Syarikat kontroversi yang dikaitkan dengan tangkapan dan siri pendakwaan rasuah Datasonic Group Berhad kini menunjukkan ‘persepsi’ selain Datuk Hanifah Noordin sebagai pemegang saham utama ia kini turut dimiliki oleh anak syarikat kerajaan menerusi Urusharta Jamaah Sdn. Bhd.
Ia dilaporkan dalam Laporan Tahunan Datasonic Group Berhad tahun 2023
Urusharta Jamaah merupakan syarikat pemilikan pelaburan dan pengurusan aset yang dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan (Diperbadankan) pada 2018 dan mereka memiliki pegangan sebanyak 8.77% atau 248 juta saham di dalam Datasonic.
Laporan tahunan yang dikeluarkan di Bursa Malaysia itu menyatakan Hanifah yang juga pemilik dan pengasas kumpulan itu memiliki pegangan terbesar sebagai individu dengan 7.95% atau 225 juta pegangan saham.
Dua lagi entiti syarikat iaitu Demi Mekar Sdn. Bhd. merupakan antara pemegang saham terbesar dengan 6.07% pegangan (171 juta saham) selain Kuantum Juang Sdn. Bhd menerusi 6% pegangan atau 170 juta saham.
Pada masa sama, Chew Ben Ben memiliki pegangan 5.38% terhadap kumpulan itu atau 152 juta saham manakala pengarah eksekutif kumpulan itu, Chew Chi Hong memiliki 118 juta atau 4.18% pegangan.
CHEW BEN BEN ‘KING MAKER’ DATASONIC
Di atas kertas Urusharta Jamaah Sdn. Bhd kini pemegang saham terbesar ini mungkin ‘wayang’ untuk tiada persoalan Datasonic terus mendapat projek kerajaan hakikatnya pelobi projek paling berkuasa ialah Chew Ben Ben. Chew Ben Ben lah ‘King Maker’ dalam Datasonic.
Pemilikan saham Urusharta Jamaan Sdn Bhd (UJS) dalam Datasonic bukan baru kerana pada tahun 2021 UJS merupakan pemegang saham ketiga terbesar ketika itu 9.29%. Chew Ben Ben pemegang saham terbesar dalam 19.32% disusuli Datuk Razali Yusof dalam 16.77%.
Itu dulu kerana ketika kerajaan PH memerintah Chew Ben Ben (Timbalan Pengarah Urusan) dan Datuk Hanifah (Pengarah Urusan) menjadi saksi kes perbicaraan Datuk Seri Zahid Hamidi bagi pemberian derma politik RM6 juta daripada Datasonic mereka terpaksa meletak jawatan dan melupuskan saham Datasonic
Selain itu Chew Ben Ben sebagai pengarah Pristine Offshore juga didakwa di mahkamah dalam kes rasuah anak syarikat Deleum Berhad dengan Petronas apabila Syarikat Pristine Offshore memberi rasuah RM321,350 kepada ketua pegawai eksekutif Deleum Primera Sdn Bhd Mazrin Ramli sebagai ganjaran subkontrak daripada Petronas Carigali Sdn Bhd. Turut didakwa ialah Pengarah semasa Pristine Offshore, Datuk Abdul Kamal Mohd Mydeen.
Hari ini kedudukan Chew Ben Ben, lembaga pengarah dan pemegang sahamnya menunjukkan Chew Ben Ben masih menguasai Datasonic. Apatah lagi Datuk Hanifah Noordin kembali sebagai Pengerusi eksekutif Datasonic.
Hakikatnya Chew Ben Ben dan bloknya lebih besar daripada Urusharta Jamaah Sdn. Bhd milik MOF itu sekitar 248 juta saham.
Sekalipun Chew Ben Ben nampak memindahkan dan melupuskan saham-sahamnya kelihatan Datasonic membeli semula saham-sahamnya. Kebanyakkan sahamnya dipindahkan kepada isterinya Madam Zhao Tong dan keluarganya
Datasonic hari ini memonopoli perniagaan pengeluar dokumen keselamatan dan pengenalan diri seperti MyKad, pasport, cip dan dokumen keselamatan lain.
Dengan menggunakan Urusharta Jamaah Sdn. Bhd milik MOF,rakyat lebih percaya dengan keupayaan Datasonic menghasilkan dokumen keselamatan dan identiti yang selamat.
Lantaran itu Datasonic melantik individu berprofil tinggi sebagai Lembaga Pengarahnya.
Pada 14 September 2022, bekas Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd. dilantik sebagai pengarah bebas bukan eksekutif.
Pada 29 September 2022, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar pula dilantik sebagai pengarah bebas bukan eksekutif.
Turut dilantik lembaga pengarah Tan Sri Borhan Dolah bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia
Ringkasnya personaliti mereka mempunyai akses dan ‘kabel’ tersendiri dalam kementerian dan agensi.
Oleh itu Datasonic kini mempunyai kelebihan berbanding syarikat lain untuk mendapatkan kontrak baharu daripada Kementerian Dalam Negeri dan jabatan serta kementerian lain.
Sebelum Datasonic menguasai industri pengeluar dokumen keselamatan, Datasonic terpaksa bersaing dengan IRIS Corporation Berhad dan Syarikat percet Percetakan Negara Berhad. Bagaimanapun atas kelemahan syarikat-syarikat berhadapan media dan kegagalan melaksanakam kerja, Datasonic melalui Chew Ben Ben menguasai industri ini sebagaimana kedudukan sekarang.
Dengan isu-isu SPRM yang dihadapi Datasonic pengasasnya Datuk Hanifah Noordin dan Chew Ben Ben berusaha keras mempertahankannya sekalipun terpaksa memindah dan melupus saham kepada kumpulannya.