Malaysianow disekat 48 jam, Malaysia-today.net milik Raja Petra juga lalui benda sama. Terbaru UtusanTV. Jika portal pro pembangkang tidak hairan untuk disekat. Ia kelihatan perkara biasa. Siapa kerajaan pun akan berbuat demikian.
Banyak juga blog-blog lain disekat sebenarnya tetapi lebih banyak berdiam diri. Tetapi seperti biasa portal-portal besar dan lama mereka akan menentang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). NGO media digunakan termasuk badan-badan tertentu menyokong serangan itu. Jika bernasib baik sekatan mereka akan dibuka semula.
Bagi The Corporate Secret (TCS) yang mendedahkan banyak kelompangan, kebobrokan Mafia Korporat, skandal penjawat awam, GLC, bekas pemimpin-pemimpin politik terlibat rasuah dan pelbagai skandal korporat turut disekat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
TCS tidak memarahi SKMM kerana kita faham tugas SKMM. Dua link TCS iaitu thecorporatesecret.com dan thecorporatesecrets.com menjadi mangsa sekatan. Kami sedar bekerja di belakang tabir pasti memberi tekanan besar. Ya Mafia Korporat jahat sedang ketawa kerana SKMM menyekat TCS. Victor Chin Boon Long, Chong Long Men, Dato’ Teleng Lim Kok Han, Jacky Pang Chow Huat dan Kenneth Vun sedang gembira serta bertepuk tangan. Semua mengesahkan lagi betapa kuatnya sumber kewangan Mafia Korporat ini.
Sejak disekat beberapa kali kami sedikitpun tidak mengecam SKMM jauh sekali membalas atau menyerang SKMM dan pegawanya. Tidak seperti pemilik portal lain yang menyerang SKMM di pelbagai platform media terbuka.
Hendak kata kami menyerang PMX dan Kerajaan Perpaduan jauh sekali. Malah kami bertanya dengan Menteri KKD Fahmi Fadhil mengapa rakan media Kerajaan Perpaduan turut disekat? Menteri KKD mungkin lebih tahu apa yang berlaku dalam SKMM dan para pegawainya. Harap beliau membaca laporan yang dihantar kepadanya.
Ketika TCS mendedahkan mengenai Mafia Korporat ramai tidak senang terutama bekas-bekas penguatkuasa atau pegawai Kerajaan yang menjadi Pengerusi dan Lembaga Pengarah di Syarikat senarai awam itu. Mengapa? sendiri mahu fahamlah kan.
Apapun kami akan terus hidup sebagai TheCorporateSecret dengan pelbagai cara. Kami yakin pembaca setia kekal bersama. Kami tidak akan mengalah menyampaikan kebenaran dan melawan kebatilan. Kami menyampaikan mesej menjadi rakan kepada PMX dan Menteri KKD di bawah Kerajaan Perpaduan sekarang.
Bagi pembaca yang mempunyai Virtual Private Network (VPN) tiada masalah anda masih boleh mengakses TCS seperti biasa di dua URL yang disekat. VPN boleh diperolehi secara percuma atau membuat pembelian di laman sosial atau aplikasi ‘smartphones’.
Allah sayang kita semua,
Kita sayang SKMM,
Ketua Editor
The Corporate Secret
12 Ogos 2023