Bekas setiausaha politik kepada Menteri KDN yang juga Ketua Pembangkang PN, Hamzah Zainudin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM350,000 untuk membantu sebuah syarikat mendapatkan projek berkaitan polis.
Sayed Amir Muzzakkir Al Sayed Mohamad, 41, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di depan Hakim Azura Alwi.
Dia didakwa menerima RM100,000 daripada Pengarah Urusan Nexuscorp Group Sdn Bhd, Wan Azhar Yusof sebagai dorongan untuk syarikat itu mendapat tender lebih RM381 juta penyelenggaraan dan pembekalan infrastruktur, pelayan serta perisian bagi sistem radio polis, RMPNET.
Dia juga didakwa menerima RM250,000 daripada Wan Azhar sebagai dorongan atas tujuan sama.
Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di Solaris Dutamas pada 4 dan 16 Dis 2020.
Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum bawah Seksyen 24(1) akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun serta denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mana-mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Mahkamah membenarkan Sayed Amir diikat jamin RM60,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkannya menyerahkan pasport sehingga kes selesai.
Dia turut diarah melaporkan diri di pejabat SPRM Kuala Lumpur sebulan sekali.
Sayed Amir diwakili peguam Yunos Shariff, manakala pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Zander Lim.
Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 12 Julai ini.
April 2023 anak kepada Datuk Seri Hamzah Zainudin dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban atas sembilan pertuduhan mengemukakan dokumen palsu dan memiliki barang kawalan minyak masak melebihi had dibenarkan, tahun lalu.
Muhammad Faisal Hamzah, 39, didakwa bersama Azizul Abdul Halim, 55, kedua-duanya pengarah Rimba Merpati Sdn Bhd, iaitu pemegang lesen minyak masak borong.
SYOR – Faisal anak Hamzah Zainuddin didakwa guna dokumen palsu tipu subsidi minyak masak
Mei tahun 2023 Datuk Seri Sim Choo Thiam, 54 Pengasas Syarikat Scity Group kroni Hamzah Zainudin bekas Menteri Dalam Negeri didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM15 juta bagi mendapatkan projek agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada 2021.
SYOR- Datuk Seri Sim Choo Thiam Kroni Hamzah Zainudin Bekas Menteri KDN didakwa kes rasuah RM15 juta
Jun 2023 Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah membuat serbuan ke rumah ketua pembangkang Hamzah Zainudin di Damansara, Kuala Lumpur.
Menurut LHDN serbuan dibuat ekoran “dakwaan cukai pendapatan yang tak dilaporkan”
Setakat ini Hamzah belum pernah didakwa sekalipun rakan perniagan, anak dan rumahnya diserbu LHDN.
Penangkapan, penahanan dan pendakwaan terhadap Sayed Amir lebih kepada memalukan Hamzah Zianuddin mengenai penglibatan anak dan orang kanannya dalam rasuah.
Apakah Hamzah akan datang akan didakwa? Beranikah Azam Baki mendakwa Hamzah Zainuddin?