Nampaknya isu Quantum Metal Sdn Bhd (QMSB) masih belum reda. Quantum Metal mencipta kegusaran terhadap pelaburnya. Januari lalu BNM tampil memberi penjelasan beberapa dakwaan salah yang tular termasuk dakwaan mengatakan aktiviti QMSB diluluskan dan dilesenkan oleh BNM sebagai tidak benar.
QMSB hanyalah sebuah institusi pelapor di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA) kerana berurusan dengan logam atau batu berharga, iaitu aktiviti yang disenaraikan sebagai perkara 24 di bawah Bahagian 1 dalam Jadual Pertama AMLA.
Tawaran Saham Quantum Metal Exchange Inc
Hari ini Quantum Metal sekali lagi buat hal. Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah mengarahkan Dato’ Lim Khong Soon @ Lim Hock Seng, Pengasas dan Pengarah Quantum Metal Exchange Inc (QMEI), untuk segera menghenti dan menamatkan penawaran saham QMEI kepada orang awam.
“Tawaran saham QMEI, yang sedang berjalan, melanggar keperluan berkaitan di bawah undang-undang sekuriti,” menurut suruhanjaya tersebut dalam kenyataan media
Arahan henti dan tamat tersebut dikeluarkan berikutan penemuan SC bahawa QMEI menawarkan sahamnya kepada masyarakat awam Malaysia, termasuk melalui laman web/platform Quantum Metal Sdn Bhd (QMSB) kepada ahli QMSB.
“Ini dilakukan tanpa mendapatkan pengiktirafan dan mendaftarkan dokumen pendedahan dengan SC, yang melanggar Seksyen 212 (5) Akta Pasaran Modal & Perkhidmatan 2007.
“Oleh yang demikian, SC juga telah meletakkan QMEI dengan butiran berkaitannya pada Senarai Makluman Pelabur SC http://www.sc.com.my/investor-alert,” kata SC.
Pelabur dinasihatkan supaya berhati-hati ketika menilai tawaran pelaburan.
Orang awam digesa melaporkan kepada SC jika mereka mendapat tawaran produk pasaran modal daripada individu yang mencurigakan dan tidak berlesen, di [email protected] atau hubungi +603-6204 8999.
Quantum Metal dilaporkan bermasalah untuk membayar pulangan pelaburan kepada pelaburnya maka terpaksa mengumpul dana modal luar untuk menyelamatkan Quantum Metal.
Ada kemungkinan Quantum Metal dan pengasasnya Dato’ Lim Khong Soon tidak akan mampu bertahan dengan pelbagai masalah mereka hadapi sekarang.
Untuk rekod Quantum Metal yang diasaskan Dato’ Lim Khong Soon ini Lembaga Pengarahnya terdirinya ialah Tan Sri Datuk Seri (Dr) Mazlan bin Lajim bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Hj Kamari Zaman Juhari bekas pegawai BNM yang kini BOD Mafia Korporat Revenue Group Berhad, Hj Jamal dan Dato’ Seri Hassan Ahmad. Quantum beberapa kali mempergunakan nama Bank Negara untuk kepentingan perniagaan mereka sehingga dinafikan oleh BNM.