Syarikat kontroversi milik dua beradik Dato’ Dr Yu Kuan Chon dan Dato’ Yu Kuan Huat yang sebelum ini dikaitkan dengan pelbagai skandal kewangan YNH Property Bhd dan Rapid Synergy Bhd mengalami kejatuhan teruk dalam sesi dagangan selasa.
Selain YNH Property Bhd dan Rapid Synergy Bhd, Widad Group Bhd dikuasai Tan Sri Ikmal Opat Abdullah dengan kepentingan 30.11% mengalami kejatuhan lebih 60 peratus sejak 18 januari lalu dengan kerugian di atas kertas untuk Ikmal Opat sekitar hampir RM300 juta.
Pada rehat tengah hari Selasa, Rapid Synergy mengalami kerugian ketiga terbesar di Bursa, terus melonjak ke paras terendah 14 tahun, dengan harga sahamnya turun 44 sen atau 25.3% kepada RM1.30. Ia juga mencatatkan paras terendah dalam sehari pada RM1.27, turun 47 sen atau 27% daripada penutup sebelumnya pada RM1.74.
Kaunter itu, yang mencecah had turun beberapa kali sejak 10 Jan, mengurangkan kerugian pada RM1.33 kemudian pada penutupan pasaran, masih turun 41 sen atau 23.6%. Ia menyaksikan jumlah dagangan sebanyak 13.7 juta saham, iaitu empat kali lebih tinggi daripada purata dua bulannya.
YNH Property pula muncul antara kaunter dengan perolehan tertinggi di mana saham bernilai RM85.1 juta bertukar tangan pada penutupan pasaran. Ia juga antara yang paling rugi dengan harga sahamnya jatuh 16 sen atau 18.9% kepada 68.5 sen pada hari Selasa atau bernilai RM362 juta. Harga saham tahun sehingga kini turun 83.88%.
Penjualan harga saham YNH Property berlaku berikutan rancangannya untuk menjual 163 Retail Park, sebuah pusat beli-belah di Mont’Kiara, kepada Sunway Real Estate Investment Trust (Sunway REIT) dengan harga tunai RM215 juta. Dato’ Dr. Yu Kuan Chon dan Dato’ Yu Kuan Huat dilihat sedang menutup kerugian-kerugian melalui penjualan asetnya.
Sebanyak 11 kaunter mencapai had ke bawah dalam beberapa minggu kebelakangan ini di tengah-tengah penjualan saham bermodal kecil (penny stock), kira-kira separuh daripadanya telah kehilangan sekurang-kurangnya 50% dalam nilai akibatnya.
Penurunan hari Selasa juga dilihat dalam kaunter Syarikat Imaspro Corp Bhd (turun lapan sen atau 5.6% kepada RM1.35) yang juga sebelum ini Dato’ Dr. Yu Kuan Chon menguasai 14.58 peratus kepentingan syarikat itu.
Sementara itu Syarikat dikuasai keluarga Ahli Parlimen Langkawi Silver Ridge Holdings Bhd turun 4.5 sen atau 12.9% kepada 30.5 sen. Artroniq Bhd syarikat yang terkait dengan anak Premier Sarawak turun 2.5 sen atau 7.69% kepada 30 sen., Mercury Securities Group Bhd (turun satu sen atau 2.4% kepada 41 sen), dan Mestron Holdings Bhd (turun setengah sen atau 1.56% kepada 31.5 sen).
Penjualan berterusan dalam kalangan saham bermodal kecil (small cap) yang melanda Bursa Malaysia telah mengakibatkan RM7.1 bilion permodalan pasaran lenyap dalam kalangan 13 syarikat yang paling teruk terjejas sejak awal tahun ini. Kerugian itu berlaku selepas rali pendek dan agresif dalam beberapa syarikat pada minggu pertama 2024, dengan penurunan harga saham berlanjutan sehingga hari ini