Bangga Malaysia Book of Records tapi tanah Melayu tergadai! Hampir 10,000 ekar tanah rakyat Gua Musang Kelantan. Ladang Sindiyan dimonopoli bukan bumputera. Syarikat perladangan Sindiyan dikuasai ahli perniagaan cina Che Chong Ha, Gan Boon Tian dan Chi Chun Hee. Selain Sindiyan Sdn Bhd, Che Chong Ha menggunakan Sindiyan Plantation Sdn Bhd, Sindiyan Global Sdn Bhd dan Sindiyan Group Sdn Bhd. Pemegang Saham terbesarnya Harapan Bangga Sdn Bhd! PAS PN bising mengenai tanah Selangor tapi lupa di Kelantan lagi besar.
Negeri Kelantan semalam merekodkan dua sejarah baharu iaitu memiliki ladang durian Musang King terbesar di negara ini yang berkeluasan hampir 3,000 hektar di kawasan Tanah Tinggi Lojing, Gua Musang, Kelantan
Dan memberikan tanah durian King terbesar kepada syarikat bukan bumiputera sebagaimana PAS Kelantan bangga melaungkan demi hak Melayu dan bumiputera di negara ini.
Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohamed Fadzli Hassan berkata, ladang milik Sindiyan Plantation Sdn Bhd (Sindiyan) itu dilihat mampu membawa nama Kelantan di pentas luar negara terutama Asia sebagai pengeluar utama Musang King pada masa hadapan.
“Kita rancang dengan Sindiyan untuk buat agropelancongan di sini. Tempatnya sangat cantik dan mungkin satu masa nanti orang Kelantan dan rakyat Malaysia boleh datang ke sini untuk menikmati apa sahaja yang berasal dari durian.
“Durian segar, kuih-kuih diperbuat daripada durian, aiskrim durian dan minuman perasa durian,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Pengiktirafan ‘Malaysia Book Of Records’ kepada pihak Sindiyan yang dinobatkan sebagai ladang durian Musang King terbesar di Malaysia di Tanah Tinggi Lojing, pada Khamis.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Pengasas Hernan Corporation Sdn Bhd, Datuk Anna Teo berkata, Ladang Sindiyan kini adalah ladang durian terbesar dalam negara apabila mempunyai lebih 200,000 pokok durian. Katanya, sejak tahun 2016 pihaknya sudah memulakan pelbagai kaedah untuk menanam dan akhirnya berjaya mengembangkan tanaman berkenaan.
“Memang ini rancangan kita sebab kebanyakan orang bekerja di Kuala Lumpur atau di luar negara, mereka tidak pernah makan durian di bawah pokok.
“Kita mahu membawa mereka datang ke sini untuk makan durian bersama keluarga mereka dan makan dalam suasana yang memang selesa.
Ladang Sindiyan Monopoli Bukan Bumputera
Apa sebenarnya terjadi kepada 9,588 ekar di Tanah Tinggi Lojing, Gua Musang, Kelantan itu? 200,000 pokok durian Musang King dan hampir 3000 ekar tanah di tanam. Tentu bakinya akan ditanam juga. Tapi semuanya bukan milik Bumiputera malah tiada pun syarikat kerajaan negeri Kelantan memiliki saham terbesar paling tidak separuh saham syarikat Sindiyan.
Kumpulan Sindiyan ialah syarikat perladangan dikuasai ahli perniagaan cina Che Chong Ha, Gan Boon Tian dan Chi Chun Hee. Seorang penama Melayu Dato’ Roshaimi bin Razak mewakili Koperasi Sindiyan Berhad yang juga Penasihat Persatuan Pembalak Kelantan (PPK) beralamat di Telok Panji, Kota Bharu, Kelantan.
Che Chong Ha menggunakan pelbagai syarikat bagi projek penanaman durian musang king ini seperti Sindiyan Sdn Bhd, Sindiyan Plantation Sdn Bhd, Sindiyan Global Sdn Bhd dan Sindiyan Group Sdn Bhd
Sindiyan Sdn Bhd adalah syarikat yang bekerjasama dengan Koperasi Sindiyan Berhad milik Dato’ Roshaimi bin Razak. Koperasi Sindiyan hanyalah ‘kulit’ tetapi pemilik sebenar tanah ladang ialah Sindiyan Sdn Bhd.
Pemegang saham syarikat ialah Harapan Bangga Sdn Bhd yang dimiliki oleh Che Chong Ha, Gan Boon Tian dan Chi Chun Hee. Ini bermakna ladang Musang King ini bukan dikuasai oleh Koperasi Sindiyan dan Sindiyan Sdn Bhd tetapi Harapan Bangga Sdn Bhd, Che Chong Ha, Gan Boon Tian dan Chi Chun Hee.
Husam Musa pada tahun 2022 pernah mendedahkan skandal tanah balak dan Musang King ini. Beliau mempersoalkan mengapa hanya Dato’ Roshaimi bin Razak monopoli projek tanah balak dan Musang King? Mac 2022 kecoh mengenai syarikat Lotus KFM telah membeli dari syarikat Ladang Lojing Sdn Bhd sebidang tanah seluas 1,000 hektar atau bersamaan 2,700 ekar yang diluluskan oleh Yayasan Kelantan atau YAKIN. Syarikat Ladang Lojing Sdn Bhd atas nama Dato’ Roshaimi bin Razak adalah orang yang sama mendapat kelulusan 7,500 ekar tanah untuk penanaman durian Musang King di Gua Musang melalui Syarikat Sindiyan Sdn Bhd.
Tidak kurang juga kontroversi Ladang Musang King itu dikatakan dimiliki orang luar malah rakyat China.
Rekod menunjukkan Sindiyan Sdn Bhd ada membuat ‘charge/gadaian’ dari tanahnya di Lojing seluas 9,588 ekar.
Harapan Bangga Sdn Bhd- Pemegang saham Syarikat Ladang Musang King
Terbaru menggunakan syarikat Pemegang saham Sindiyan, Harapan Bangga Sdn Bhd dan pengarahnya Che Chong Ha, Gan Boon Tian dan Chi Chun Hee memohon Medium Term Notes (MTN) Bank Negara Malaysia RM5.5 juta yang matang tahun 2038.
Sebenarnya apa pun yang terjadi terhadap 9,588 ekar di Tanah Tinggi Lojing, Gua Musang, Kelantan yang untung bukanlah Melayu yang dibangga PAS itu tetapi bukan bumiputra dan orang luar.
Di bawah 8 pelan strategi pembangunan syarikat nampaknya selain Ladang Durian Musang King, Durian Eco Park, Sindiyan Group juga bakal membina banguna komersial dan membangunkan projek rumah mewah untuk golongan kaya, pelabur, warga asing kaya, pelancong dan pesara.
Agaknya rakyat Gua Musang untung tak? Berapa pekerjaan untuk rakyat Gua Musang? Atau mereka import orang luar?
Apa yang sebenarnyanya dibanggakan PAS? gadai tanah kepada orang luar?rakyat sendiri tak dapat tanah?
Berikut merupakan pendedahan Husam Musa sebelum ini;
1. Tanah Kelantan – Orang Sama Dapat Keuntungan Bertimpa-Timpa?
https://www.facebook.com/hjhusammusa/posts/506238204202872
2. Pertanyaan Untuk MB (2) :Ladang Musang King https://www.facebook.com/hjhusammusa/posts/505732830920076
3.Pertanyaan Untuk MB : Ladang Musang King 7,500 Ekar https://www.facebook.com/hjhusammusa/posts/504943857665640
6. ANAK KELANTAN SEMUA TAK LAYAK MAJUKAN LADANG MUSANG KING ?https://www.facebook.com/100044500896683/posts/508540157306010