Episod baru kes rasuah Radzi Jidin bersama Setiausaha Politiknya
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah menerima pelbagai bukti baharu berhubung siasatan rasuah kes atas satu projek Kementerian Pendidikan berkaitan rundingan terus percetakan buku J-Qaf membabitkan projek bernilai lebih RM80 juta.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata setakat ini pegawai penyiasat masih aktif menyiasat kes berkenaan.
“SPRM menerima banyak bukti baharu dalam masa terdekat ini yang boleh membantu siasatan,” katanya
Ditanya bila bekas menteri pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin akan dipanggil SPRM, Azam berkata, perkara itu akan diserahkan kepada pegawai penyiasat.
“Saya tidak pasti (tarikh Radzi dipanggil) kerana semuanya akan diserahkan kepada pegawai penyiasat,” katanya.
Minggu lalu, SPRM menahan reman Mohd Fahim Mohd Farid bekas setiausaha politik kepada Menteri Pendidikan dan pemilik syarikat. Bagaimanapun reman mereka tidak disambung.
Radzi Jidin yang ketika itu sebagai Menteri Pendidikan juga membuat penafian terlibat kes rasuah buku RM80 juta selain menafikan isterinya adalah berketurunan Tengku. Bagaimanapun netizen menunjukkan Balkis isterinya adalah proksi kepada seorang Tengku.
BACA – Penyokong PN sahkan Balkis isteri Radzi Proksi Tengku Rozitatoria projek buku RM80 juta
Terdapat sumber menyatakan SPRM akan menahan Radzi Jidin minggu depan.