Siapa tak kenal Blackrock? BlackRock dan dua lagi firma pelaburan terbesar iaitu Vanguard dan State Street merupakan Pengurus Aset ‘The Big Three’ di seluruh dunia. Pengurus aset antara pemilik terbesar syarikat dagangan awam. Semuanya dikaitkan dengan Yahudi dan Israel.
`The Big Three’ ini memiliki Aset Dibawah Pengurusan (AUM) bersamaan dengan lebih 75% daripada KDNK Amerika Syarikat pada 2023 atau kira-kira 55 kali ganda KDNK Malaysia pada 2023!
Maka tidak hairan Blackrock telah bertapak di Malaysia. Blackrock aktif melabur di Malaysia dengan jumlah nilai pasaran (MV) terkini ialah AS$4.3 bilion atau kira-kira RM24.7 bilion iaitu pelaburan ekuiti syarikat tersenarai sebanyak RM18.7 bilion dan bon sebanyak RM7.9 bilion.
Berdasarkan senarai pelaburan BlackRock di Malaysia, sektor perbankan merupakan tiga entiti tertinggi dilaburnya iaitu Public Bank sebanyak RM2.34 bilion (2.75 peratus), diikuti Maybank RM2.16 bilion (1.88 peratus) dan CIMB RM1.42 bilion (2.07 peratus).
Tenaga Nasional Berhad di tangga keempat dengan pelaburan sebanyak RM8.6 juta (1.32 peratus), disusuli Metal Aluminium RM625 juta (1.62 peratus) dan CelcomDigi RM526 juta (1.03 peratus).
Dari segi bon pula, BlackRock memiliki pelaburan tertinggi di dalam bon kerajaan Malaysia sebanyak RM2.53 bilion, Petronas Capital RM2.52 bilion dan terbitan-terbitan bon RM1.57 bilion.
Terang lagi bersuluh BlackRock bukan pelabur baharu tetapi sememangnya sedia aktif dan memiliki pejabat operasinya di Malaysia. Mereka syarikat ‘monster’ melabur aktif seluruh dunia termasuk negara Islam lain seperti Arab Saudi dengan nilai dana AS$24 bilion, Emiriah Arab Bersatu AS$8.6 bilion dan Indonesia AS$11 bilion. Di China pelaburan Blackrock bernilai AS$199 bilion dan India AS$148 bilion.
Jadi mengapa netizen yang ditunggang politik PN mudah terhasut dengan isu pelaburan Global Infrastructure Partners (GIP) dalam Airports Holdings Berhad (MAHB)? Yang melabur dalam MAHB ialah GIP bukan Blackrock. Maklumat sebelum ini seperti syarikat tersenarai lain BlackRock sememangnya sudah memiliki 2.10 peratus ekuiti bernilai RM35 juta di dalam MAHB sejak sebelum meletus isu GIP membeli 30% saham MAHB. Kepentingan saham GIP sama seperti syarikat lain hanya dikuasai oleh Blackrock. Malah urusan jual beli sebelumnya pun ketika Kerajaan PN masih berkuasa. Hanya ketika Kerajaan Madani ia dilaksanakan.
GIP sendiri menjelaskan pembeli sahamnya BlackRock tidak akan terlibat dalam penswastaan Malaysia Airports. GIP, Khazanah Nasional dan lain-lain adalah sebahagian daripada konsortium yang menawarkan untuk mengambil alih Lapangan Terbang Malaysia (MAHB) dalam perjanjian penswastaan yang akan menilai pengendali lapangan terbang itu pada AS$3.9 bilion. Seperti juga Apple, Mercedes, BMW, Intel IBM, Google, HP dan Meta yang melabur di Israel serta negara kita Malaysia. Adalah mustahil menolak mereka serta merta!
Jika kita melihat senarai yang dikeluarkankan Blackrock -iShares MSCI Malaysia ETF lebih 30 syarikat dananya dilabur di Malaysia termasuk Petronas. Blackrock dikenali dengan produk iShares, yang merupakan salah satu penyedia ETF terbesar di dunia.
Berdasarkan pelaburan Blackrock itu apakah kita akan menyekat atau memboikot syarikat-syarikat di atas termasuk Petronas kesayangan Malaysia?
Umum mengetahui Petronas syarikat penyumbang dividen terbesar negara menjalinkan kerjasama syarikat minyak seperti Mubadala Petroleum, syarikat kerajaan Abu Dhabi National Oil Company (ADNOC) dan Saudi Aramco (Arab Saudi). Semua syarikat minyak ini mempunyai kerjasama Petronas dan sahamnya dimiliki Blackrock.
Jika mengikut rakyat Malaysia sebarang hubungan syarikat Malaysia dengan syarikat milik Yahudi atau terkait Yahudi maka syarikat perlu diboikot.
Pemimpin ‘Double Standard‘
Model niaga GIP da MAHB menjadi bahan politik PN dan penyokongnya. Wal hal milikan penuhnya adalah MAHB dan Khazanah. Pemimpin PN dan KJ tiba-tiba menjadi lebih pandai selepas tidak lagi menjadi menteri. Apa KJ lupa ketika dia menjadi menteri. Dia menjadi Menteri Kesihatan apa dia lupa BlackRock melabur dalam syarikat berkaitan Vaksin Astrazeneca dan Pfizer yang dipoloporinya.
KJ berkata isunya bukan Blackrock yang lama dulu tetapi yang baharu sekarang. Rupanya terbaru Khairy Jamaluddin juga dilantik sebagai Pengarah CGS International pada March 2024. Bukankah Blackrock pemegang saham dalam CGS? Bukankah Genosid Israel sudah berlarutan beberapa bulan.
BlackRock Kelantan- Negeri PN
Seperti kata Anwar Ibrahim PMX BlackRock telah lama di Malaysia dan mempunyai kepentingan dalam syarikat BlackRock yang beroperasi di Kelantan, Selangor, Sarawak, di seluruh negara dan di pasaran saham. ROHM-Wako Electronics Malaysia (RWEM) yangnya juga Blackrock pemegang sahamnya.
Tan Sri Muhyiddin- KWSP dan BlackRock
Ketika Muhyiddin sebagai PM6 dan PN kerajaan bergelut dengan PKP dan lockdown pada tahun 2021, KWSP telah melancarkan suatu “dana patuh syariah” yang mencecah RM2.4 bilion dana syariah terbesar di dunia.
Daripada RM2.4 bil itu, KWSP dan Muhyiddin telah berikan RM800 juta kepada Blackrock. Tempoh pelaburan bagi dana RM2.4 bil / RM800 juta itu adalah dari tahun 2021 sehingga tahun 2025. Tiga pengurus dana dilantik dan satunya ialah BlackRock.
Dua bulan selepas itu berlaku krisis Israel-Palestin pada bulan Mei 2021. Boikot kepada syarikat berkaitan Yahudi juga bermula. Namun tidak pula Muhyiddin membuat keputusan membatalkan apa yang BlackRock labur daripada KWSP atau apa-apa saham milik BlackRock.
Justeru mengapa Muhyiddin, PAS dan pemimpin PN lain kini kecoh? bukankah ketika mereka kerajaan 33 bulan boleh membatalkan semua urusan belian saham Blackrock di Malaysia? atau ‘The Big Three’ seperti Vanguard dan State Street dikuasai Yahudi juga
Mengapa sekarang PN dan KJ double standard?
Lain-lain
Ekonomi Israel USD522.5 billion, berkesankan tindakan rakyat Malaysia memboikot McD?