Taikun Singapura Dato’ Sri Akbar Khan ahli perniagaan dan pemaju hartanah disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berkait kes bekas menteri kewangan Daim Zainuddin.
Siapa tidak kenal Dato’ Sri Akbar Khan? Pengerusi eksekutif Kumpulan Syarikat Bandar Raya Development Bhd (BRDB). Syarikat hartanah itu, yang terkenal dengan pembangunannya di Bangsar dan sebagai pemilik Bangsar Shopping Centre, juga telah membangunkan rumah mewah dan bangunan komersial Kuala Lumpur City Centre and Iskandar Malaysia dan Iskandar Malaysia termasuk Troika, 6 Capsquare dan Emerald Bay selain projek negara-negara seperti Australia, UK, Oman dan Pakistan.
Portal berita CNA Singapura melaporkan Dato’ Sri Akhbar Khan ditahan sementara untuk disoal siasat minggu lalu selepas rumah dan syarikatnya di Kuala Lumpur diserbu.
SPRM juga membekukan akaun peribadi dan perniagaannya, serta mengarahkannya mengisytiharkan aset dan pegangan kewangan keluarganya.
Akbar turut dijangka dipanggil semula untuk disoal siasat lagi bersama bekas sekutu rapatnya dalam masa terdekat.
Perkara itu disahkan Pengarah Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) SPRM, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin.
Menurutnya, ahli perniagaan terbabit turut diperintahkan untuk mengisytiharkan harta dan pegangan kewangan keluarganya.
“Lebih ramai individu akan dipanggil untuk disoal siasat dalam masa terdekat berhubung siasatan kes ini,” katanya
Siasatan dilaporkan tertumpu pada pemulangan saham beku bernilai USD4 bilion (RM18.75 bilion) yang pernah tersenarai dalam Central Limit Order Book (CLOB), pasaran kaunter Singapura yang berdagang terutamanya saham Malaysia, namun kini tidak lagi berfungsi.
Selain Taikun Spanco Robert Tan Tun Daim Zainuddin mempunyai hubungan rapat dengan Dato’ Sri Akbar Khan. Daim ketika menjadi Menteri Kewangan menyelesaikan masalah CLOB yang menguntungkan Daim.
Kerajaan Malaysia dilaporkan telah membayar RM300 juta kepada CLOB melalui sebuah syarikat Effective Capital Sdn. Bhd kepunyaan Dato’ Sri Akbar Khan. Mengapa Kementerian Kewangan membayar kepada Akbar Khan? Mengapa tidak melantik syarikat berkepentingan kerajaan seperti KLSE /Bursa Malaysia membereskan urusan pelaburan dalam CLOB. Dengan membayar terus kepada Effective Capital, Daim dilaporkan mendapat 80 peratus sementara 20 peratus Akbar Khan.
Selain itu, siasatan turut dijalankan berhubung urusan pertukaran pegangan saham di syarikat konglomerat Multi-Purpose Holdings Bhd (MPHB) pada akhir 1990-an dan 2000. Multi-Purpose Holdings Berhad (dulu Magnum Berhad) kini dikuasai oleh taikun Tan Sri Dato’ Surin Upatkoon (37.22%)
SPRM turut dilaporkan menyiasat pinjaman USD140 juta unit MPHB kepada firma British Virgin Islands, Eightybridge United SA dan Strykers Development Inc, yang seterusnya digunakan untuk memperoleh blok kawalan saham MPHB daripada taikun Lim Thian Kiat.
Bulan lalu, Daim didakwa gagal mengisytiharkan pemilikan 71 aset kepada SPRM, termasuk 38 syarikat, 19 bidang tanah di Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Kedah dan Kuala Lumpur, serta enam hartanah.
Sementera itu, isterinya, Naimah Khalid, minta dibicarakan atas tuduhan gagal mematuhi notis SPRM yang menghendaki aset diisytihar.
Keluarga itu memfailkan permohonan semakan kehakiman terhadap siasatan SPRM berhubung hal ehwal mereka namun ditolak oleh mahkamah