Anak Menteri Besar Perlis, Shafeeq Mohd Shukri Ramli tiba di Mahkamah Sesyen Kangar, hari ini untuk menghadapi pertuduhan melakukan tuntutan palsu membabitkan RM600,000.
Suspek yang juga menantu kepada Presiden PAS dan Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Hadi Awang tiba jam 8.05 pagi.
Dia dilihat begitu tenang ketika masuk ke kamar mahkamah untuk menghadapi pertuduhan berkenaan.
Pada 24 April lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman enam individu termasuk anak Menteri Besar Perlis bagi membantu siasatan berhubung tuntutan palsu bernilai RM600,000.
Semua suspek yang berusia antara 27 hingga 37 tahun itu disyaki mengemukakan tuntutan palsu berkait pelaksanaan projek pembangunan prasarana seperti membaik pulih, menyelenggara, pembekalan dan perkhidmatan di seluruh Perlis sejak 2022.
Bagaimanapun, mereka dilepaskan dengan jaminan sebaik tamat tempoh reman selama tiga hari.
ARTIKEL
SPRM cekup menantu Presiden PAS anak MB Perlis bersabit kes tuntutan palsu
Isu SPRM MB Perlis: Bersatu Perlis sedia jadi MB ganti Shukri Ramli