Wakil rakyat Perikatan Nasional ADUN Bukit Melawati, Datuk Noorazley Yahya dilaporkan telah menerima notis kebankrapan di Mahkamah Tinggi Malaya Shah Alam oleh SMEB Asset management Sdn Bhd.
Ia berdasarkan notis yang dikeluarkan dalam akhbar dan tular di aplikasi Whatapps.
Melalui keratan notis bankrap yang disiarkan dan tular itu bertarikh 26 Mac 2024 dikeluarkan terhadap Adun berkenaan.
Perintah Penyampaian Ganti beserta sesalinan notis Kebankrapan tersebut di papan notis Mahkamah Tinggi Malaya di Shah Alam dan 3 premis yang beralamat di Shah Alam, Bukit jelutong dan Kuala Selangor.
Sementara itu, Noorazley Yahya dilaporkan mengesahkan telah menerima notis kebankrapan seperti mana tular media sosial.
Bagaimanapun Noorazley Yahya menafikan dia muflis dan beliau mengaku hanya sebagai penjamin kepada sebuah syarikat berhubung notis kebankrapan yang tular di media sosial itu.
Noorazley berkata, notis kebankrapan itu diterimanya pada Februari lalu bagaimanapun disiarkan dalam iklan surat khabar menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu pada Sabtu.
“Ini hanyalah notis kebankrapan sahaja, sebaliknya saya tidak diisytiharkan bankrap selaras dengan Akta Insolvensi 1967,” katanya
Tambah beliau isu itu sepatutnya tidak timbul kerana beliau telah membuat bayaran kepada pihak bank.
“Pihak pemiutang meminta penjamin membayar dan bayaran pun telah dibuat, malah saya juga bukanlah individu yang dibankrapkan, sebaliknya sebagai penjamin kepada syarikat,”
Notis itu difailkan oleh Tetuan Sidek, Teoh, Wong & Dennis yang merupakan peguam bagi pihak pemiutang penghakiman.
Bagaimanapun menurut sumber Noorazley Yahya masih gagal membayar hutang itu kepada bank. Dakwaan Noorazley membayar adalah tidak benar. Noorazley masih mempunyai masa untuk membayar hutang-hutang itu sebelum dimufliskan dan kelayakan beliau sebagai wakil rakyat boleh digugurkan.
Noorazley Yahya bekas ketua pemuda UMNO Kuala Selangor kaya raya melalui ‘pau’ kontraktor dan banyak hutang-hutangnya tidak dibayar selepas beliau melompat ke Parti Bersatu dan menang PRN Selangor di Dun Bukit Melawati.