Andreas Heeschen desak EGM pecat Tunku Yaacob Khyra & lembaga pengarah KNM Group
18 September 2023: Rampas KNM Group: Tunku Yaacob Khyra lawan Jutawan Jerman Andreas Heeschen & Kenneth Vun
6 Oktober 2023 : Mafia Korporat Dato’ Sri Alex Teh dalang baharu rampas KNM Group terbongkar
15 Oktober 2023: [VIDEO] Pertahan Syarikat milik Malaysia KNM Group Berhad atau jual kepada orang asing warga Jerman dan Itali?
11 Februari 2024: Tunku Yaacob Khyra tingkatkan 11.75 peratus dalam KNM Group, Jutawan Jerman Andreas Heeschen intai peluang
Akhirnya pada 17 Oktober 2023 Andreas Heenchen bilionair Jerman dan budak-budak Dato Seri Alex Teh ditumbangkan. Misi mereka gagal dengan strategi salah dan penggunaan media yang lemah.
Cerita Andreas Heenchen (Jerman ) dan Flavio Porro (Itali) sudah berakhir selepas tumbangnya mereka namun mereka nampaknya masih tidak berpuas hati malah mengarahkan sepasukan cybertrooper nya menyerang The Corporate Secret. Mereka akan lebih terluka kerana mendedahkan lagi siapa Dato Seri Alex Teh dan pemimpin politik yang mereka peralatkan untuk syarikat. Rakyat juga akhirnya tahu siapa orang asing seperti Andreas Heeshen dan Flavio Porro.
PENDEDAHAN SISI JAHAT AGEN ASING- PENJUAL SENJATA ANDREAS HEESHEN
DAN FLAVIO PORRO (ITALI)
Kekalahan bilionair Jerman, Andreas Heeschen mengetuai kempen merampas KNM satu perkara tetapi rakyat Malaysia tahu meluas mengenai Andreas Heeschen penjual senjata haram melalui syarikatnya Heckler & Koch kepada pengganas Mexico, Serbian malah menjual senjata kepada anak Ghadafi yang kontroversi tahun 2011. Andreas Heeschen pernah gagal menyelesaikan isu dana syarikatnya di Eropah.
Flavio Porro orang Itali pula adalah bekas Pengarah dan CEO yang meranapkan kumpulan KNM sebelum ini dengan hutang yang menyebabkan KNM berada dalam status PN17. Flavio masih terkial-kial dengan isu dana serta dakwaan pecah amanah di luar negara.
Apa status saman KNM terhadap Flavio Porro?
Pada 12 Oktober 2023 KNM Group Berhad dan anak syarikat Deutsche KNM GMBH dan Borsig GMBH telah menyaman Flavio Porro dan Terence Tan Koon Ping selepas kumpulan itu membatalkan pelupusan Borsig kepada Vorsprung Industries GMBH pada Disember 2022.
Plaintif menuntut defendan membayar 3.44 juta euro (RM17.26 juta, berdasarkan kadar penukaran RM5.01 kepada satu euro), atau sebarang jumlah lain yang ditentukan oleh mahkamah, dalam tempoh 14 hari dari tarikh perintah itu. Sekiranya defendan gagal membayar, plaintif akan mencari aset dan harta mereka untuk dikesan dan dibayar kepada mereka, sebagai ganti daripada jumlah yang diminta pada mulanya.
Terdapat laporan polis salah gunakuasa Flavio Porro dan Terence Tan Koon Ping bekas Pengarah KNM
MENELANJANGKAN DATO’ SRI ALEX TEH CHEE TEONG ‘KUDA’ ANDREAS HEESHEN
Penglibatan Kenneth Vun dan budak-budaknya dalam merampas KNM Group dan beberapa syarikat lain di negara ini termasuk manipulasi saham dianggap perkara biasa buat Kenneth Vun.
Namun pendedahan mengenai Dato’ Sri Alex Teh Chee Teong sesuatu yang menarik perhatian netizen. Mafia korporat di belakang tabir seperti Dato’ Sri Alex Teh Chee Teong berbanding Kenneth Vun, Jacky Pang dan Datuk Victor Chin Boon Long yang muncul ke depan sebenarnya lebih berbahaya kerana jenis ini ‘makan dalam’. dan penuh pengkhianatan.
Syarikat seperti CN Asia Corporation Berhad, Jiankun International Berhad, MQ Technology Berhad, SMTrack Berhad dan ZenTech International Berhad (Dulu Inix Technologies) adalah secara langsung dikuasai dan digunakan oleh mafia korporat Dato’ Sri Alex Teh Chee Teong.
Kali terakhir The Corporate Secret membangkitkan isu Dato’ Sri Alex Teh Chee Teong ialah mengenai mengapa mafia korporat melantik menantu Zahid Hamidi (TPM), Datuk Saiful Nizam Pengerusi Jiankun dan anaknya Nurulhidayah Pengerusi MQ Technology Berhad. Ia satu kepentingan tertentu yang akan dicapai kemudian jika tidak mana mungkin keduanya dilantik.
ARTIKEL BERKAITAN JIANKUN & DATO’ SRI ALEX TEH
Bukan lagi rahsia kegagalan Dato’ Sri Alex Teh berpakat dengan Andreas Heeschen itu. Mereka kalah dalam pertempuran ini kerana kebodohan sendiri jadi mengapa masih marah kepada The Corporate Secret?
The Corporate Secret takut? oh tidak sama sekali..